Follower

20100521

Kenapa Kita Menjadi Guru??

Kenapa Kita Mahu Menjadi Guru?
bukankah banyak lagi kerjaya yang boleh mendatangkan kekayaan?
bukankah ada banyak lagi peluang pekerjaan?
tapi kenapa kita memilih perguruan?

jika kita mahu kaya, lebih baik menjadi engineer.
jika kita mahu terkenal, lebih baik menjadi artis yg xpernah lekang dek media
jika kita mahu ketenangan, lebih baik menjadi pengawal pantai dan resort
tapi kenapa kita memilih kerjaya ini?

adakah semasa kita menulis borang pendaftaran kemasukan,
terlintas di benak kita elaun bulanan, dan kerjaya yg menanti?
jika benarlah ini, maka pupuklah kecintaan pada kerjaya ini secepat mungkin.

kerna


sebagai guru

manfaat kita lebih daripada sesiapa pun.

kita tak kaya di dunia, tapi diakhirat pahala mengajar menanti
kita tak tenang di dunia kerna teringat anak murid yg masih tak pandai membaca dan menulis tapi bila di kubur kelak, kita akan tenang kerna jasa kita curah, menjadi cahaya utk kita
kita tak terkenal di mata dunia tapi semua orang tetap mengenal kita kerna kitalah cikgu yang menjadi sebutan para ibubapa dan pemimpin dunia.

ada orang terkejut tatkala ana katakan ana bakal menjadi guru.

macam2 reaksi yang keluar

fahmi? Cikgu Fahmi?
~ ah,,, tak mungkin, mampus budak2 kene maki.
~ habislah pipi budak2 tue
~ malang la anak murid kau nanti dapat cikgu macam kau

yang positif

~ beruntung anak murid ko dapat cikgu yg happy go lucky macam ko
~ cikgu penyayang macam ko, pasti ramai yang suka
~ ko komfem jadi cikgu yg paling rapat dengan budak sbb ko suka dekat budak2

sejak meninggalkan alam persekolahan, beberapa sifat yang tak baik ana tinggalkan

jika dulu kaki maki, sekarang tiada sebab ana memaki orang

jika dulu jenis tak boleh bertolak ansur, sekarang sentiasa cuba bertolak ansur
dan beberapa lagi perubahan

apa yang mampu ana katakan
menjadi guru & pensyarah adalah impian ana semasa kecil,
kerna itu, ana cuba menjadi seorang yang terbaik dikalangan yang terbaik

namun

kita hanya mencuba, Allah jua yang menentukan

"seorang doktor jika tersalah memberikan ubat, akan membunuh satu nyawa. Namun seorang guru jika tersalah memberikan didikan, akan membunuh satu generasi manusia"

20100517

Khas Untuk Ibuku Sayang: Hawiyaah bt Ali


siapakah kita?

kita hanyalah insan biasa

yang dilahirkan oleh insan bernama ibu

insan yang lembut bual bicaranya

insan yg tangan lembutnya menyuapkan nasi kepada kita

insan yg tangan lembutnya memasakkan makanan untuk kita

insan yg tangan lembutnya mengurut kita tatkala kita lemah


besarnya pengobanan ibu....

ana sayang ibu ana,
tertitis air mata ini tatkala menatap video klip lafaz tersimpan. walaupun telah banyak kali menatap video ini namun air mata ini tetap jua mengalir bagai sungai yg deras.

betapa banyak dosa ana pada ibu ana.

betapa rindu ana kepada ibu ana
.
betapa sayangnya ana kepada ibu ana
.
semua ini bermain di dalam hati dan fikiran ana
.

dalam bulan ini, ana sentiasa terfikir tentang ibu ana
.
ana risau berlaku apa2 pada ibu ana.
ana menangis keseorangan.

semuanya bermula selepas program Motivasi Pelajar Cemerlang PROSOLAT untuk murid SK Keluang, perasaan rindu terhadap ibu ana makin membuak2. ana sendiri xtahu knp ini berlaku
. cuma ana berharap, perasaan ini tidak hilang dalam diri ana. biarkan ana merindui ibu ana selalu. kerna dengan itu, ana ada pendorong utk terus melakukan kebaikan didunia ini

Ya Allah,
Ampunkan dosa ibu dan ayahku
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani ku
masukkan mereka dalam syurgaMU
letakkanlah ibu dan ayahku sebaris dengan hambaMU yang bertakwa
tabahkanlah hati mereka dalam mengharungi dunia ini
panjangkan umur mereka dengan kebaikan dan rahmatMU
kurniakanlah keberkatan dalam hidup mereka
permudahkanlah urusan mereka didunia dan akhirat
sesungguhnya ENGKAUlah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


20100515

Selamat Hari Guru 2010 - 'Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan'

Esok, 16 Mei 2010, hari guru kembali tiba. walaupun ana belum lagi bergelar guru namun kehangatan hari ini terasa dalam diri ini. dengan tema 'Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan', pasti hari guru pada tahun ini berlainan dengan hari guru pada tahun2 lepas.

kepada semua guru di Malaysia terutamanya kepada Ibu2 angkat ana, ayah2 angkat ana, guru yang pernah mengajar ana, kawan seperjuangan dalam bidang perguruan serta guru2 di seluruh Malaysia, ana ucapkan Selamat Hari Guru.


Mari Perhalusi Bait2 sajak daripada seorang tokoh tanah besar cina.


Apabila Kasih Sayang Guru mencurahi jiwaku

Aku dilahirkan semula menjadi anak muda.
Jangan tanyaku apa sebabnya:
Sebab bukan logik KASIH SAYANG!

Saya ialah pemipit alam semesta.

Menyuarakan secara terbuka
Kesedihan dan kesakitan mereka
Kehidupan demi kehidupan dalam roda kematian yang tak berhenti pusing.
Berdoa, Guru yang Berbelas Kasihan
Lekas! hentikannya.

Berkat anda mencurahi semua orang.
Yang buruk dan yang baik, yang cantik dan yang hodoh,
Yang ikhlas dan yang tak layak,
Serupa!
Oh Guru, tidak dapat kunyanyikan pujian-Mu.
Kasih sayang-Mu kupeluk dalam hatiku,
Dan tidur bersamanya tiap-tiap malam.
Daripada Air-air Mata Senyap
~oleh Mahaguru Ching Hai~


video

20100504

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.
Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

20100501

Hanya Sekadar Kisah,, Lembu Oh Lembu...

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.




Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :

'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'


Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '


Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'




Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :

'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!


Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??