Follower

20100521

Kenapa Kita Menjadi Guru??

Kenapa Kita Mahu Menjadi Guru?
bukankah banyak lagi kerjaya yang boleh mendatangkan kekayaan?
bukankah ada banyak lagi peluang pekerjaan?
tapi kenapa kita memilih perguruan?

jika kita mahu kaya, lebih baik menjadi engineer.
jika kita mahu terkenal, lebih baik menjadi artis yg xpernah lekang dek media
jika kita mahu ketenangan, lebih baik menjadi pengawal pantai dan resort
tapi kenapa kita memilih kerjaya ini?

adakah semasa kita menulis borang pendaftaran kemasukan,
terlintas di benak kita elaun bulanan, dan kerjaya yg menanti?
jika benarlah ini, maka pupuklah kecintaan pada kerjaya ini secepat mungkin.

kerna


sebagai guru

manfaat kita lebih daripada sesiapa pun.

kita tak kaya di dunia, tapi diakhirat pahala mengajar menanti
kita tak tenang di dunia kerna teringat anak murid yg masih tak pandai membaca dan menulis tapi bila di kubur kelak, kita akan tenang kerna jasa kita curah, menjadi cahaya utk kita
kita tak terkenal di mata dunia tapi semua orang tetap mengenal kita kerna kitalah cikgu yang menjadi sebutan para ibubapa dan pemimpin dunia.

ada orang terkejut tatkala ana katakan ana bakal menjadi guru.

macam2 reaksi yang keluar

fahmi? Cikgu Fahmi?
~ ah,,, tak mungkin, mampus budak2 kene maki.
~ habislah pipi budak2 tue
~ malang la anak murid kau nanti dapat cikgu macam kau

yang positif

~ beruntung anak murid ko dapat cikgu yg happy go lucky macam ko
~ cikgu penyayang macam ko, pasti ramai yang suka
~ ko komfem jadi cikgu yg paling rapat dengan budak sbb ko suka dekat budak2

sejak meninggalkan alam persekolahan, beberapa sifat yang tak baik ana tinggalkan

jika dulu kaki maki, sekarang tiada sebab ana memaki orang

jika dulu jenis tak boleh bertolak ansur, sekarang sentiasa cuba bertolak ansur
dan beberapa lagi perubahan

apa yang mampu ana katakan
menjadi guru & pensyarah adalah impian ana semasa kecil,
kerna itu, ana cuba menjadi seorang yang terbaik dikalangan yang terbaik

namun

kita hanya mencuba, Allah jua yang menentukan

"seorang doktor jika tersalah memberikan ubat, akan membunuh satu nyawa. Namun seorang guru jika tersalah memberikan didikan, akan membunuh satu generasi manusia"

Tiada ulasan: