Salam,,,, cuti tahun ni ana xterlibat dengan banyak aktiviti. tapi pada setiap jumaat, pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang, ana akan terlibat dengan program FRIDAY POWER!!
Banyak input yang boleh didapati untuk para remaja dalam program ini. ana sendiri banyak mendapat manfaat daripada program ni terutamanya dari segi PENGALAMAN dan PENGANJURAN.
Mungkin ada yang berfikir, pasti sukar buat program macam ni, tapi bagi ana, cukup ringkas, mudah dan kosnya juga sangat sedikit. Insyaallah, ana akan bawa program ini untuk dilaksanakan di Terengganu. program baik macam ni, pasti perlu kita sebarkan. betul x? [^_^]. Aktiviti2 pula sangat ringkas dan menarik untuk para remaja.
so, kepada mana-mana remaja yang berkelapangan, marilah datang ke Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Haron. isikan hari jumaat anda dengan mencari pahala dalam majlis ilmu seperti ini. semoga dengan itu, lebih bermakna lagilah hari anda.
Di bawah ini adalah poster2 program FRIDAY POWER ini.
Program Friday Power Siri I
Program Friday Power Siri II
dan yang terbaru, esok [10/12/2010]
Program Friday Power Siri III
Tiada ulasan:
Catat Ulasan