Follower

20110130

Poem For All To Laugh

 

Roses are red, violets are blue
Monkeys like you  ..  should be kept in the zoo. 

Don't feel so angry, you will find me there too
Not in a cage but laughing at you...   

Twinkle Twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.            

The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful 
Why doesn't it rain on you?      

I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away.
then ~ I wrote your name on my heart And....
I got a heart attack straight away...     

God saw me hungry, HE created pizza.
HE saw me thirsty, HE created Pepsi 
HE saw me in dark, HE created light
HE saw me without problems, HE created YOU. 

20110129

Praktikum Fasa 3

Salam,,,,, esok bermula segalanya.
bermulanya: ...... 

 ana akan berpraktikum di SK Tengku Mahmud 1
sebuah sekolah yang elit di besut ni.

berdebar jugak rasanya, bagaimana persekitaran sekolah? 
dan apa reaksi pandang pertama murid terhadap ana?

 agak2nya, mampu x ana buat yang terbaik dalam praktikum ni?

so, kepada kawan2 yang membaca, doakan ana berjaya yer, 
sbb ana kena buat KAJIAN TINDAKAN tahun ni
harap2 berjaya la yer. ^^,
  




20110128

5 Perkara Aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, 

"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. 

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, 

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. 
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. 

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. 

Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."  

Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

20110125

Menangis Bukan Kerana Rugi??

Pada zaman dahulu ada seorang ulamak terkenal namanya Ali bin Fadhil. Beliau seorang yang warak dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.

Pada suatu hari beliau telah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji. Sedang beliau tawaf di kaabah tiba-tiba seorang pencuri telah mencuri duit dari kantongnya. Perbuatan pencuri itu dilihat oleh bapanya.


Ali bin Fadhil menyedari duitnya telah dicuri tetapi beliau tenang saja dan meneruskan tawafnya. Bapanya hairan melihat sikap anaknya itu.
Setelah selesai mengerjakan tawaf, Ali tiba-tiba menangis. 

Bapanya bertanya,"adakah kau menangisi duitmu yang hilang itu wahai Ali?"
Ali pun menjawab"tidak ayah, sudah takdir duit saya akan hilang. Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenang nasib pencuri itu. Dia tidak akan berupaya membela perbuatannya itu di hadapan Allah swt di hari akirat kelak".

Demikianlah perihal orang yang beriman, sentiasa memandang kecil harta benda dunia yang tidak kekal. Orang yang kurang beriman akan menganggap itu satu kerugian besar.

Hidayah dan Taufiq

Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:
(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.
(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, ia merupakan orang kaya Tuhan. Ia telah mendapat segala-galanya.
(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan ia menjadi orang yang berbahagia. 
Perlu diingat hidayah dan taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, ini juga boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula. 
Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Kerana itulah Allah SWT mengingatkan kita dalam sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud: 
"Wahai Tuhan kami, jangan engkau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakan kami di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." 
BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMELIHARA HIDAYAH DAN TAUFIQ
 
Agar ia kekal jadi milik kita atau tidak hilang dari kita:
(1.) Syukur nikmat Tuhan yang paling berharga ini. Kita rasakan ia adalah nikmat dan pemberian uang tidak ternilai.
(2.) Kita istiqomah mengamalkannya dengan teguh serta penuh rasa bimbang kalau Allah Ta'ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta'ala tarik semula.
(3.) Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu malas berbuat kebaikan dan terasa ringan untuk melakukan kemungkaran.
(4.) Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik kerana ia sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.
(5.) Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari masa ke semasa. 
BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA
Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Diwaktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada displin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada. 
Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula: 
(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan
(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibubapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibubapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.
(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.
(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.
(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.
Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita samada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut: 
(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.
(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?
(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan. 

20110121

Satu Gambar Tapi.......

salam,,,,

cuba lihat gambar dibawah ni. rasa2 anda semua nampak binatang ape?

Jenis-Jenis Sihir


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.


9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
 

20110114