Follower

Memaparkan catatan dengan label Nukilan Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nukilan Diri. Papar semua catatan

20110909

Kita Hidup Sehari Jer !!!!!


Teringat masa praktikum dulu, ada anak murid yang memberikan teka-teki kepadaku, teka-tekinya pelik dan jawapannya juga pada asalnya pelik tapi apabila aku mula berfikir semula, baru aku sedar, benar sungguh jawapannya.

soalannya:
pagi berkaki empat
tengahari berkaki dua
malam berkaki tiga
apa jawapannya?

jawapannya:
manusia
muda pada pagi, merangkak
dewasa pada tengahari, berjalan
tua pada malam, bertongkat

apa yang aku faham??


Hidup ni cuma sehari macam ustaz-ustaz dulu cakap. Hidup cuma sehari ni maksudnya, kita hidup pagi, petang dan malam. Tak lebih dan tak kurang. Apa yang dimaksudkan dengan pagi, petang dan malam ni? 

Mudah saja, manusia yang hidup pada waktu pagi ertinya semasa manusia tu kecil, tak pandai berjalan walaupun ada kaki, kena la merangkak, Semua benda nak kena orang tolong buat. Disebabkan semua benda orang tolong buat, maka kuranglah dosa yang dia buat. Sama saja macam meja, kukuh berdiri dengan empat kaki, cukup untuk menampung segala berat di atasnya. terima jer apa yang orang bagi. 

Bila sudah mula pandai berjalan, mula masuk akil baligh, ini yang dipanggil sebagai tengahari. Kehidupan remaja itu ibarat duduk ketika tengahari. Panas saja keadaannya. Semua benda dia nak balun. Dosa, Pahala semua dia nak buat. Kalau boleh, semua benda dia nak merasa selagi belum meningkat dewasa. Sebabnya ibubapa masih menanggung kehidupan dia. 


Tapi apabila dewasa, maka mereka mula lupa pada keadaan asalnya, mula pandai berdikari. Ini yang dinamakan petang kita. Hidup bersendirian menjadikan diri terlalu bebas, mula berbuat dosa lebih dari pahala. solat ditinggalkan, amalan mulia dilupakan, masjid hilang dari fikiran. Kalau boleh tak nak dengar bab-bab agama. Yang diingat pakwe, makwe, sex and fun. 


Bila meningkat tua, itulah bermulanya malam kita. Waktu muda-muda, lupa pada masjid, kopiah entah campak dimana. Kopiah mula nak letak di kepala. Cari-cari tapi tak jumpa. Kena pula beli kat kedai. Tapi tak jumpa, terus dia beli songkok walaupun songkok tu dulu dia kutuk bagai nak rak sebab senang sangat berbulu. 


Waktu malam ni la mula nak pakai tongkat. Apa dia tongkat tu? tongkat ni la pahala untuk sokong diri masa dalam kubur dan kiamat nanti. Sebelum ni langsung dia tak teringat nak "spare" tongkat dalam diri, sekarang barulah mula nak mencari.


Memang lumrah manusia, kita mudah lupa. Bukan Melayu saja yang Mudah Lupa, tapi semua manusia lumrah mudah sangat lupa. 


Semasa senang tak ingat apa, semasa susah baru terkejar-kejar mencari di mana-mana. 


Sekadar nak menasihat sesama kita, carilah pahala sebanyak yang perlu, kerana dunia ni sekadar pentas saja. Allah sendiri menghina dunia kerana itu Allah berikan dunia kepada golongan yang melawanNYA tapi dia berikan kepada kita Akhirat yang pastinya mendamaikan jiwa. 


~Maaf andai ada yang terasa kerana ini adalah nukilan ikhlas dari jiwa. 

Tidurlah Awal


Ramai di antara kita pada hari ini yang selalu tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu saja, ada juga yang hidup seperti kelawar. 

Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, tidur balik.

Ini bukan pengawal keselamatan ni, ini masyarakat kita yang tidak langsung bekerja malam. Tapi sengaja tidur lewat dan bangun lewat. 

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena la tidur lewat. 

Sebenarnya, kita harus ingat, tidur awal ini ada banyak kebaikan. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri. [jadi gila jawabnya]

Tapi kalau tidur awal, dan terbangun lewat, memang pening kepala dan sakit badan la jawabnya. ^_^

Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup.

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Jadi, kalau kita ni nak tidur lewat, tengok dulu sama ada kita termasuk dalam 6 orang di atas. Kalau takde, jangan gatal-gatal tidur lewat yer. Hehehehe..... 


Dan jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur yer 

20110907

Dapat anak sedara n_n comey2

baru sahaja dapat anak buah yang ke-6 pada hari isnin yang lepas. 

Haziqah namanya. 



Bertambah2 lah Keluarga Hawi Khadzi ni.

Mak saya dah dapat 6 cucu la nampaknya. 

Tu xcampur cucu-cucu angkat sebab anak-anak angkat mak dah ada yang kawen n dapat anak.

hehehe,,,,,,,

terfikir jap,

BILA PLAK GILIRAN EDEN....
HAHAHAHA,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Mak, saya nak kawen!!!!!

^_^

20110906

Teringat Kisah Keluarga

Hari ini, saya baru sahaja menghantar adik mendaftarkan diri ke Universiti Malaysia Terengganu untuk melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan segulung ijazah. Terasa bangga dalam diri apabila teringat yang adik saya yang muka sama seperti saya ni sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sama seperti diri ini.

Selesai menghantar adikku Najib ini, diri ini terus bertolak pulang ke tempat belajar ku, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Semasa sedang memandu kereta, diri ini terfikir beberapa perkara. Perkara yang menjadi kenangan yang bukan saja mengusik jiwa saya, tapi juga keluarga saya.

Sepanjang hidup ini, saya sentiasa sedar yang saya hanyalah anak seorang tukang sapu. Ayah saya tukang sapu DBKL, mak saya tukang sapu sekolah. Tidak besar pekerjaan ibubapa saya. Adik beradik pula seramai 9 orang. Satu bilangan yang amat besar bagi sesebuah keluarga yang menetap di pinggir bandar KL iaitu Petaling Jaya.

Pernah mak saya dihina dengan perkataan, "Anak tukang sapu, mana boleh berjaya" oleh seorang pengetua yang sepatutnya memberikan semangat kepada anak-anak bangsanya. Diri ini dan keluarga, terasa dengan hinaan ini.

Keluarga kami bukan saja menjadi mangsa hinaan pengetua yang "bertamadun" ini, Tapi juga oleh kaum kerabat keluarga kami yang memandang sinis dengan keluarga besar kami ini. Walaupun bukan semua ahlinya berperangai seperti itu, tapi diri ini tetap juga terasa. 

Hati ini kemudian nekad untuk membanggakan keluarga. Berharap supaya berjaya hendaknya. Berkat doa daripada ibu bapa, Alhamdulillah, sekarang ini dalam semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 

Hari ini ketika adikku Najib mendaftarkan diri, diri ini terasa ingin menjerit dan menghina mereka yang pernah mernghina keluarga kami. Cuba anda bayangkan, anak-anak tukang sapu seramai 9 orang, semuanya berjaya dididik menjadi manusia.

Anak pertama dan kedua, berjaya belajar mendapat diploma. Anak ketiga, keempat dan keenam, ada sijil yang boleh dibanggakan. Anak kelima dan ketujuh, dalam proses mendapatkan segulung ijazah. Dan anak kelapan dan kesembilan, masih di bangku sekolah.

Bukan ingin membangga diri, tapi ingin mengajak kita semua berfikir, 

 BUKAN KEKAYAAN YANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN 
TAPI KEAZAMAN, PERPADUAN DAN KECEKALAN YANG MAMPU MEMBAWA KITA MENDAKI PUNCAK KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN.

Sekiranya hari ini, saya berjumpa dengan pengetua yang menghina mak saya, saya nak katakan kepada beliau:

"Apa pendapat anda dengan anak tukang sapu ini?"

20110717

Kekecewaan Dalam Kegembiraan


Mungkin ada yg pelik tengok tajuk ni. tapi inilah tajuknya. Dalam kegembiraan pasti ada kekecewaan. Sama juga halnya dengan blog ini, banyak perkara yang telah saya terlepas untuk mencatatkannya disini. walaupun gembira dengan jumlah follower yang semakin ramai, namun terkecewa dek kerana pengunjung dan artikel yang kurang menerjah diri ini. Namun, mungkin ini salah diri ini kerana tidak rajin mencatat dan menekan papan keyboard untuk menambah sebarang dua artikel.

Dalam beberapa minggu ini, beberapa program telah saya jalankan di sekitar besut, terengganu. Ada antaranya yang membuatkan saya gembira, namun ada juga yang mengecewakan. Dalam satu program yang saya jalankan, ada kegembiraan di wajah ini kerana berjaya menyampaikan intipati ceramah yang perlu disampaikan kepada sasaran ceramah saya.

Namun terkecewa hati ini kerana saat melaksanakan Muhasabah Diri, diri ini tidak berjaya menimbulkan banyak kesedaran pada diri murid. ramai yang tidak menangis atau dapat sama-sama berlayar bersama saya dalam slot Muhasabah Diri. Terkesima diri ini memikirkan kegagalan diri ini. Terus jatuh semangat yang mulanya tinggi dalam bidang ini, namun tetap juga diri ini cuba meneruskan.

Sesungguhnya, memang banyak dugaan yang berlaku dalam beberapa bulan ini, yang mana telah mengehadkan pergerakan saya. Antaranya, patah tulang bahu "klavikel" yang menyebabkan diri ini sukar untuk menggunakan tangan kiri. Pergerakan yang terhad, menyebabkan semangat diri ini menurun, ditambah pula dengan faktor2 lain, maka bertambah2 lah turunnya semangat diri.

Tapi pada sabtu yang lepas, diri ini mendapat sedikit semangat dan pujian dari beberapa orang yang memuji diri ini kerana kaedah penyampaian ceramah yang mampu memikat hati. Alhamdulillah, ini menjadi pengubat duka diri ini. Namun banyak lagi perkara yang perlu diri ini perbaiki.

Mungkin diri ini tidak sehebat mana, tapi saya mencuba untuk melakukan yang terbaik. apa yang pasti, diri ini sentiasa berdoa dan berharap agar diri ini dapat menabur bakti kepada ibu bapa dan anak bangsa yang ada diluar sana.

Diri ini akan cuba membiarkan kekecewaan ini menjadi pendorong kejayaan diri ini kelak. dan berharap supaya segalanya usaha yang diri ini lakukan, akan dipermudahkan oleh Allah Ya Rabbi.


Amin.....

20110609

Siapakah Kita??

Dalam hidup ini, ada pelbagai jenis manusia. Ada yang baik rupanya, ada juga yang buruk rupanya. Namun walau bagaimanapun rupa kita, akhlak kita, iman kita yang menentukan kecantikan diri kita.

Pada zaman sekarang, penampilan dapat diubah dengan hanya memakai sedikit bedak dan gincu. Pasti wajah berubah, hingga kadang-kadang ibubapa sendiri jadi tak kenal pada anak sendiri. Inilah penangan mekap zaman sekarang.

Tapi harus kita ingat, wajah yang cantik tak semestinya berakhlak cantik. Kadangkala dengan kecantikan yang ada, kita melakukan pelbagai dosa. Menipu dan melukakan hati mereka yang mengharapkan cinta kita. semuanya kerana kelebihan wajah yang kita ada.Sama juga halnya jika wajah kita tidak cantik, tapi akhlak kita begitu cantik, maka ianya lebih baik daripada golongan manusia yang berwajah cantik. 

Oleh itu, jangan lah begitu merendah diri kerana wajah yang tidak begitu cantik. Dalam dunia hari ini, bukan wajah menjadi penanda aras kebahagiaan seseorang. Apa yang perlu kita buat, ubahlah diri kita bermula dari hati kita.

Sebelum saya mengakhiri nukilan diri hari ini, mari sama-sama kita fikirkan, kita tergolong dalam golongan yang mane?? Adakah kita golongan yang: 
1. Ada harta dan ada ilmu
2. Tiada harta tapi ada ilmu
3. Ada harta tapi tiada ilmu
4. Tiada harta dan tiada ilmu

20110607

Mencari Idea

Sukarnya mencari idea. 

Sekarang ini, saya sebenarnya sedang mencari idea untuk menulis sebuah buku cerita kanak-kanak. Namun terkandas kerana bermasalah dalam memperkembangkan cerita.

Sebelum menulis ni, saya ingatkan perkara ini mudah saja. Tapi bila mula menulis, baru saya tahu, susah senang nak menulis ni. Mau berpinau otak memikirkan jalan cerita yang sesuai.

Hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat, semua setuju dengan jalan ceritanya, tapi bermasalah pula dekat watak utama yang berfokus kepada binatang-binatang.

Saya amat berharap, para sahabat yang membaca blog ini dapat mendoakan kejayaan saya dalam bidang penulisan yang baru saya ceburi ini. Doakan saya berjaya ya,,,,,,


20110507

Keputusan Kemasukan Ke IPTA

semalam keputusan kemasukan ke IPTA telah pun keluar. ada yang berjaya dan ada yang tidak. walaupun kemasukan ke IPTA tiada kaitan dgn saya, sebab diri ini dah lama masuk ke IPG. namun diri ini tetap terasa debaran dan kemeriahan mengetahui keputusan ini.

mana tidaknya, adik angkat saya sendiri memohon untuk masuk ke IPTA dan Alhamdulillah, kedua-duanya berjaya masuk ke IPT tertentu. syukur2x ^^,

kepada yang berjaya, TAHNIAH!!!! saya ucapkan. ini adalah ganjaran kepada penat lelah anda. usaha anda dalam menghadapi SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang adalah ganjaran pertama. manakala kemasukan ke IPT ini adalah ganjaran kedua anda.

kepada yang tidak berjaya, JANGAN BERSEDIH [LA TAHZAN]. mungkin ALLAH ada perkara yang lebih baik untuk anda. 

namun satu pesanan saya kepada anda semua,,,,,

apabila mendapat keputusan ini, jangan terburu-buru untuk masuk. fikirkan dahulu kesan dan akibat kemasukan anda. anda harus sedar kemana hala tuju pengajian anda ini. adakah ia selaras dengan cita2 anda atau ia membawa anda ke satu jalan yang kabur? 

sekiranya membawa anda ke jalan yang kabur, maka fikirkan sebanyak mungkin, lakukan solat istikharah. anda harus membuat perancangan yang rapi dengan memikirkan perkara-perkara berikut:

1. Adakah ia selaras dengan matlamat [cita-cita/pekerjaan impian] anda?
-jika selaras dengan matlamat anda, teruskan sahaja pengajian tersebut
-jika tidak selaras, maka tggu dahulu mana2 pusat pengajian yang menghantar borang yang sesuai dengan matlamat anda. 

2. Adakah peluang pekerjaan yang banyak untuk kos tersebut apabila anda habis pengajian?
-adakalanya, peluang pekerjaan bagi kos yg anda ambil hanya ada banyak pada masa anda memulakan pengajian, tetapi selepas anda tamat pengajian, peluang pekerjaannya amat terhad. oleh itu, fikirkan dahulu perkara ini. takut2 anda habis belajar, peluang pekerjaan pula tiada.

3. Adakah anda meminati kos tersebut?
-jika tidak minat, tanya pendapat ibu bapa dahulu kerana kata2 orang tua ini, kadang2 ada betulnya
-jika ibubapa meyakinkan anda utk masuk, maka teruskan dengan mengambil kos tersebut. mungkin akan timbul minat anda setelah anda memulakan pengajian.

Jika benar anda telah melakukan perkara-perkara di atas, maka teruskan langkah anda, jadikan diri anda insan hebat dan terbilang. 

Semoga Kejayaan Bersama Dengan Anda
 

20110422

Pasti Merindui

ada beberapa hari lagi sebelum tirai praktikum fasa tiga di SK Tengku Mahmud ditutup.
sedar xsedar, dah hampir 3 bulan [12minggu] diri ini berpraktikum di sini.
banyak kenangan indah, banyak juga kenangan menakutkan.
menakutkan kerana di sini, pertama kali, perkara diminati oleh murid berlaku pada diri ini.
namun, kenangan indahlah yang sentiasa mengusik jiwa ini.

diri ini pasti akan merindui sekolah ini.
hilai tawa, gelak gempita, perilaku anak2 kecil di SKTM ini
pasti menjadi kenangan yang xkan dilupa

teringat zaman sekolah tatkala berada di SKTM
nama ringkasan sekolah pun hampir sama iaitu SKTM utk SK Taman Medan dan SKTM juga untuk SK Tengku Mahmud
suasananya hampir juga sama, ramai murid, perilaku yang bermacam2

sebenarnya, diri ini takut untuk berpisah dgn praktikum fasa 3 ini
takut merindui suasana sekolah ini
takut merindui murid2 yang diajar
takut juga merindui papan hitam tempat menulis ketika mengajar

pasti juga diri ini merindui
murid2 yang sentiasa di sakat oleh diri ini setiap hari
faiz, nazren faiz, reza, haiqal zamri, nik azim dan ramai lagi

xlupa juga kenangan menjadi 
jurulatih bola tampar di sekolah ini
pengadil hoki daerah
dan pelbagai perkara lagi
pasti menjadi kenangan yang xkan dilupakan

namun

semua ini harus di simpan sekadar kenangan
harus di simpan kemas dalam lipatan ingatan
kerna perkara seperti ini, pasti akan berlaku lagi

kerna janji Tuhan itu pasti

setiap pertemuan pasti disusuli oleh perpisahan

20110205

Bhgn I - Kehidupan Ini Ibarat Rumah: Pembina Tapak

Salam,,, lama sudah tangan ini tidak menukil sebarang nukilan di dalam blog ini. Jadi rindu pula untuk menulis. Hehehe,,,,,,,,,,,,,,,,,

Sebenarnya hari ni, ana nak berbicara mengenai kehidupan seorang manusia. sedar atau tidak sedar, sebenarnya kita dapat melihat kehidupan manusia daripada sebuah rumah.

Ya,,,, sebuah rumah boleh melambangkan kehidupan kita. Pasti ada yang berkata: benar ke?? Atau mana mungkin!! Atau mungkin juga ayat dalam cerita hantu kak limah balik rumah iaitu cer cite, cer cite. Hehehe,,,,,,,,,,

Sebenarnya memang kehidupan ini umpama rumah. Sebelum membina sebuah rumah kita, akan membina satu tapak kawasannya. Tapak ini amat penting, tanpa tapak, rumah tidak dapat dibina. Maka untuk membina rumah, maka kita perlukan tapaknya dahulu. Sama juga dalam kehidupan, ibu bapa dalam kehidupan adalah umpama pembina tapak. Tanpa pembina tapak, rumah tidak dapat dibina dan kehidupan pula jadi tidak berguna.

Seharusnya kita ingat, manusia umpama kain putih dan ibubapa pula adalah pencorak kain putih tersebut. Kerana apa yang dilakukan oleh ibubapa, akan diikuti oleh anak-anaknya. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanyalah yang menentukan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi... ”

Dek kerana itulah, ibubapa menjadi pembina tapak dalam kehidupan. Pembina tapak yang akan menentukan besar manakah rumah kehidupan yang akan dibina oleh kita.

Sampai sini sahaja untuk posting kali ini, nantikan sambungannya nanti ^^,

20110129

Praktikum Fasa 3

Salam,,,,, esok bermula segalanya.
bermulanya: ...... 

 ana akan berpraktikum di SK Tengku Mahmud 1
sebuah sekolah yang elit di besut ni.

berdebar jugak rasanya, bagaimana persekitaran sekolah? 
dan apa reaksi pandang pertama murid terhadap ana?

 agak2nya, mampu x ana buat yang terbaik dalam praktikum ni?

so, kepada kawan2 yang membaca, doakan ana berjaya yer, 
sbb ana kena buat KAJIAN TINDAKAN tahun ni
harap2 berjaya la yer. ^^,
  




20110121

Satu Gambar Tapi.......

salam,,,,

cuba lihat gambar dibawah ni. rasa2 anda semua nampak binatang ape?