Follower

20080612

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "

kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat.. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solatkepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as..

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

20080607

DI DALAM BERSAHABAT.. .

> > Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &> > punya harapannya sendiri.
Antaranya ialah :-
> > 1 ... Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &> > sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum> > ianya berlaku.

> > 2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya > > bagus dan betul.

> > 3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt> > tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

> > 4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

> > 5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau > > hubungan suami isteri sahabat.

> > 6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai> > positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

> > 7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut> > sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

> > 8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu > > rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. > > Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa > > memikir kesannya kepada sahabat kita.

> > 9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat> > bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya> > menyekat perhubungan dgn insan lain.

> > 10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn> > dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan> > kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan> > hati yg pasang surut.

> > 11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia> > mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh> > memburukkan keadaan.

> > 12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri> > dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga> > diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

> > Rasulullah s.a.w. bersabda:
> > "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran

Kepentingan kesihatan = gula

BAHAYA GULA

Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38.. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56.. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64.. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!


"Kita adalah apa yang kita makan".

Pedoman

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah saw telah bersabda : Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari.

Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah,

Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah.

Kata-kata manis juga sedekah,

Setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah,

Dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hubungan Nafas & Minda

Fatihah dan Minda

sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?Bagus sekali....Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? . Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha. Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakan dalam membaca ayat suci.

Hari ini saya ingin memasukan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda.
Mari kita sama lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijap zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan Duduk dengan nyaman dan selesa, anda boleh lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.
1.Tarik nafas melalui hidung,lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.Lakukan 37 kali. ( merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha). Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga. Anda tetap tidak dapat menembusi hijap minda.

2. Sebut kan kalimah allah dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.

3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda.
Persoalanya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?.

Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya. Saya akan menjawapnya pada perengan yang seterusnya. Teruskan bersuara dengan lafas Allah. Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda. Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100x ulangan.Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.

4. Kemudian sila tungkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda. Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tungkatkan di lelangit mulut anda. Nah disini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut. Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutanya. lebih mantap sebutanya.Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda.
Ulangi sebanyak 100x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda. Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda. Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa" ya allah setiap kali hamba mu berzikir "Allah" saya berada dalam keadaan ini 100x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu ya Allah"

5. Mulalah membaca Alfatihah dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menungkat lidah di atas lelangit mulut anda. Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang Kehebatan Al Fatihah ini.

Dengan Izin Allah....... ...

wasalam.