Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan
pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-
tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-
ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama
mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor
serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk
seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana
sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-
talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke
dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?" tanyaAl Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu
berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada
hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan
panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah
untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang
yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan
hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan
dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan
anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya
yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih !
Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar
dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan
ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al
Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu
bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah
si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya
Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya
selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukanny a semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat
ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana
biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda
yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama
dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan
sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah
membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya,
Tahu."
"Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan
berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya
dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan