Pada zaman dahulu ada seorang ulamak terkenal namanya Ali bin Fadhil. Beliau seorang yang warak dan sentiasa bersederhana dalam segala hal.
Pada suatu hari beliau telah pergi ke Makkah untuk menunaikan haji. Sedang beliau tawaf di kaabah tiba-tiba seorang pencuri telah mencuri duit dari kantongnya. Perbuatan pencuri itu dilihat oleh bapanya.
Ali bin Fadhil menyedari duitnya telah dicuri tetapi beliau tenang saja dan meneruskan tawafnya. Bapanya hairan melihat sikap anaknya itu. Setelah selesai mengerjakan tawaf, Ali tiba-tiba menangis.

Bapanya bertanya,"adakah kau menangisi duitmu yang hilang itu wahai Ali?"
Ali pun menjawab"tidak ayah, sudah takdir duit saya akan hilang. Sebenarnya saya menangis kerana kasihan mengenang nasib pencuri itu. Dia tidak akan berupaya membela perbuatannya itu di hadapan Allah swt di hari akirat kelak".
Demikianlah perihal orang yang beriman, sentiasa memandang kecil harta benda dunia yang tidak kekal. Orang yang kurang beriman akan menganggap itu satu kerugian besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan