Follower

20100627

10 Bangunan Menakjubkan Yang Tidak Jadi Dibangun

Inilah Koleksi 10 bangunan hebat sepanjang sejarah yang tak jadi dibangun, entah kerana alasan dana, politik, atau apa saja. Yang penting, designnya sudah dibuat dan projeknya sudah dirancangkan. Kalau bangunan2 ini didirikan, muka dunia ini akan jauh berbeza dari yang kita tahu sekarang. Beberapa bangunan ini lebih menakjubkan daripada bangunan2 di Dubai.

1. Hotel Attraction
Designed in 1908 for New York City




Hotel Attraction mgkn menjadi gedung tertinggi di New York pada saat itu. Didesign oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter, dan seakan mustahil pd masa itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sampai ketika tahun 1956, sebuah buku berjudul "The NEw World Called Gaudi" diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.

2. The Illinois
Designed in 1956 for Chicago Illinois

The Illinois tadinya akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diilhamkan oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahwa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Design nya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas dasarnya 18,46 kaki persegi.

Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terbatasnya lift (elevator) yang diperlukan serta teknologi lif yg laju blum wujud lagi. Hal itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini.

3. Fourth Grace / The Cloud
Designed in 2002 for Liverpool England



Ramai menganggap Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan design untuk projek yang dinamakannya "The Cloud" ini. Projek ini diberhentikan krn masalah dana yang kurang untuk membangunkan design spiral yang mahal.

Fourth Grace didesign untuk ruang pejabat , 107 bilik hotel, dan 50000 kaki ruang niaga termasuk bar, restaurant, dan gallery.

4. Beacon of Progress
Designed around 1891 for Chicago Illinois


Asalnya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Design yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Désiré Despradelle, seorang Pranchis. Dengan lebih banyak sokongan dana, bangunan ini akan mjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia tika itu.

5. Ville Contemporaine
Designed in 1922 for Paris France


The Ville Contemporaine asalnya utk dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dikemukakan oleh arkitek Swiss-Prancis Le Corbusier. Bahgian tengah bangunan ini dirangcangkan adalah sekelompok pencakar langit 60 tingkat yang dibangun dengan logam dan diklilingi oleh dinding kaca. Digunakan untuk ruang pejabat dan apartemen.

Tidak jelas mengapa projek ini dibatalkan...

6. Tatlin’s Tower
Designed around 1917 for St. Petersburg Russia


Tatlin's Tower jika berjaya, akan mmnjadi Eiffel Tower mini. Rancangannya, bangunan ini dbuat dari besi, kaca. Menara ini akan dijadikan simbol kemajuan kemodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara spiral sampai tinggi 400m, dimana orang2 bisa ditransportasikan ke atas, melalui jalur itu.

7. Shimizu Mega-City Pyramid
Designed in 2004 for Tokyo Japan


The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan raksasa di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750,000 org. Ia akan menjadi hasil bangunan manusia yang terbesar sepanjang sejarah. Piramid ini sebenarnya dibangun dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling berhubungan. Setiap piramid kecil ini sebesar bgn Luxor Hotel di Las Vegas.

Projek mega piramid ini dibatalkan kerana memerlukan teknologi pembikinan yg terlalu maju pd masa itu, dan tak tercapai saintis

8. Volkshalle (The Great Dome)
Designed around 1930 for Berlin Germany


The Volkshalle (People’s Hall) adalah sebuah bangunan monumental yang diilhamkan oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia akan menjadi bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Untungnya, bangunan ini tidak jadi didirikan kerana perang.

9. Palace of Soviets
Designed in 1933 for Moscow Soviet Union


Jika Palace of Soviets jadi dibangun, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Konstruksi yang dipelopori oleh Boris Iofan's ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan krn penaklukan Jerman. Tahun 1942, bahan besi nya digunakan untuk membuat jembatan.

10. Ultima Tower
Designed in 1991 for San Francisco California


Projek ini seakan mustahil dimajukan pd permulaan lagi,tapi sebaliknya, sangat hebat jika projekm ini berjaya. Arkitek Eugene Tsui mendapat ide bangunan ini dari hasil belajarnya di San Fransisco. Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil konversi tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenaga yang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi energi letrik. Bangunan ini memiliki 500 lantai dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.

Beberapa foto tambahan buat Ultima Tower ini :
Cakupan wilayah buat tower itu... luasnya.

Perbandingan tinggi menara

Diambil dari: http://www.ehoza.com/v4/forum/x-files-mistery-amazing/58731-10-bangunan-menakjubkan-yang-tidak-jadi-dibangun.html

Seloka Minah Tudung

Pakai tudung tapi telanjang
itulah gaya orang sekarang
mana tidaknya ,ukuran body semuanya terang terang
yang mana kendur yang mana tegang

baju nipis nampak bayang

peha gebu saja ditayang

lebih baik tak pakai baju senang

dah tentu boleh tunjuk terang-terang


baju ketat seluar sendat

pakai tudung just ikat ikat

dari mula memang bukan adat

disudut agama pun gaya tak berkat


tudung jarang baju nipis

pakai skirt boleh nampak `garis`

mata org terbeliak,kita membengis

bila kena kutuk,kenapa menangis


lengan pendek blaus gantung
jeans ketat melekat dipunggung
jadi org islam ni sebenarnya beruntung
agama tak suruh bungkus macam polong

apa rasanya,kepala bertudung,kain terbelah

kau takut rambut org kurang ghairah

lain kalau peha gebu atau nampak lurah

mata memandang boleh keluar darah


kebaya ketat, kain terbelah

ikat tudung macam tak mudah

nak ikut suruhan agama memang tak susah

tapi islam sebenarnya indah


tutup aurat bukan suruh berselubung

sampai tak nampak muka dan hidung

yang faham tuntutan amat beruntung

taklah bersungut mulut pun muncung


dah kalau mula minat nak bertudung
cubalah disesuaikan apa yang disarung
kalau masih rasa jiwa tu `mendung`
maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

bertudung tu bukan satu paksaan

ianya lebih kepada keinsafan

selalunya nafsu masih dikuasai syaitan

itu la pasal fesyen pun yang bukan bukan


baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej

walhal islam suruh pakai yang sopan dan manis

dah kalau pakaian mengalahkan pengemis

atas tutup,bawah buka ,ni apa punya jenis ?


kita memang hidup dalam era serba maju

sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju

kalau bertudung tapi pakai yang `gitu-gitu`

kita pun susah nak kenal manusia ke hantu


harap maaflah kalau terlalu panjang
bukan sengaja mereka yang bukan bukan
berpantun seloka bukan setakat hiburan
yang mana betul jadikan pedoman

20100626

Tinggalan Kenangan Kemodenan: Penjara Pudu

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.


Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X


Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).


Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892


Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat “Gaoler"�, pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan dan bilik pengawal.

Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.


Bangunan asal dapur Penjara Pudu yang menyerupai "pauper hospital"


Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.


Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.


Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.


Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891


Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.


Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.


Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan.


Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan seumur hayat.


Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri


Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan


Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat


Mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 yang menghiasi tembok Penjara Pudu merupakan yang terpanjang di dunia


Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan. Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini akan dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.



Kepesatan pembangunan disekeliling penjara bersejarah ini memaksa ianya ditutup buat selamanya




20100625

32 Rahsia Israel

From Mail Box

Berikut ialah 32 Rahsia Israel yang mungkin boleh menjadi panduan kepada kita untuk menentang negara itu dan beberapa isu kontroversi yang masih hangat diperkatakan masa kini.


1. Tahukah anda bahawa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Tahukah anda bahawa setiap ras Yahudi yang ada di seluruh dunia menjadi Negara Israel secara otomatik?


3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara ras Yahudi dan bukan Yahudi?


4. Tahukah anda bahawa Juruselam bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya pihak Barat dan Amerika Syarikat sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.


5. Tahukah anda bahawa Israel membekalkan 85% air bersih hanya utk ras Yahudi dan membahagikan baki 15% utk seluruh penduduk Palestin yang menetap dikawasan Israel? Realitinya, Israel membekalkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara baki 15% hanya untuk dibekalkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.


6. Tahukah anda bahawa Amerika membekalkan US$5 million daripada pendapatan cukai setiap tahunannya untuk menyumbang kepada Israel?


7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 million setiap tahun? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?


8. Tahukah anda bahawa Israel juga mendapat bantuan tambahan sebesar US$4 million dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyumbang utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel utk menjamin kekuasaannya di Timur Tengah.


9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978,1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada thn 1981.


10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Dan menolak pasukan pemeriksa senjata PBB untuk memeriksa tempat persembunyiannya?


11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya Israel psds tahun 1948, ia sudah memiliki loji penembangan senjata nuklear?


12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tetera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?


13. Tahukah anda bahawa Israel meledakan tempat kediaman diplomat Amerika dan menyerang kapal perang induk Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel. Hanya dgn alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh sebuah negara Islam.


14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak melanggar resolusi keamanan PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel sebanyak 69 buah. Bayangkan seandainya sebuah negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika Syarikat?


15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti ras Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu?


16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan penduduk Palestin Shabra dan Syatilla pada 16 Sept 1982 di Lubnon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri kanak-kanak, wanita dan org tua?


17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas supaya duduk berbaris di atas tanah. Kemudian tentera itu menembak mereka dari jarak setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?


18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kedai di Israel hanya boleh menempelkan keterangan kerja kosong dengan perkataan: kerja kosong hanya utk ras Yahudi, mencari seorang penulis dengan syarat ras Yahudi?


19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 'dana' kepada media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?


20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi rakan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan tekad mahu membersihkan Israel dari ras bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?


21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran seluruh ras Arab dari Israel?


22. Tahukah anda bahawa rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ti3 Israel) mendukung kekejaman tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan arahan radikal supaya diteruskan usaha-usaha membunuh warga Palestin.


23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan pelarian terbesar di dunia?


24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi?


25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sedah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Risikan Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?


26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar, mengajar dan merosak seluruh prasarana pendidikan, Palestin tetap menjadi negara terbesar melahirkan doktor?


27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalang dengan ditandatangani atas persetujuan Oslo?


28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negaranegara Arab terlebih dahulu kemudian merampas kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri.


29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan Konvensyen Geneva untuk menjaga hak dan keselamatan warga Palestin?


30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak disegani lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memalukan adalah pembunuhan 3 wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam kem pelarian?


31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 thn yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


32. Tahukah anda bahawa bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mangatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan aprtheid seperti Afrika Selatan sebelum di bawah kepimpinannya?

20100618

Amalan Paling Utama

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:


"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup)
Surah Al-Imran 157.