sudah lama tangan ini tidak menaip, banyak perkara yang sudah berlaku dan banyak juga rintangan yang terpaksa dihadapi. syukurlah kerana rintangan yang berlaku dapat ana hadapi dengan sebaik mungkin. sebelum kata2 ana ini menemui noktahnya, sebelum madah ana hulurkan, izinkan ana mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ana ini.
hari demi hari, makin bertambah pengikut blog ana. cuma ana harap, mana yang menjadi pengikut blog ini, diharap boleh tinggalkan laman blog anda semua supaya ana dapat membalas dengan menjadi pengikut blog anda. dan jika tidak keberatan, harap boleh diposkan di shoutmix ana sedikit kata2 berserta alamat blog supaya ana boleh lawat dan jadi pengikutnya.
setelah lama tidak menyusun kata, hari ini ana ingin menyusun semula kata yang telah lama tidak tersusun. hehehe,,,,, pelik pula ayat bagi posting kali ini. tapi xmengapalah, yang penting mesej yang ingin ana sampaikan. tidak lama lagi, hari raya Aidil Adha mendatang. dan sebut pasal Aidil Adha ini, ana ingin membawa kita semua mengenai pengorbanan.
dalam kita mengejar dunia yang fana ini, kadang2 kite terpaksa mengorbankan berbagai perkara. xkira wang, semangat, kekasih mahupun diri sendiri. pengorbanan yang sebenar, seperti yang kite sedia maklum adalah pengorbanan kepada ALLAH.
kesanggupan kita meninggalkan larangannya, yang kadangkala telah menjadi darah daging dalam diri kita merupakan salah satu pengorbanan yang amat tinggi nilainya. Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail, atas arahan yang diberikan ALLAH. tanpa banyak bicara, Nabi Ismail sendiri sanggup dikorbankan menurut perintah ALLAH PENCIPTA ALAM.
menyebut mengenai Aidil Adha ini, dalam satu hadis Nabi s.a.w disebutkan bahawa (yang bermaksud):
“Tidak pernah syaitan dilihat begitu kecilnya, hina, muram dan dibenci pada hari-hari haji, dimulai daripada hari Arafah.”
manakala di dalam al-Quran surah al-Hajj ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud:
“Demikianlah sesiapa yang membesarkan hari-hari kehormatan Tuhan, maka adalah paling baik di sisi Tuhan.”
daripada hadis yang diatas, maka dapat dikatakan bahawa, pada hari2 haji, bermula daripada hari Arafah, syaitan menjadi begitu kecil, lebih kecil daripada keadaan biasanya, dalam keadaan hina, muram dan dibenci. ini menunjukkan betapa syaitan dalam keadaan kecewa kerana pada masa tersebut, manusia telah melakukan pengorbanan mereka kepada ALLAH S.W.T terutamanya bagi mereka yang menjalankan ibadah haji.
dalam ibadah haji yang dilaksanakan, pengorbanan melaksanakan ibadah haji mengandungi dan membawa dua maksud, iaitu pertama, ia berkaitan dengan pengorbanan serta usaha kita selama ini menyimpan wang atau bekalan secara sedikit demi sedikit bagi mencukupi untuk mengerjakan ibadah haji. Mengumpul wang selama bertahun-tahun untuk mengerjakan haji adalah satu perjuangan dan jihad.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Nafkah mengerjakan ibadah haji adalah seperti nafkah pada sabilillah dengan mendapat pahala berlipat ganda hingga tujuh ratus.” (Riwayat Ahmad)
Pengorbanan kedua ialah yang diajarkan sebagaimana kerelaan Nabi Ismail a.s menuruti perintah Allah. kedua2nya, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. mematuhi perintah Allah ini (iaitu ayah menyembelih anaknya berdasarkan perintah Allah), semata-mata dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah. dan ini adalah cermin ketakwaan.
justeru, bagi melahirkan ketakwaan dalam diri kita, diharap supaya dengan penyembelihan haiwan ternakan, ia dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita terhadap Allah. dan harus diingat, keikhlasan dalam ketakwaan kitalah yang akan diterima oleh Allah. sebagaimana yang dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37)
justeru itu, dibulan yang boleh ana katakan sebagai bulan pengorbanan ini, marilah kita sama2 tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah. buangkanlah, tinggalkanlah perangai2 buruk kita seperti mengumpat dan mengutuk, gantikanlah dengan kalimah zikrullah. jadilah insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
wallahualam,,,,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan