syukurlah, hari ini ada kesempatan untuk mencatat sedikit perkara di blog ana ini. rasanya dah lama ana xmencatat apa2 di blog ni. bukan sengaja tapi kerna ada perkara yang perlu diselesaikan dahulu, maka blog ini terpaksa dipinggirkan sementara waktu.
hari ini ana nak bercerita tentang sebuah kelab yang ana tubuhkan di IPG Kampus Sultan Mizan. nama kelab ni, Excellence Sifoo Club atau singkatannya ESC. kat bawah ni logo dia
so, apa pendapat anda semua mengenai logo kelab ni? lawa x? ^^
sebenarnya waktu nak tubuhkan kelab ni, banyak sangat benda yang berlaku. syukurlah Allah kurniakan kesabaran kepada ana dan beberapa orang adik-adik junior ana dalam meneruskan perjuangan ni.
ada yang berpandangan negatif sewaktu mula2 kelab ni nak bertapak, antaranya:
1. awk nak tubuhkan kelab ni sebab nak naikkan nama awk ke? nak bg awk jd penceramah yer? [dengan nada xpuas hati]
2. ko nak susahkan diri buat kerja xdpt duit ni buat ape? menyusahkan diri jer
3. lama mane la bertahan kelab ko ni?
bagi ana, teruskanlah berfikiran negatif wahai mereka yang diluar sana kerna hanya mereka yang terlibat yang tahu apa yang seronoknya membuat aktiviti ini.
kelab ni tertubuh bukan sebab nk cari publisiti diri tapi sebenarnya untuk menaikkan nama IPG KSM di mata masyarakat daerah Besut. kita merupakan pelajar IPG tapi apa yang kita berikan kepada masyarakat sekitar? apa sumbangan kita?
ada ke?
jawapannya tiada....
tapi dengan wujudnya ESC ni, kita dapat berikan sumbangan kepada anak2 masyarakat di Besut ini dengan memberikan motivasi serta apa2 saja perkara tanpa meminta balasan pun. yang kita mahukan ialah supaya IPG dan ESC dikenali sebagai sebuah institusi dan kelab yang mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat sekitarnya.
pada 17/10/2010 yang lepas, kelab ESC telah berjalan menjalankan satu program terbesar kami iaitu Program Santai Pasca UPSR atau ProSPaU. program ni berbentuk santai dan ada aktiviti science apprentice. syukurlah program ni berjaya berjalan dengan lancar.
cuma,,,,,
masih ada lagi pendengki yang cuba menghalang. namun perjuangan perlu diteruskan. walaupun mereka menghalang dengan pelbagai cara, ana xkan mengalah.
ingat.....
pemikiran ana bukan masa kini saja, tapi ana merancang kelab ini untuk 3 tahun yang akan datang.
apa yang penting, jika anda yang menghalang tahu bermain politik. ana juga tahu bermain politik dan politik ana lebih bersih daripada anda. [ini dituju khas kepada pendengki yang berotak dengkil saja.]
kenapa memilih Amalan Menjana Kecemerlangan Insan sebagai moto kelab?
sebabnya mudah, ana percaya bahawa, amalan yang baik ini pasti akan menjadikan seseorang itu seseorang insan itu cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat.
oleh itu, jika ingin menjadi insan yang cemerlang, teruskan menjana amalan dengan menyertai Excellence Sifoo Club. Jom Join!!!! ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan