Follower

20121231

Lama Tak Berkongsi Cerita

Assalamualikum wbt

Lama sudah diri ini tak mencatat segala perkara dalam blog ni.
dah jadi macam blog terbengkalai dah. huhuhu,,,,,

harap2 xde follower yang marah sbb lama xupdate. 
Apa2 pun, harap2 semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

so, esok dah nak 2013, jadi saya berazam untuk jadikan blog ni menjadi blog yang lain plak. blog yang mencatatkan 

1. hadis2 nabi
2. mutiara kata daripada saya atau mana2 ahli2 falsafah
3. pandangan2 peribadi saya

Harap2 xde la org yg xsuka dgn pembaharuan ni. ^^

anyway, for today post, terimalah kata2 hikmah ini:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”  
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
 
So, sempena tahun baru ni, jom kita BERHIJRAH dengan BERAZAM untuk meninggalkan semua larangan ALLAH SWT.  ^_^

20120429

Bersih 3.0? bersih sangat ke???

sudah lama jari jemari ini tidak menekan papan keyboard untuk menulis di dalam blog ini. dan sudah berhabuk rasanya blog ni. kene cuci2 sikit dengan klorox n pewangi pelembut softlan jugak kot. hehehehe,,,,,

sebenarnya bukan sengaja saya biarkan blog ini tanpa sebarang nukilan, tapi dek kerana kesibukan, maka mahu atau tidak mahu, terpaksa juga saya tinggalkan sebentar hobi berblogging ni...

semalam, 28/04/2012, BERSIH 3.0 dianjurkan di  Kuala Lumpur. walaupun telah mendapat perintah larangan daripada mahkamah supaya tiada penganjuran di Dataran Merdeka, tapi masih ramai lagi yang hadir.

yer,,, memang benar alasan mereka, mahu duduk dan bantah. tapi apa yang dilihat bukanlah DUDUK & BANTAH, tapi rempuh dan masuk kawasan yang telah di GAZETKAN sebagai tidak boleh dimasuki oleh mahkamah. susah sangat ke nak ikut arahan? bukan ke sebelum ini kebanyakan daripada kita kata mahkamah kita bagus (lepas peristiwa DS Anwar dilepaskan daripada pertuduhan LIWAT). mengapa pada masa sekarang, tidak mahu mengikut arahan mahkamah?

selain itu, tidak terfikirkah kita tentang kesan2 yang muncul selepas peristiwa ini? 

benar,,, pendemonstrasi membawa visi dan misi untuk memastikan

  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) masih lagi dilihat gagal untuk menyelesaikan 8 tuntutan yang dibuat semasa perhimpunan Bersih 2.0
  2. Lebih banyak penipuan dan bentuk manipulasi telah diperolehi
  3. Tidak yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan adatang dapat dilakukan dengan telus dan adil
  4. SPR masih lagi gagal melibatkan isu asas iaitu membersihkan daftar pemilih
  5. PSC masih lagi belum dilihat benar-benar mengusul satu kaedah yang baik bagi menyelasaikan masalah warga Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi

tapi apa yang berlaku selepas demonstrasi ini? saya tidak dapat melihat kesan positif yang banyak hasil daripada demonstrasi ini. yang saya nampak kebanyakannya adalah kesan2 negatif.
 
  1. peniaga2 hilang rezeki utk hari ini terutama di kawasan terlibat. bayangkan jika peniaga tersebut berniaga dan mendapat gaji berdasarkan keuntungan harian. apa akan berlaku pada mereka? gaji harian tiada, hari ini mereka rugi. duit nak menyara anak bini untuk hari ini tiada. bawa berita dukacita kepada keluarga, sebab duit xde untuk hari ini. pasti anda akan berkata, keuntungan semalam boleh diguna untuk hari ini. persoalannya, bagi mereka yang bekerja makan gaji harian. ada ka gaji untuk hari ini? nampak sangat kita hanya mementingkan diri kita sahaja.
  2.  kecederaan pada diri peserta demonstrasi, penguatkuasa dan anggota2 media. setiap kali demonstrasi, pasti ada kecederaan berlaku. sama ada hasil daripada pihak berkuasa atau pun pendemonstrasi. persoalannya, siapa yang memulakan provokasi ini? cuba lihat semula pada diri. jika tersalah menyalahkan orang, boleh menjadi fitnah kepada kita.
  3. menggambarkan yang negara kita tidak aman dan makmur pada mata antarabangsa. bila berlaku saja pergolakan atau demonstrasi di Malaysia, maka ramailah media2 asing yang akan war-warkan. macamlah negara media2 tersebut aman sangat. lepas tue mula memberikan komen yang teramat2 negatif pada negara kita. adakah kita suka apabila orang mengutuk negara kita? cuba bayangkan orang kutuk anggota keluarga kita, panas telinga x kita?
  4. sampah bertaburan, bersepah2 seperti bukan lagi berada di KL tapi di tempat2 pembuangan sampah. bayangkan sampah bersepah2 tinggalan kita di KL. sebagai contoh, kalau hari biasa, KL ada sampah dalam 30 tan metrik. hari berlakunya demonstrasi, sampah komfem jadi lebih 2,3 kali ganda daripada biasa. sampah2 ni, sape yang nak bersihkn? bukannya kita pendemonstrasi nk bersihkan. kita yang sepahkan ada la. sesungguhnya, semasa berdemonstrasi, saya xnmpk lgsg anda2 semua mengikut ajaran islam yang mementingkan kebersihan. yang saya nampak, anda penyebab kekotoran. jadi, layakkah dikatakan himpunan BERSIH jika meninggalkan kesan kekotoran.
  5. dari aspek ekonomi pula, kesan daripada demonstrasi ni, banyak duit dihabiskan untuk baik pulih semula segala kerosakan. adakah bila kerosakan ini berlaku, kerajaan akan biarkan saja? komfem2 akan baik pulihkan. nak baik pulih tue, kita ingat free ke? sorry sikit, komfem2 guna duit pembayar cukai. kan ke rugi dah duit kat situ. tp xjd masalah kepada anda2 yg fikir, duit cukai tue duit kita jugak. persoalannya, berapa banyak sangatlah cukai yang anda bayar berbanding dgn org yang xpegi demonstrasi tue???
  6. pihak berkuasa yang patutnya dapat bercuti dengan tenang terpaksa bertugas dek kerana tugas. terpaksa tinggalkan anak bini sebab ada org buat demonstrasi. tapi yang pegi demonstrasi, sedap2 maki polis dengan panggilan BODOH, BA**, ANJ***, dan macam2 lagi. cuba fikir balik, jika anda anak polis, anda suka ke orang panggil bapa atau ibu anda dengan gelaran2 tue? cuba fikirkan juga, orang yang anda panggil mcm2 tu la jugak yang anda mintak tlg bila anda dalam kesusahan. kenapa xmntk tlg kat ketua pendemontrasi yang anda setuju dilantik sebagai ketua anda? bukan kah anda dah maki polis yang anda kutuk tue macam2?
cukup sampai itu saja, kalau nak diikutkan, banyak lagi yang ada terbuku di hati dan minda ini. apa yang boleh saya katakan, anda yang mengikuti demonstrasi pasti ada sebab anda sendiri. bagi saya pula, saya tidak menyokong langsung demonstrasi seperti ini. bukan kerna apa, kerna bagi saya, banyak lagi perkara berfaedah yang boleh saya buat selain daripada berdemonstrasi. 
 
daripada saya melibatkan diri dengan demonstrasi, lebih baik saya memberikan ilmu yang ada kepada generasi mendatang yang mungkin akan menjadi pemimpin negara kelak, spaya pabila mereka besar, mereka boleh menjadi pemimpin yang bukannya manis di mulut seperti pemimpin2 sekarang, tapi manisnya pada tindakan dan hati mereka. 
 
p/s: yg baik itu daripada Allah, yang buruk itu datang juga daripada Allah tapi bersandarkan kepada kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri....

20120219

Terimbau~~~

bila buka FB, terpandang gambar adik2 yang penah saya jd fasi untuk dorg

well,,, kadang2 terpikir, dorg ingat lagi ke aku ni??
hehehehe,,,,,

tp apa2 pn, timbul rasa bangga sbb budak2 ni semuanya
dah besar n berjaya.

sepanjang jd FASILITATOR, banyak sgt dah manusia yang sy kenal
ada yang jenis pendiam masa program
tp bile jumpa kat LUAR,
Amik Ko!!!

pakaian dan perangai
Pergh!!! beza gilerrrrrr

apa2 pn, bagi saya, 

JADILAH APA PUN DI LUAR SANA

TAPI HARUS DIINGAT....

DALAM KUBUR, KITA SEMUA SAMA

BERBALUT KAIN PUTIH
BERMINYAK WANGI DENGAN AIR KAPUR BARUS
DAN
BERBAU WANGIAN AIR MAWAR.

sekian......


20120217

~~~ISLAM ITU INDAH~~~


saya terkejut bile membaca komen2 yang MENGUTUK dan MENGEJI ISLAM..
 pelbagai kata2 kesat dikeluarkan kepada AGAMA ALLAH ini.
yang mengeluarkan kata2 ini pula, bukanlah mereka yang cerdik tentang AGAMA ISLAM
 tapi JAHIL dan TIDAK MEMAHAMI
SEJARAH PERMULAAN ISLAM

ada yang mempersoalkan KETULENAN AL-QURAN
kerna AL-QURAN ini dibukukan selepas 200 tahun katanya.....

Ada pula yang mengatakan UMAT ISLAM mengikut ibadah Qurban daripada NABI NUH yang bermimpi perlu korbankan anaknya.

 herm,,,, saya terdiam membaca kata2 ini. 200 tahun selepas NABI MUHAMMAD S.A.W meninggal baru dibukukan??
NABI NUH korbankan anaknya untuk ibadah Qurban??
 
Nampak benor ceteknya ILMU mereka ini.

yang pertama, mari kita ingat kembali, ISLAM ini bersandarkan kepada 
AL-QURAN dan AL-SUNNAH.
dan HARUS DI INGAT
NABI MUHAMMAD S.A.W 
itu sendiri dikenali sebagai 
AL-QURAN BERGERAK.

Apabila kita membaca AL-QURAN dan tidak memahaminya, maka lihatlah pula pada  
SUNNAH NABI S.A.W

dan bila pula AL-QURAN dibukukan?

mari baca artikel daripada USTAZLOVE.COM

Bermulanya pengumpulan al-Quran menjadi mushaf apabila berlakunya perang Yamamah yang mengorbankan ramai para huffaz (penghafal al-Quran) di kalangan Sahabat.. maka Saidina Umar telah mencadangkan dan meyakinkan Saidina Abu Bakr yang menjadi khalifah ketika itu untuk membukukan al-Quran menjadi satu mushaf.. Saidina Abu Bakr telah melantik Zaid bin Tsabit sebagai ketua projek pengumpulan al-Quran itu.. maka, ayat al-Quran yang ditulis pada ceraian2 kulit binatang, kulit kayu dsb, dibawa kepada Zaid bersama saksi yang menyaksikan bahawa ianya memang ayat al-Quran.. kemudian bila dah siap ianya disimpan oleh Abu Bakr.. kemudian diwarisi Umar dan kemudian disimpan oleh Hafsah (isteri Nabi s.a.w.)


Bila berlaku perluasan empayar Islam pada zaman Umar r.anhu, maka dihantar para sahabat untuk mengajarkan al-Quran kepada mereka2 yang baru memeluk Islam. Ketika zaman Uthman r.anhu, berlaku perselisihan di kalangan Sahabat apabila terdapat perbezaan dari sudut bacaan al-Quran (lahjah / dialek).. ini masuk bab Qiraat plak.. jadi, Saidina Uthman memerintahkan Zaid untuk menyalin kembali al-Quran dengan penulisan yang meraikan bacaan2 Qiraat tersebut.. Sbb itu kalau kita perhatikan, contohnya, dalam ayat ketiga surah al-Fatihah, perkataan Maaliki tidak ditulis dengan mim alif lam kaf (مالك) sbb ada Qiraat yg membaca dengan Maliki (tanpa mad pada Maaliki). Selain Rasm Uthmani ini, maka mushaf2 yg lain semuanya dibakar dan telah dipersetujui oleh semua Sahabat (ijmak Sahabat).. tapi, kaedah bacaan Qiraat ini masih dikekalkan sehingga kini.

saya malas mengulas panjang.
kerna saya sendiri tidak pandai mengenai ISLAM
apa2 pun, akhir kata daripada saya:

~betapa indahnya permulaan sejarah ISLAM kerana membenarkan penduduk MADINAH yang BUKAN ISLAM mengamalkan agama mereka walaupun mereka duduk di NEGARA ISLAM MADINAH.~
~berbeza dengan sejarah agama lain seperti kristian yang menakluk kota sepanyol daripada ISLAM dan menghalau, membunuh penduduk ISLAM yang ada di sana.~
~berbeza juga dengan sejarah agama yahudi yang datang sebagai pendatang selepas perang dunia ke-2 dan membunuh, menghalau penduduk asal Tanah PALESTIN.~

~~~ISLAM ITU INDAH~~~
 

20120213

WAHHABI DAN KERUNTUHAN KERAJAAN ISLAM TURKI UHTMANIYAH

Oleh: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

Menerusi salah satu risalah beliau yang berjudul Usah Terpesona Tajdid Segera Wahabi: Mula abad ke-18 Wahabi menentang ulil amri sehingga musnah kerajaan Islam Uhtmaniah (Berita Minggu, Ahad 20 Disember 2009, ms. 30), Muhammad Uthman El-Muhammady menulis:

Berbanding tajdid Ahli Sunnah kita boleh sebutkan tajdid segera Wahabi bermula dari abad ke-18 itu. Antara yang berlaku ialah tuduhan umat Islam melakukan kesyirikan dan bidaah, lalu atas nama mengembalikan sunnah dan memerangi bidaah, berlaku penentang terhadap ulil amri waktu itu iaitu kerajaan Uthmaniah Turki yang berabad mempertahankan Islam yang sedang dimusuhi Barat. Apabila ia dilemahkan dari dalam oleh usaha golongan itu atas nama menegakkan tauhid dan sunnah, akhirnya ia lemah dari dalam, apalagi golongan itu bermuafakat dengan British dan Perancis seperti tercatat dalam ‘Unwan al-Majdi, akhirnya jatuhlah khalifah itu dengan Kamal Attarturk memberi pukulan maut ke atasnya.

Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Muhammad Uthmaniyah El-Muhammady di dalam kenyataannya di atas bukanlah satu isu yang baru. Malah isu ini juga pernah disuarakan oleh beliau sejak beberapa tahun yang lalu iaitu di dalam Mingguan Malaysia, 27 November, 2005.

Bagi menjawab semula fitnah yang dilontarkan oleh beliau ini, ada baik kiranya kita meneliti sebuah risalah yang penulis nukil daripada buku berjudul Aliran Dakwah di Malaysia: Satu Titik Pertemuan karya saudara Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah (terbitan Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2007), ms. 336 di bawah ini:

Suatu tuduhan yang tidak pernah putus diperkatakan ialah bahawa, golongan Wahhabiah yang menjadi punca kejatuhan khilafah Turki Uthmani. Tuduhan palsu yang tidak berasaskan fakta sejarah ini perlu diperbetulkan, apalagi kerana ia turut dibangkitkan oleh Ustaz Muhd. Uhtman El-Muhammady. Menurutnya, fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah di Turki (Mingguan Malaysia, 27 Nov. 2005). Sesiapa yang meneliti sejarah Asia Barat secara saksama, nescaya akan mendapati bahawa kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah tidak ada kaitan sama sekali dengan peranan Saudi-Wahhabi. Untuk memahami peranannya, elok ditinjau latar belakang tanah Hijaz (Makkah-Madinah) terlebih dahulu.

Dengan tamatnya era Khulafa’ al-Rasyidin (661M), maka lenyaplah juga kepentingan Hijaz (Makkah-Madinah) sebagai pusat pemerintahan dan tamadun Islam. Dengan kenaikan kerajaan Bani Umayyah (661-750M) yang berpusat di Syam atau Damsyik, timbul pemberontakan oleh ‘Abdullah bin Zubair di Hijaz pada zaman Abdul Malik bin Marwan (685-705M), dan juga pemberontakan Khawarij dan penduduk Hijaz pada zaman Marwan bin Muhammad (744-750M).

Pada zaman kerajaan Bani Abbasiah (750-1258M) yang berpusat di Baghdad, golongan Syiah Alawiyah menjadikan kota Hijaz sebagai pusat penentangan mereka terhadap kerajaan ini. Inilah era pertama sejarah golongan Alawiyah, iaitu era pemberontakan Syiah Alawiyah di Hijaz. Antara para pemberontak tersebut ialah:

1. Muhammad bin Abdullah (“al-Nafs al-Zakiyah”) bin al-Hassan bin al-Hussain bin Ali bin Abi Talib, yang melancarkan pemberontakannya pada zaman Khalifah Abu Ja’far al-Mansur pada tahun 145H/761M. Kerana tewas, saudaranya Ibrahim bin Abdullah meneruskan pemberontakannya di Basrah, Iraq.

2. Al-Hussain bin Ali bin al-Hassan bin Ali bin Abi Talib, yang dibaiat sebagai khalifah di Madinah oleh golongan Alawiyah, dan bangkit memberontak terhadap Khalifah al-Hadi pada tahun 169H.

3. Muhammad (al-Dibaj) bin Jaafar al-Sadiq, yang dilantik sebagai khalifah oleh golongan Alawiyah pada zaman Khalifah al-Makmun (813-833M). Walau pun tewas, tetapi Khalifah al-Makmun telah mengampunkannya.

4. Serangan golongan Qaramitah (Syiah Batiniyah) dari Bahrain terhadap pemerintah Bani Abbasiah di Makkah pada 929M. Mereka telah membunuh lebih kurang 30, 000 jamaah haji serta merampas Hajar Aswad lalu dibawa ke Bahrain, sebelum dipulangkan 22 tahun kemudian.

5. Penguasaan Bani al-Ukhairdhir (Syiah Zaidiyah) secara autonomi di Hijaz pada 335-350H, setelah memisahkan diri daripada Bani Abbasiah.

Demikianlah sejak pemberontakan “al-Nafs al-Zakiyah” hingga serangan puak Qaramitah, telah terjadi tidak kurang daripada tujuh puluh kali pemberontakan Alawiyah atau Syiah di Makkah. Selepas era pemberontakan Syiah Alawiyah, muncullah era kedua, iaitu era pemerintahan mereka sendiri di Hijaz yang disebut “Nizam al-Asyraf” atau sistem pemerintahan para Syarif, yang bermazhab Syiah yang bermula sejak tahun 928M hingga tahun 1924M. Bagaimanapun ia bukanlah mutlak (de facto) di bawah kuasa mereka, tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh kerajaan-kerajaan luar yang lebih kuat. Para penguasa luar yang turut mencaturi zaman “Nizam al-Asyraf” ialah seperti berikut:

1. Penguasaan Mesir (Fatimiyah, Ayyubiyah, Mamluk).

2. Penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1803M).

3. Penguasaan Saudi-Wahhabi (1803-1813M) yang berpusat di Dar’iyah.

4. Penguasaan Muhammad Ali Pasya (1813-1841M) dari Mesir.

5. Penguasaan Turki Uthmaniyah (1841-1916M).

Tetapi mulai tahun 1916, Syarif Hussain bin Ali (1908-1924) lalu mengisytiharkan kemerdekaan Hijaz daripada penguasaan Turki, dengan membentuk sistem monarki (Nizam al-Mamlakah). Bagaimanapun dengan kebangkitan semula gerakan Saudi-Wahhabi, akhirnya pemerintahan Syarif Hussain jatuh pada tahun 1924, dan digantikan oleh kerajaan Saudi-Wahhabi 1925.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan Ustaz Muhd. Uthman El-Muhammady bahawa fahaman Wahhabilah yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Turki Uthmani? Sesiapa yang meneliti sejarah hubungan mereka secara saksama, nescaya akan mendapati bahawa, golongan Saudi-Wahhabi sentiasa menghormati serta setia kepada Khilafah Uthmaniyah, dan kejatuhan Khilafah Islam ini pula tidak ada kaitannya sama sekali dengan golongan Wahhabi.

Pertama-tama sekali tentang sikap politik Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, menurut Dr. Ajil Jasim al-Nasymi dalam tulisannya “Pemerintahan Khilafah dan Gerakan Wahhabiyah,” dalam kitab-kitabnya (Muhammad bin Abdul Wahab) tidak ada yang menegaskan permusuhannya terhadap pemerintahan khilafah. Tumpuan beliau hanya kepada usaha dakwah, nasihat, atau menentang kemungkaran-kemungkaran (syirik dan bid’ah).

Dari segi bukti sejarah misalnya, ketika Amir Saudi bin Abdul Aziz berjaya menguasai Makkah pada tahun 1803 dalam era “Nizam al-Asyraf”, dia mengutus surat kepada Sultan Salim III di Turki menyatakan pengakuannya sebagai sultan. Malah, ketika Amir Saudi digantikan oleh puteranya, Abdullah, dia juga mendukung khilafah Islam dengan menyatakan kesetiaannya kepada Sultan Uhtmani.

Bukan sahaja pada zaman “Nizam al-Asyraf”, malah ketika golongan Saudi-Wahhabi berkuasa penuh di Hijaz yang bermula pada tahun 1925 itu pun, mereka masih mengakui kekhilafahan Uthmaniyah. Contoh terbaik ialah tindakan Malik Abdul Aziz bin Abdul Rahman (1932-1953) yang telah mengutus surat kepada Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), dengan mengakui kedaulatannya dan kesetiannya kepada khalifah Turki.

Jelaslah bahawa, golongan Saudi-Wahhabi bukannya memusuhi bahkan mengakui kedaulatan dan menunjukkan kesetiannya kepada khalifah Uthmaniyah. Sebenarnya mereka yang menentang khalifah Turki yang bermazhab sunni (hanafi) itu ialah, para pemerintah Asyraf (syarif-syarif) Makkah sendiri yang bermazhab Syiah. Contohnya ialah percubaan Syarif Ghalib yang memerintah Makkah bagi pihak Sultan Uthmaniyah yang merancang untuk membebaskan dirinya daripada penguasaan Istanbul. Tetapi sebelum sempat bertindak, ia dicabar oleh golongan Wahhabi yang kemudiannya berjaya menguasai Makkah sepanjang tahun 1803-1813. Malah, yang lebih penting lagi ialah tindakan Syarif Hussain yang sanggup berkerjasama dengan wakil British, T.E Lawrence, untuk melancarkan “Pemberontakan Arab” pada tahun 1916 menentang Sultan Abdul Hamid II di Turki.

Tidak cukup setakat itu, projek mega landasan keretapi oleh Sultan Abdul Hamid II di antara Damsyik dengan Makkah itu bukan sahaja telah disekat oleh Syarif Hussain bin Ali setakat di Madinah sahaja, malah landasan yang sudah berjaya dibangunkan di Madinah itupun kemudiannya diletupkan oleh pihak Inggeris dengan kerjasama Faisal bin Hussain bin Ali. Padahal, biaya untuk projek mega ini datangnya daripada sumbangan derma Dunia Islam, dan tujuan didirikan itupun adalah untuk mendaulatkan gagasan pan-Islamisme atau Penyatuan Dunia Islam.

Jika dari segi pertama sudah jelas bahawa, golongan Saudi-Wahhabi menunjukkan kesetiaan kepada khilafah Uthmaniyah, maka persoalannya bolehkah ia didakwa sebagai punca yang membawa kejatuhan khilafah ini? Jelasnya, adakah kejatuhan Turki Uthmani yang kemudiannya digantikan oleh kerajaan sekular pemimpin tokoh Yahudi Dunama yang bernama Mustafa Kemal pada tahun 1925 itu berlaku kerana golongan Saudi-Wahhabi?

Pada hakikatnya, sebab-sebab kejatuhan Turki Uthmani dapat disimpulkan kepada tiga faktor besar, iaitu:

1. Keruntuhan akhlak para pemerintah.

2. Gerakan Yahudi Freemason.

3. Kerajaan Kristian Eropah.

Di antara ketiga-tiga faktor besar ini, faktor utamalah yang paling dominan. Memang pada peringkat awalnya, khilafah Uthmaniyah dikuasai oleh sultan-sultan yang berwibawa besar dan mempunyai komitmen dengan manhaj al-Sunnah dalam perjalanan dakwah dan jihadnya. Tetapi pada peringkat kemudiannya, muncullah para penguasa yang menjauh daripada syariat Allah, terlalu menjaga hati rakyat bukan Islam tetapi zalim ke atas umat Islam. Mereka hidup mewah, berpoya-poya dan tenggelam dalam syahwat Kalau pun benar tuduhan bahawa, golongan Saudi-Wahhabi menentang khilafah Uthmaniyah dengan cara membebaskan Hijaz daripada penguasaan Uthmaniyah, maka golongan Saudi-Wahhabi bukanlah satu-satunya pihak yang berbuat demikian. Selain di Hijaz, di sana-sini timbul gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan seperti berikut:

1. Di Mesir – Gerakan Ali Bek al-Kabir, kemudian gerakan Muhammad Ali.

2. Palestin – Gerakan pemimpin penduduk tempatan Zahir Umar.

3. Di Lebanon – Gerakan Fakhrudin Ma’ni, kemudian gerakan orang-orang Syihabiyah.

4. Di Iraq – Gerakan raja-raja Pasya, puncaknya adalah Sulaiman Pasya (Abu Laila).

5. Di Yaman – Gerakan al-Zaidiyah.

6. Di Afrika – Gerakan Sanusiyah.

Dengan menyingkap tabir sejarah hubungan Saudi-Wahhabi dengan khilafah Turki Uthmaniyah serta faktor-faktor kejatuhan Khilafah Islam hendaknya tidaklah timbul lagi sebarang tuduhan bahawa, golongan Wahhabilah yang menjadi punca kejatuhan Khalifah Islam di Turki tersebut. hendaknya kita menjadi golongan ‘celik sejarah’ bukannya ‘buta sejarah’ sehingga timbul tuduhan yang melulu dan tidak berasaskan kepada fakta-fakta sejarah yang sebenar, sebaliknya berasaskan emosi semata-mata.

(Dinukil dari lampiran buku "Siapakah Pengikut Imam Al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?" Dikarang oleh Mohd Hairi Bin Nonchi dan Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus, Jahabersa, ms. 311-321)

Rasanya kene ubah nama blog ni dah

uih,,,, lama dah tak bukak blog sendiri. 
rasa macam dekat sebulan dah..
sekarang ni, eden dah jadi cikgu dah. bukan BAKAL guru dah

16 Januari 2012
tarikh bersejarah untuk eden sebab ditempatkan di
SK Kopok, Pasir Gudang, Johor.

memang kejutan giler dekat sini. nama tempat Kampung Kopok Baru. Ingatkan KAMPUNG, rupa-rupanya dah macam TAMAN PERUMAHAN dah. 

apa2 pun, rasanya eden kene tukaq dah nama blog ni. 

sebab sekarang ni..


SAYA CIKGU