Follower

20090917

Bila Anjing Mengeluh...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa :
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya):
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

20090913

Himpunan Hadis

Al-Hadith : Berbaik Sangka Kepada Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu."

"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas."

"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."
(Muttafaq 'alaih)


Al-Hadith : Aduhai .... Di Manakah Nakku Cari 40 Orang?

Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiada seorang muslim pun yang meninggal dunia, kemudian berdiri untuk menyembahyangi jenazahnya itu sebanyak empat puluh orang yang semuanya tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan Allah akan mengurniakan syafaat kepada orang yang mati tadi."

(Riwayat Muslim)


Al-Hadith : Bagaimana Menjawab Soalan Malaikat Kubur

Daripada Albara' bin 'Azib r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya,


"Seorang muslim itu apabila ditanya dalam kubur, maka ia akan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa-sanya Muhammad adalah Rasulullah. Yang sedemikian itu adalah sesuai dengan firmannya Allah Ta'ala (yang bermaksud) "Allah memberikan ketetapan kepada orang-orang yang beriman
dengan ucapan yang mantap, baik di dalam kehidupan dunia ini, mahupun dalam akhirat."(Surah Ibrahim, ayat 27)


Al-Hadith : Sedekah berbuka pahalanya besar

Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu. ”. Riwayat (at-Tirmidzi)

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”

Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.

Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”

Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.

Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin.“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”




20090911

Cuba Teka Bagaimana Rupa Ultraman Naik Basikal Pegi Bazar Ramadhan

gambar ne ana dapat dari dalam satu page yang ana lawat.
xsangka yang ultraman pon naik basikal pegi bazar
habis merah lampu nyawa kat dada dia tue
hehehe^^.... maybe dia penat kayuh basikal pegi bazar ramadhan kg baru kot
dekat jepun kan xde bazar, so sbb nak tunai ibadah puasa, sanggup dia berkayuh ke Malaysia nk beli makanan kat bazar pnye pasal.
kuikuikui.....^^

p/s: Mr Ultraman, jangan marah yer. bulan pose xbaik marah. hahaha^^


ini adalah gurauan semata2. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. hehehe....^^

20090909

Wanita Hiasan Dunia

dalam al-quran disebut bahawa wanita berasal dari tulang rusuk lelaki. hal ini menunjukkan betapa golongan hawa ini amat penting peranannya dalam kehidupan harian. sama ada dari segi makan pakai dan segalanya dalam kehidupan sebuah keluarga, wanitalah penyerinya. yakni ibarat satu hiasan dalam keluarga.

wanita sebagai hiasan dunia? sengaja ana ingin mengupas mengenai topik ini. xbyk yg boleh dikongsi namun di bulan ramadhan ini terutama tatkala ana menaiki bas menuju ke IPGM ana, hal ini menyebabkan ana berfikir mengenai wanita yang menjadi hiasan dunia ini.

dalam dunia ini, terdapat bermacam jeni wanita. ada yang memakai pelbagai hiasan utk tampak cantik dan bergaya dan ada juga yang low profile dengan cukup bersederhana saja. namun secara sedar atau tidak, wanita itu sendiri sudah menjadi hiasan dunia. tanpa pakaian yang cantik2 pon, mereka sudah mampu menjadi hiasan dalam dunia. namun, seindah2 wanita sebagai hiasan dunia ini adalah wanita yang solehah. yg mampu membahagiakan syurga dalam rumah tangga mereka.

semasa ana menaiki bas tempoh hari, bas yang ana naiki dengan hanya 6 penumpang berhenti di Raub, Pahang utk mengambil penumpang. alhamdulillah, yg naik adalah wanita bertudung yg cantik wajahnya duduk selang satu kerusi disebelah ana. namun tatkala memandang tubuh badannya, ana malu utk memandang. masakan tidak.. berpakaian yg menampakkan tubuh badan sehingga boleh menimbulkan nafsu syahwat pada lelaki yang memandang, menyebabkan ana sendiri malu.

hendak ditegur, ana malu. mahu tidak mahu selepas terpandang selama beberapa kali, ana gagahkan diri, berpindah ke tempat duduk belakang. semuanya bg mengelakkan kurangnya pahala puasa ana.

sebenarnya, ana malu dengan pakaian wanita yg menghias dunia ini. bertudung namun xpula ambil endah mengenai pakaian yg dipakai. adakalanya pakaian yang dipakai seperti pakaian xcukup kain. menampakkan buah dada yang besar dan seterusnya menyebabkan ramai mata lelaki memandangnya. yg menghairankan ana, ada juga yang bangga tatkala dilihat sebegitu. masyaallah.... xtahu la apa yang hendak jadi pada dunia ini.

bagi ana, ana menganggap rambut dan tubuh badan wanita sebagai harta utk suaminya saja. itulah rahsia terbesar seorang wanita. bagaimana bentuk tubuh bdnnya dan berapa panjangnya rambut wanita tersebut, itu adalah rahsia yg paling hebat bg wanita.

seorg lelaki yg baik, akan suka wanita yang memakai baju yang tidak menampakkn saiz tubuh mereka dan memakai tudung kerana itulah rahsia yang ingin diketahui oleh seorg suami tatkala mereka berkahwin dgn wanita ini. seandainya rambut dan badan sudah dibuka utk tontonan umum, apakah lagi rahsia yang wanita ada utk suami mereka nanti? cukupkah sekadar rahsia dihati?

bg ana, pemakaian baju yg longgar dan simple dgn bertudung sudah cukup utk wanita. ia sudah menampakkn kecantikan wanita itu sendiri. namun kesedaran dalam diri wanita masih kecil. ramai menganggap menayangkn rambut dan tubuh badan yang ramping utk tontonan umum adalah satu kemestian utk memikat hati lelaki. dan inilah kesilapan paling nyata yg ana nampak.

seorg lelaki yang baik agamanya adalah utk wanita yang baik agamanya. ini antara ayat yg pernah ana dengar dr seorg ustaz. ayat ini sbnrnya sudah cukup jelas utk menerangkn penyataan ana diatas td. adakah lelaki yang memilih wanita yang tidak bertudung dn menampakkn tubuh badannya ini adalah lelaki yang baik? apa yang mampu ana katakan adalah tidak. jika lelaki tersebut adalah lelaki yg baik agamanya, nescaya dia akan memilih wanita tersebut tapi dengan syarat wanita tersebut mengubah penampilannya dgn menutup aurat. dan jika lelaki itu kurg baik agamanya, maka akan dibiarkan saja wanita tersebut berpakaian sebegitu rupa. oleh itu, sebagai wanita, ubahlah penampilan diri kepada bertudung dan menutup bentuk badan yg mampu menggoncangkan iman lelaki.

mungkin ada yang xbersetuju dgn ana dgn mengatakan dgn berpakaian sebegitu, ia tidak mengikut trend semasa. lebih2 lagi tahun 2009 ini. bagi ana, walau apa tahun pun, trend islam adalah trend sbnrnya. trend menutup aurat dengan pakain yang labuh sudah cukup utk memikat semua insan dalam dunia ini. tambahan pula, terdpt pelbagai cara utk memikat hati lelaki selain dr menampakkn tubuh badan mereka.

pikatlah lelaki dengan:
  • berpakaian sopan, menutup aurat (bentuk tubuh badan) dan bertudung
  • memaparkan sikap seorg wanita yg sopan santunnya dijaga
  • menjaga batas2 pergaulan
  • solat yg didirikan selalu
  • bacaan ayat2 suci alquran
insyaallah, dengan cara tersebut, pasti ada lelaki soleh yang akan terpikat dengan anda, wanita hiasan dunia.

"WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK DAN WANITA YANG JAHAT ADALAH UNTUK LELAKI YANG JAHAT"

wallahualam......

20090907

Terjemahan Sahih Muslim

Kitab : KITAB PUASA
Bab : Bab Kelebihan Lailatulqadar, Galakan Untuk Mencarinya, Keterangan Mengenai Waktunya Dan Waktu waktu Yang Lebih Diharapkan Untuk Mendapatkannya
Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan.

20090906

Hukuman Sebat - Sivil lebih zalim

Salam Ramadhan
Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari kita belajar dan dalami indahnya Islam..

Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.


SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"

Berkaitan:
Presiden PAS: Hukuman rotan syariah tidak melukakan
...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah
hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian
menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."