Follower

20100428

Mendidik Murid Lelaki

ramai ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi anak yang terdidik akhlak dan mindanya. namun ramai pula yang salah dalam cara mendidik anak mereka terutamanya anak lelaki. ada yang mengatakan, didik anak lelaki secara kasar. biarkan ke mana pun mereka mahu pergi kerana mereka lelaki. perlu tahu berdikari dalam hidup ini. sebab itu sejak berumur 11 tahun ke atas, anak lelaki dibiarkan sahaja. anak perempuan dijaga seelok mungkin.

memang benar, anak perempuan perlu perhatian yang lebih. namun pengabaian ibubapa terhadap tumbesaran anak lelaki menyebabkan anak lelaki ini kadang2 sunyi kerana merasakan diri mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa mereka sendiri. dek kerana itu, ramailah anak lelaki yang terlibat dengan gejala2 ponteng sekolah, lambat membaca, buta huruf, menghisap rokok dan sebagainya. semuanya bermula kerna kasih sayang yang kurang ini.

oleh itu, fokusnya dalam isu ini, bagaimanakah cara mendidik murid lelaki?

ana masih teringat sewaktu sesi praktikum pertama ana pada bulan mac yang lepas. daripada pemerhatian ana, kebanyakan guru sama ada guru praktikum mahupun guru lama, semuanya menjuruskan diri untuk melayan murid2 perempuan. murid lelaki dibiarkan melakukan kerja yang mereka mahukan. xkira guru lelaki atau guru perempuan, kesemuanya mengambil langkah yang sama. murid perempuan lebih dilayan daripada murid lelaki.

sebenarnya, sebagai seorang guru, perhatian terhadap murid lelaki dan perempuan perlulah seimbang. murid lelaki memang kasar daripada sikap dan perlakuan kerna itu mmg sikap semulajadi mereka. namun sikap ini akan menjadi lebih kasar sekiranya tiada perhatian yang lebih daripada seorang guru.

bg ana sendiri, ana sentiasa rapat dengan murid lelaki. murid lelaki pula sentiasa baik dengan ana sehingga menyebabkan murid perempuan kadangkala dengki dengan murid lelaki tersebut. (susah jadi artis macam ana ni. terperasan tiba2. ^^)

apa yang perlu kita lakukan dalam mendidik perilaku murid lelaki?

ana hanya ingin berkongsi sahaja, mungkin cara ini xsesuai utk orang lain tp ianya berhasil pada diri ana.

1. Peluklah murid lelaki yang anda ajar. (khas utk guru lelaki sahaja, guru perempuan jgn buat, nanti ada orang fikir lain plak.)
Mengapa PELUKAN? sebab murid2 lelaki terutamanya jarang menerima dan memberikan pelukan daripada atau kepada ibubapa mereka. pelukan sbnrnya merupakan lambang kasih sayang seseorang. apabila kita memeluk murid kita, mereka akan merasa malu pada mulanya. namun jangan ambil endah perasaan malu mereka ini. teruskan sahaja memeluk mereka. peluklah seumpama memeluk adik kesayangan anda. bermula daripada perasaan malu ini, mereka akan mula mengubah sikap mereka. daripada seorang yang terlalu hyperaktif terus jadi biasa2 saja.
mungkin ada yang mengatakan mereka berubah kerana malu namun sebenarnya fokus "point" utamanya adalah kasih sayang. mereka yang dipeluk ini berubah kerana mereka tahu guru tersebut sayang kepada mereka. kerana itu, mereka berubah sikap sedikit demi sedikit.

p/s: ana bercakap sebegini kerana ana telah melakukan perkara tersebut. kerna itu ana sanggup berkongsi disini.

2. berikan perhatian yang sama rata dengan murid perempuan.

ada guru yang mengatakan mereka telah berikan perhatian yang sama terhadap murid mereka. namun secara realitinya mereka langsung tidak memberikan perhatian yang sama rata. cuba lihat sewaktu masa senggang guru di sekolah. apa yang mereka lakukan? kebanyakan guru lelaki, melepak di bilik2 khas mereka manakala guru wanita dibilik guru. itu pemerhatian biasa sebenarnya. cuba lihat sewaktu sedang berjalan, guru2 akan berhenti bersembang dengan murid perempuan, murid lelaki dibiar sahaja. alasannya, yang dtg berjumpa dan bersembang adalah murid perempuan.

sbnrnya sbg guru, berikanlah perhatian kepada murid lelaki. bykkn bersembang dgn mereka. kadangkala murid lelaki ini, mereka lakukan byk perkara yang tidak baik diluar waktu sekolah. bila bersembang dgn mereka, anda akan mengetahui kebnykn perkara yang mereka lakukan. dan pada masa inilah anda mampu menasihatkan mereka. harus diingat, murid lelaki hanya mendengar nasihat daripada guru yang mereka sayang, jadi jika anda byk bersembang dgn mereka, mereka akan bertambah syg kepada anda. dan sudah tentu, mereka akan lebih mendengar nasihat dan kata2 anda.


3. makanlah bersama mereka.
makan? mampukah mengubah murid?
jawapannya mampu. memang benar guru telah disediakan tempat makan yang 'high class' namun ada masanya anda perlu makan bersama murid. duduk semeja dengan mereka. makanlah bersama. anda tidak perlu makan makanan berat cukup sekadar makanan ringan seperti keropok mahupun kuih muih. kerana fokus utama anda adalah untuk merapatkan diri dengan mereka. bukan mengenyangkan perut anda.
harus diingat, dengan makan bersama, murid merasakan mereka rapat dgn anda. dan mereka tidak lokek utk berkongsi masalah dengan anda. lantas membolehkan anda menasihatkan mereka supaya mengubah sikap mereka. jangan lupa terapkan adab makan kepada murid. kerna ia salah satu daripada yang dituntut oleh Islam kepada kita.

4. cium dahi mereka
perbanyakkan salam dengan murid. minta mereka salam sambil mencium tangan anda. dari segi psikologi, perkara ini akan bawa kesan pada otak. selepas mereka bersalam dengan anda, ciumlah dahi mereka. ciuman di dahi adalah tanda kasih sayang. ia boleh membawa perasaan sayang yang lebih cepat daripada apa2 cara yang ada. kerna itu, kebanyakan ibubapa sebnrnya digalakkan untuk mencium dahi anak mereka sebelum mereka ke sekolah.

cara mendidik ini mungkin tidak selengkap yang ada dalam buku. namun fokusnya masih sama iaitu mendidik anak2 dan murid2. ingatlah, sebagai guru, kita adalah agen pengubah murid2 yang kita didik sama ada sekarang mahupun pada masa akan datang.

"seorang doktor jika tersalah memberikan ubat, akan membunuh satu nyawa. Namun seorang guru jika tersalah memberikan didikan, akan membunuh satu generasi manusia"

p/s: ana hanya insan biasa, tidak maksum, ada salah dan silapnya. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan pedoman. ^^

Tiada ulasan: