Follower

20080211

KEBERSIHAN JASMANI

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa susah dari perkara yang menyakitkan manusia." (H.R Muslim)

Rasulullah SAW sangat melarang orang-orang yang makan sayuran yang berbau busuk supaya tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan malaikat dan manusia.

Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kepada kita kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yang memakai pakaian kotor lalu baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yang dipakai untuk membasuh pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')

Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis-majlis dengan pakaian yang kotor selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yang demikian menyedari hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslim sentiasa bersih badan dan pakaiannya, bagus pada lahirnya dan sedap dipandang.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidak mengapa kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian untuk hari Jumaat selain dari dua pakaian kerja" (H.R Abu Daud) [Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Mslm, ms 57-58]

Tiada ulasan: