Follower

20080930

Just Want To Comment


klu lihat suasana politik malaysia sekarang ne, aku jd antara orang yang paling risau.

mane taknyer, klu tgk heboh kate tukar kerajaan, tp sepatah haram pon xde.


sebagai seorg bakal guru, penukaran kerajaan bukanlah satu perkara yg aku harapkan, walaupun aku lihat cara pentadbiran kerajaan sekarang terumbang - ambing, tp utk menukar kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi bukanlah sesuatu yg aku mahukan.


aku tgk secara konsepnye, nampak sgt yang berminat nk jadi PM memang anwar. tp aku xtahu macam mane orang boleh sokong dia sangat. bagi aku, anwar biasa saja, malah dari awal dah nmpk dia mmg berminat jadi PM. n lagi satu yang menyebabkan orang sokong dia, mungkin sebab kepetahan dia berpidato kot?? mmg la orang ckp nk jd pemimpin ne kene pandai berpidato, tp kalau berpidato selalu, kadang - kadang boleh menyebabkan huru - hara gak. yang paling penting bagi aku, makin byk orang berpidato, makin nk dekat la kiamat. bukan ape, aku teringat antara tanda2 kiamat, semakin banyak orang yang berpidato. so, lu pikirlah sendiri.


lepas tu, klu tgk plak cara pentadbiran, aku rasa same jer dgn yg Pak2 Menti yang lain. nk carik duit lebih (tah halal ke haram aku xtaw) untuk family n kroni but kate BN projek untuk kroni. klu tgk betul2, mane2 kerajaan pon same jer, xkanla dia nk bagi projek kat pembangkang pulak, xke bodoh namanye tue.


aku ne bukan sokong sesape pon, cuma bagi aku, klu ikut cara debat, memang pembangkang la yg paling pandai nk berpidato. just carik point dari ucapan pihak kerajaan or pencadang jer. cuba klu pembangkang jadi kerajaan, comfem hancus.


waktu aku ada dkt dewan kuliah bulan lepas, heboh pasal kabinet bayangan. ramai kawan aku yang kate harap2 xjadi la benda ni. walaupun ada yang sokong pembangkang n kerajaan (kurang yg neutral mcm aku, hehehe.....) sebab dlm kabinet tu byk yg bukan melayu. bukan aku nk ckp bgs ler klu xde melayu, cuma bile banyak bukan melayu, kita risau ketuanan melayu yang semakin dipertikaikan ini akan makin menyusut sehingga melayu xdikenali dan diiktiraf dibuminya sendiri. klu terjadi mcm tu, maka menyesallah kita seumur hidup.


Dalam kes terbaru ne, kes mengenai kaum cina dikatakan pendatang.

ketua umno sendiri mengatakan kaum cina sebagai pendatang? memang betul la datuk ne pandai sejarah. dia lihat sejarah secara literal maa.. kalau orang lain komfem mengaku salah n mohon maaf, tp dia rileks jer, masih dengan apa yang diperkatakannya. tp memang betul pon, orang cina memang pendatang. ( maaf ini bukan tipu, tp ini adalah kenyataan)


kita lihat pada sejarah, bagaimana parameswara membuka melaka, tiada orang cina pon di tanah melayu, sewaktu terengganu dan kedah tua pon memang tiada orang cina yang wujud di tanah melayu. but after melaka dibuka, barulah orang cina datang berdagang dan pemerintah melaka yg kedua, Megat Iskandar sendiri yang pergi mengadap maharaja cina sebagai tanda negeri naungan. lepas tu barulah byk orang cina yang mai ke tanah melayu. diulang: sebelum tu xde orang cina dkt tanah melayu.


itu klu dari zaman melayu melaka, selepas tu waktu penjajahan british, orang cina dibawa dari negara cina untuk MELOMBONG bijih timah di TANAH MELAYU. selepas itu, mereka terus menetap di Tanah Melayu. tu baru sikit tu, banyak lagi perkara n fakta yang menunjukkan orang bukan melayu adalah pendatang. nk taw lagi tengok la dalam SEBAB2 MALAYAN UNION DITUBUHKAN. antara sebabnya adalah kerana perkara ini juga. korang check la sendiri.


aku xnak komen lebih2, nanti kene ISA pulak aku. menyesal xsudah karang. itu jer setakat ne, salam alaik n selamat hari raya yer..

Tazkirah - cerita kita di ambang sakaratul maut

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang, mengucap .......Asyhaduallai lahaillallah. ........" ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawabdoktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu.datanglah. ....Tapi mataku...... .semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.A ku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin..... .".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku.Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut......Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga, haus,panas. .......".
tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,
"Nenek. ...... ....". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi....." .
Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkanaku??"Mengucap syg, mengucap.
Asyhaduall ailahaillallah. .....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya" Mari ikut kami".
cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .
"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... ".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".
"Assalamualaikum. .....". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku"."Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa dipedulikannya. ..... jijik,loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji........ ..". Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakandalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apaini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas. .......".Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?
"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" . Setibanya ditanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu."Perlahan- lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.
"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.
"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar....... .".
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan aku kini keseorangan.
"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."