Follower

20091229

Subhanallah... Sungai Dibawah Lautan

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

20091228

Program Motivasi Kecemerlangan

Syukur alhamdulillah kerna hari ini ana diberikan sedikit ruang utk menulis lagi dalam blog ana ini. Pada 25hb Disember 09 hingga 27hb Disember 09 yg lepas, ana telah diberikan masa dan tanggungjawab utk menjadi ketua fasilitator bagi satu program yang dinamakan Program Motivasi Kecemerlangan yang diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Smart Intellect Consultant. Sbnrnya cikgu azmi, cikgu ana di sekolah menengah ana dulu merupakan pengurus bagi syarikat ini. Oleh itu, ana telah diberikan tanggungjawab oleh cikgu azmi.

Ana mula bergerak ke Masjid Ar-Rahimah pada hari jumaat. Pengalaman menuju ke masjid tersebut dengan menaiki motor telah memberikan ana pengalaman yg begitu berharga. Ana telah sesat sebanyak 3 kali semasa menuju ke Masjid tersebut. Dan akhirnya barulah ana sampai ke tempat yang dituju

Program selama 3hari berjalan dengan lancar. Dan sudah pasti ada pahit dan manisnya. Malam yang pertama telah memberikn pengalaman yg amat bermakna bagi ana. Xsangka rupa2nya adik2 ana ini semuanya mempunyai tenaga yang byk hingga mereka mula tdo pada pkl 4.30 pagi. Pening kepala ana menunggu adik2 fasi ana ini tido.

Selain itu, sewaktu riadah dijalankan, ana rasa begitu seronok hingga ana mengajarkan adik2 ana ini senaman tumbuk kanggaru dan tumbuk gorila. Hehehe,,,, ramai yang tergelak semasa kami menjalankan aktiviti riadah ini.

Perkara yg paling ana ingat sepanjang program adalah pada hari kedua program. Sesi LDK kedua bermula pada pkl 11. Dalam sesi LDK 2 ini, ana telah mengajar kepada adik2 ana perkara berkaitan dengan matlamat. Ana ajarkan bagaimana cara kita boleh menggapai matlamat kita.

Ana beritahu kepada adik2 ana ini, kita perlu fikir langkah2 utk kita capai matlamat, halangan2 yg perlu kita harungi utk capai matlamat dan langkah2 utk kita atasi halangan tersebut supaya kita boleh capai matlamat yg kita tetapkan. Apa yg ana ajarkan ini merupakan perkara asas bagi kita dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup ini.

Pada petang hari kedua pula, eksplorasi minda dijalankan. Sebenarnya ana sendiri pening memikirkan bagaimana nak jalankan eksplorasi minda ini, akan tetapi berkat daripada ILAHI, ana berjaya juga fikir aktiviti yang boleh dijalankan. Antara aktiviti yang ana jalankan ialah telefon rosak dan mendirikan batu menggunakan sehelai kertas A4. Ramai yang pening utk jalankan aktiviti ini namun akhirnya semua kumpulan berjaya menjalankan aktiviti tersebut. Syukur alhamdulillah...

Bagi ana pula, sepanjang program ini dijalankan, ana mendapat banyak pengalaman. Antaranya bagaimana menjadi seorang ketua fasilitator yang berkesan dan bagaimana menguruskan sesuatu program dengan jayanya. Syukur lah kerna program ini dapat berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman yang banyak kepada ana.

Terima kasih ana ucapkan kepada cikgu azmi, kak dila, kak aida, kak sa, tiqah, shafiqah, ummu, epi, peja, lukman, fendi, lukman dan shafiq kerna telah bersama dengan ana dalam menjayakan program ini. Jasa anda semua xkan saya lupekan.

akhir kata dari ana, selamat tahun baru 2010. Tahun Baru, Azam Baru.


20091224

Tahun Baru, Azam Baru, Hijrah Baru

syukur kehadrat ilahi kerana dgn limpah dan kurnianya ana diberikan peluang utk menulis serungkai kata dalam blog ana ini.

tak lama lagi, tahun baru masihi menjelang tiba. sebelum itu, mungkin belum terlewat untuk ana ucapkan salam tahun baru hijrah. seperti yg kita sedia maklum, tahun hijrah dan tahun masihi banyak bezanya. jika dalam tahun hijrah, jumaat itu cuti wajib bagi setiap muslim manakala bagi tahun masihi hari ahad itu cuti wajib bagi semua manusia.

sebenarnya, bila berkata tentang tahun baru ini, pasti kita xleka dan xlupa utk bertanya, apa azam baru kita untuk tahun baru nanti? dan pasti ada bermacam2 jawapan. ada yg mahu menjadi lebih baik dari tahun lepas, ada yg mahu mencari kerja yg lebih mendatangkan gaji yg besar dan ada juga yg mahu menambah bilangan isteri / awek.

walau apa pun azam kita, harus kita ingat, ADAKAH AZAM TAHUN INI TELAH KITA LAKSANAKAN DAN KITA CAPAI ATAU TIDAK??? jika azam tahun ini masih tidak dapat kita capai, maka teruskan usaha kita, bawa azam tahun ini kepada tahun baru.

namun harus kita ingat apabila tahun baru, maka kita juga perlu melakukan hijrah dalam kehidupan kita. hijrah dari segi sikap kita, perlakuan kita, pemakaian kita dan tatacara kita. hal ini kerna umur manusia semakin meningkat bukan semakin menurun. tatkala tahun baru menjelma maka semakin tua setiap insan di atas muka bumi ini. maka dengan itu jugalah manusia ini perlu berhijrah menjadi sesuatu yg lebih baik.

hijrah ini perlu kita lakukan bukan pada tahun baru sahaja tapi juga pada tiap hari baru yang mendatang. bagi seorg muslim, jika sebelum ini solat 5 waktu kita jarang cukup maka kita perlu berhijrah utk menunaikan solat 5 waktu secukupnya malah ditambah dengan solat2 sunat.

jika sblm ini kita sentiasa melawan ibubapa maka kita juga perlu berhijrah dengan menjadi semakin menghormati ibu bapa kita. dan apa yg penting dalam semua hijrah yg kita lakukan, hijrah tersebut perlulah menjurus kepada satu hijrah yang membawa kepada kebaikan bukan saja kepada diri kita bahkan juga kepada diri orang lain yang berada didunia ini.

akhir kata dari ana, ingatlah:

celakalah manusia yang hari ini lebih teruk dari semalam
rugilah manusia yang hari ini sama dengan semalam
beruntunglah manusia yang hari ini lebih baik dari semalam



20091218

Perihal Anak Derhaka

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"

Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya:
"Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.


Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari:
“Sebesar - besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.


Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?


Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.


Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak - kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.


Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.


Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”


Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.


Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.


Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.


Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.


Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.


Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.


Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.


Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.


Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.


Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup - hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.

~diambil dari peti mail~

20091203

Mengumpat Dan Fitnah

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12)

RasulAllah SAW bersabda;
Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.

Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.

Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya) .

Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.

Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;
Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.

Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, “Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya”.

Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.a berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera Rasulullah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!”

Telah bersabda RasulAllah SAW;
Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.

Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;
Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.

Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya.

Lelaki itu tadi berkata, “Bagaimana keadaan saudaraku?” Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “Ceritakan padaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah”. Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah”.

Abu Hafsh al-Kabir berkata,
“Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang”, lalu dia berkata, “Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat Allah”.

Telah berkata Ka’ab ra., “Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka”.

Allah SWT berfirman; Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela. (Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;

Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.

Rujukan:
Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.

20091130

Merawat Hati

Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang .

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hati kita sekarang ini berpenyakit ialah apabila beberapa sikap ini ada pada kita :

* Buruk Sangka

* Sombong

* Mudah Marah

* Riya'

* Hasad Dengki

* Munafik

* Mengumpat

* Bakhil

* Berat untuk melakukan ibadah


Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati"
Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir.

Jika H1N1 merebak melalui virus maka hati-hati yang sakit juga disebabkan oleh virus-virus tersendiri. Antara virus yang dikenalpasti menjadi racun kepada hati ialah apabila kita berlebih-lebihan dalam pergaulan dimana kita melampaui batas sewaktu menutur kata sehingga tak berupaya mengawal lidah dari mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.

Gagal mengawal pancaindera dari melihat perkara-perkara yang haram juga merupakan racun yang melumpuhkan hati. Begitu juga dengan kegagalan mengawal kehendak perut sehingga kita selalu berada di dalam keadaan kekenyangan. Cuba koreksi diri kita sekarang. Apakah virus-virus yang disebutkan ini telah menular dalam diri kita?

Jika ada , sebaiknya kita rawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah. Disini ada sedikit tips dari Ustazah Cakar Harimau, Dato' Siti Norbahyah Mahmood yang dipetik dari majalah Solusi (#8). Antara yang dianjurkan ialah :

Sentiasa Berbaik Sangka

Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.


Buang Segala Sikap Hasad Dengki

Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.


Senyumlah!

Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!


Gemar Menghadiri Majlis Ilmu

Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa' ulama dan sebagainya.


Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas

Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.


Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ".


Selamat Merawat Hati..

Baca Artikel-Artikel dari Nuaeman di http://www.blog. nuaeman.com

20091122

Berpakaian Tetapi Telanjang


Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :
  1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
  2. Baju mestilah labuh dan longgar
  3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
  4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
  5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
  6. Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Capaian entri berkaitan : Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

20091118

KISAH PADERI & GEMBALA KAMBING

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.


Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.


Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.


Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!


Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.


Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.


Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...


Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.


Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...


Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...


"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.



diambil dari: http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/

20091115

Himpunan Hadis

Al-Hadith : Kecintaan Melalui Zuhud

Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."


Baginda s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia.

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.


Al-Hadith : Ganjaran Apabila Menangis Kerana Allah


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali ke teteknya - menunjukkan suatu kemustahilan. Tidak akan berkumpullah debu fi-sabilillah itu dengan asap neraka Jahanam."


Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.


20091114

Mati, Peringatan Penting Dipinggirkan Muslim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya:

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah…


Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma�thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.


Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu �Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.
Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.�

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.
Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.


Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya. Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat. Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Renung-renungkanlah wahai saudara-saudaraku sekalian!

~diambil dari mailbox~

20091104

Bagaimana Cara Untuk Dihormati?

syukran2, kerana ana diberikan masa untuk sekali lg menaip di blog ini. semuanya kerana ada perkara yang berlegar dalam akal fikiran ini. selama beberapa hari ini, ana terfikir mengenai "dihormati". ada beberapa orang sama ada dari dalam atau luar IPGM bertanya kepada ana, bagaimana cara ingin dihormati?

sebelum ana mengupas lebih lanjut, harus diingat, dihormati dan digeruni adalah dua perkara yang berbeza namun kebanyakan orang menganggap apabila kita digeruni maka kita dihormati. DIHORMATI adalah perasaan orang lain yang mengagungkn atau memuliakan kita melalui tindakan2 kita tanpa paksaan orang lain untuk menerima manakala DIGERUNI adalah perasaan hormat atau diagungkn oleh orang lain yang wujud melalui paksaan atau tindakan kekerasan seseorang.

seperti kita sedia maklum, orang tua mesti dihormati dan orang muda mesti dikasihi. ini yang disuruh oleh nabi kita, Muhammad s.a.w. Maka jika ingin dihormati, maka lakukan suruhan ini.

Berbalik kepada soal utama, bagaimana ingin dihormati?

dalam dunia skrg ini, kita mahu diri kita dihormati tapi kita sendiri tidak hormat dekat orang lain. yang tua mahu yang muda hormat akan mereka manakala yang senior mahu yang junior hormat pada mereka. tapi adakah kita sedar? adakah kita sendiri hormat kepada orang yang kita mahu mereka hormat dekat kita?

msyrkt zaman skrg ini, sentiasa nak diri mereka dihormati tapi mereka sendiri xhormat pada orang lain. Jadi bagaimana orang yang muda ini nk hormat mereka? cuba bayangkan apabila sedang berjalan, yang muda sedang berjalan seorg diri manakala yang tua berjalan berkumpulan, yang tua marah kpd yg muda sbb xberi salam kpd mereka. adakah perkara ini logik utk dilakukn?

Kita sedar cara beri salam yg betul ialah YG SEORG BERI SALAM PADA YG BERKUMPULAN, itu yg disuruh oleh islam. Namun zaman skrg, semuanya dah terbalik. Yg ramai perlu beri salam pada yg seorg diri. Jika ada 50 org dlm kumpulan tersebut, adakah yg seorg diri ini perlu susahkn diri untuk terima salam sampai 50kali? Komfem2 letih la seorg ni sebab kene jawab 50kali salam. Ini bukannya yg disuruh oleh nabi, benda ini xdisuruh oleh islam. Kita memandai2 mengubahnya mengikut keegoaan diri kita.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri jika diikut dalam satu riwayat yang sahih telah memberikan salam kepada kanak2. Nabi Muhammad s.a.w yg sudah pasti masuk syurga merendahkan diri dengan beri salam kpd org yg muda, inikan pula kita yg xpasti lg sama ada syurga atau neraka mahu diri kita dihormati oleh org yang muda dengan memaksa mereka beri salam tanpa kita sendiri tunjuk contoh yg terbaik? Logikkah ini? Tinggi manakah diri kita ini sampai perlu lebih daripada nabi?

Bagi ana, jika ingin dihormati oleh org yg muda, caranya cukup mudah. Rendahkn diri kita sama dgn org yg muda. Duduk bersama, makan bersama, bersembang, bergurau senda bersama2 dan lupakan yg kita lebih tua. Insyaallah, mereka yg muda ini akan hormat dekat kita.

Jika org yg lbh muda dr kita ini xberi salam pd kita, maka kita sendiri beri salam pd mereka. bukankh org yg memberi salam itu pahalanya lebih besar dr yg menjwb salam? Selepas kita beri salam pd org yg lbh muda, nescaya yg lbh muda ini akan malu pd diri kita sbb kita yg tua beri salam pd mereka dan selepas itu, komfem2 mereka akan beri salam pd kita selalu. Jadi, mengapa perlu marah jika xdihormati? Mulakan dgn HORMATI ORANG LAIN DAHULU, BARULAH DIRI AKAN DIHORMATI.

Jika ingin dihormati juga, berperangailah yg sesuai dgn org yg muda. Jika org yg muda itu suka org tua yg sporting, xkira darjat, xkira tempat, perangai sama dgn mereka, maka ubahkan perangai anda sama dgn mereka. Janganlah anggap perangai xboleh diubah, PERANGAI PERLU MATANG setiap masa di hadapan orang ramai. Ini bukan matang, ini kita panggil sbg ‘cover macho’.

PERANGAI INI KALAU DIIKUTKAN TIDAK PERNAH ADA PROSES KEMATANGAAN KERANA PERANGAI MANUSIA INI BERUBAH – UBAH. Sekejap perangai ok, sekejap perangai xok. Tidak ada perangai matang, yang matang cuma pemikiran sahaja. Jika tidak percaya, tunjukkn pd ana mana hadis atau fakta yg mengatakan perangai manusia ini boleh matang?

Perangai manusia ini cuma berubah – ubah saja, xde matang2nya. Sbb itu, jangan kata pd org lain “boleh perangai matang sikit x?”. Sbbnya mmg tiada perangai matang. Jadi ubah sikit pemikiran itu.

Menyebut mengenai perangai ini, dalam satu artikel, ada diceritakan seorg ahli falsafah barat yg bermain dn berperangai seperti kanak2 semasa dia bermain dgn kanak2. Pada satu hari, dia ditegur oleh seorg lelaki. Kata lelaki tersebut, “kenapa engkau bermain dengan kanak2 sedangkn engkau org yg amat dihormati kerana kepandaian engkau”

Ahli falsafah ini menjawab dgn satu perumpamaan, dia mengambil busur yg ada dikwsn dia bermain dgn kanak2 td. Katanya “janganlah jadikan diri seperti busur yang diikat kedua2 talinya tetapi jadilah seperti busur yang diikat sebelah talinya sahaja dan apabila mahu diguna barulah diletakkn kedua2 talinya”

Maksud perumpamaan ini mudah, jika busur yg diikat kedua2 talinya itu dibiar lama2 maka akan semakin renggang busur tersebut dan semakin tidak kuat tarikan utk panahan busur tersebut tetapi jika busur tersebut diikat sebelah talinya dan diikat sblh lg apabila hendak diguna dan kemudian dicabut talinya yg sebelah apabila telah diguna, ia lebih kuat keran tali dn busur tersebut tidak renggang.

Sama juga dalam kehidupan, jika kita sentiasa anggap kita xboleh bersama bermain dgn org muda kerana kita lebih tua atau lebih berilmu, maka sukar utk org tersebut hormat terhadap kita, akan tetapi jika kita sentiasa bersama dgn mereka dgn merendahkn diri kita sama dgn mereka, maka kita pasti akan dihormati oleh mereka.

Dalam penggunaan ilmu juga sama, jika kita sentiasa tunjuk kepandaian kita, maka lama-kelamaan orang tidak akan hormat kepada kita kerana telah mengetahui ketinggian ilmu kita tapi jika kita tunjuk pada masa yg sesuai sahaja, maka org akan pandang tinggi pd kita lebih dr org yg tunjuk selalu kepandaiannya.

Jadi apa yang perlu ditunggu lagi?

JIKA INGIN DIHORMATI,
UBAHLAH DIRI DAHULU, RENDAHKAN DIRI, BUANGKAN EGOMU,
NESCAYA DIRIMU AKAN DIHORMATI....

....................................................................................

syukran kepada saudara izzat kerana menegur kesilapan dalam artikel ini. jika ada lagi kesilapan, harap ditegur kerana ana masih lagi baru dalam bidang penulisan ini.

20091102

Kelebihan Memberi Salam

Perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah :
" Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera
( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah. Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah. (Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

1. Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut,
“Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2. Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

- Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
- Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
- Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
- Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
- Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
- Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
- Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
- Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
- Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.

Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.

20091101

Politik Islam Dan Politik Barat: Persamaan Dan Perbezaan

Hanya sekadar satu perkongsian daripada Tugasan yang ana dan kumpulan lakukan. Harap dapat membantu sebilangan pelawat Blog ini.

Kaitan Antara Politik Islam dan Politik Barat

Dalam melihat perkaitan antara politik islam dan politik barat ini, demokrasi merupakan satu sistem yang boleh dikaji secara lebih lanjut. Dalam membicarakan ini, ada dua pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai demokrasi.

Ada yang menerima demokrasi dengan alasan islam turut menyediakan landasan demokratik seperti yang dinyatakan oleh Haddad dan golongan kedua menurut Ahmad Bashir ialah golongan yang menolak demokrasi dengan alasan sistem politik barat itu bercanggah dengan kedudukan Allah Taala sebagai pembuat hukum atau musyarri. Menurut Adnan ‘Ali Ridha, 1990, perkara ini disebabkan oleh demokrasi dikatakan memberi kuasa sewenang – wenangnya kepada manusia untuk menentukan hukum atau undang – undang. Lebih daripada itu, demokrasi dianggap ‘agama baru’ yang boleh mendatangkan syirik kepada Allah Taala (Adnan ‘Ali Ridha,1990).

Walau bagaimanapun, hasil perbincangan antara Islam dan demokrasi secara ilmiah yang dipelopori oleh sebilangan pemikir Islam, telah memunculkan beberapa konsep yang secara dasarnya melihat hubungan antara kedua – duanya secara lebih positif dan tidak kurang mengambil sikap yang cukup tegas. Konsep-konsep tersebut ialah theo-democracy dan popular vicegerency yang dibawa oleh Maulana Al-Maududi, faraghat oleh Rashid Ghannounchi dan ‘Islam sebagai agama semi-demokrasi’ oleh Niaz Faizi Kabuli. Konsep-konsep tersebut dikatakan telah menyumbang kepada kelahiran tesis bahawa Islam telah menggariskan beberapa aturan (setting) dalam hubungannya dengan demokrasi. (Mohd Izani, 2007)


Demokrasi Dalam Islam

Kaitan tentang hubungan Islam dan demokrasi sering mendapat perhatian yang istimewa. Memandangkan demokrasi adalah produk ciptaan Barat, perbincangan antara Islam dan demokrasi sebenarnya menonjolkan wacana tentang Islam dan Barat secara tidak langsung (Mohd Izani,2007).

Secara asasnya, dalam membincangkan konsep Islam dan demokrasi, kita tidak boleh terikat dengan definisi yang rigid dan kaku. Sebagai contohnya, Islam tidak boleh dibincangkan dengan demokrasi jika sistem politik ciptaan barat itu disorot dari sudut kebebasan individu dan kedaulatan manusia semata-mata. Begitu juga demokrasi tidak boleh dibincangkan dengan konsep politik Islam jika konsep tersebut dilihat hanya dari sudut kedaulatan Allah semata-mata (Esposito,1996).

1. Theo-Demokrasi Dan Popular Vice Regency Dalam Islam

Konsep theo-demokrasi dan popular vice regency ini telah diperkenalkan oleh Abul A’la Al-Maududi (1903-1979). Beliau secara asasnya menerima demokrasi tetapi penerimaan tersebut mesti bersandarkan beberapa syarat ketat dan selari dengan kehendak islam. Menurut beliau lagi, istilah ‘theo’ yang terangkum dalam istilah theo-democracy merujuk kepada syariah. Konsep ini jelas menonjolkan peranan agama dalam memandu demokrasi dan ia berbeza dengan demokrasi ala Barat yang lebih mengutamakan kehendak manusia dan kebebasan individu (individual freedom). Beliau percaya bahawa demokrasi hanya boleh diterima jika sistem politik dari Barat itu berlandaskan syariah atau ‘lingkungan’ yang telah ditetapkan oleh Islam.

Konsep theo-democracy yang diperkenalkan oleh beliau ini juga mengutamakan prinsip utama yang terkandung dalam asas pemikiran politik Islam iaitu al-hakimiyyah, al-siyadah atau kedaulatan Allah (sovereignty of god). Dalam hal ini, beliau menjelaskan tidak ada sebarang kompromi dalam soal kedaulatan atau sumber perundangan kerana ia adalah milik eksklusif Allah Taala. Prinsip ini sebenarnya relevan dengan pendirian konsep theo-democracy seperti yang ditekankan iaitu meletakkan syariah sebagai panduan.

Bagi konsep popular vice regency, konsep ini diperkenalkan beliau bagi menggantikan konsep kepimpinan demokrasi ala barat yang berteraskan popular sovereignty. Popular vice regency membawa maksud kepimpinan umat islam secara kolektif. Ini bermakna hak kepimpinan dalam islam itu adalah hak milik eksklusif umat islam dan bukannya rakyat secara umum dan tanpa mengira bangsa dan kepercayaan atau hak milik seseorang individu itu sahaja. Konsep ini secara tidak langsung juga menolak idea teokrasi atau kepimpinan ahli agama yang sering kali dikaitkan dengan gaya pemerintahan islam. Hal ini sebenarnya menafikan lagi kenyataan bahawa hanya ulama sahaja yang boleh mentadbir negara, sebaliknya tugas tersebut mesti dipertanggungjawabkan ke atas semua umat islam. Perkara ini dibuktikan dengan firman Allah di dalam surah An – Nuur ayat 55 yang bermaksud:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu yang mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka (penekanan) berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah An – Nuur ayat 55)

Berdasarkan ayat surah An – Nuur ayat 55 di atas, perkataan mereka dalam ayat di atas merujuk kepada pemimpin atau khalifah di dunia yang menjadi hak milik orang islam dan bukannya hak milik individu – individu tertentu sama ada ulama atau nasab kepimpinan seseorang.

2. Konsep Faraghat (ruang) Dalam Pemerintahan

Menurut Muhammad Uthman El – Muhammady, konsep faraghat ini telah diperkenalkan oleh Rashid Ghannouchi, seorang tokoh islam yang banyak membahaskan tentang keserasian antara islam dan demokrasi atau compatibility of democracy with islam (Mohd Izani, 2007). Dalam menjelaskan hubungan antara islam dan demokrasi ini, beliau menggunakan hujah kebebasan sebagai satu elemen yang menghubungkan antara kedua – duanya.

Beliau memperkenalkan konsep faraghat (ruang) dan ia bertitik tolak daripada tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang tidak menamakan siapakah pengganti baginda (Azzam, 2001). Peristiwa ini telah menggambarkan bahawa baginda telah memberikan ruang kepada umat islam untuk menentukan calon pengganti selepas kewafatan baginda. Ruang inilah yang digunakan oleh Rashid Ghannouchi untuk menyatakan bahawa islam menekankan kebebasan dalam menentukan pemerintahan sendiri yang sesuai untuk dikaitkan dengan ciri demokrasi itu sendiri. Walau bagaimanapun, penggunaan ruang ini mestilah tidak bercanggah dengan Al – Quran dan As – Sunah yang menjadi pemacu umat islam.

3. Konsep Semi-Demokrasi Dalam Kebebasan Berfikir

Niaz Faizi Kabuli dalam tesisnya yang bertajuk Islam Merupakan Agama Semi-Demokrasi menyokong kenyataan bahawa kebebasan diberikan kepada umat Islam dalam menentukan perkara yang berkaitan dengan siyasi (cara untuk memerintah kerajaan dan menyelesaikan konflik) (Niaz, 1994). Dalam hal ini beliau berpendapat islam adalah agama semi-demokrasi kerana islam mempunyai elemen autokratik dan demokratik.

Elemen autokratik ini dilihat dalam konsep kewajipan umat islam mentaati semua perintah yang telah diputuskan oleh Al-Quran dan As-Sunah. Manakala elemen demokratik pula dilihat apabila islam mengiktiraf penganut-Nya sebagai legislator atau pembuat hukum dengan membenarkan mereka menentukan hukuman dan jalan penyelesaian terhadap perkara yang tidak diputuskan secara terang oleh Al-Quran dan As Sunah. Kebebasan dan ruang inilah yang menjadi hujah kepada Niaz bahawa islam adalah agama yang mempunyai elemen demokratik.


Perbezaan Sistem Demokrasi Dengan Sistem Politik Islam

1. Sumber

Sistem politik islam merupakan satu sistem politik yang berlandaskan sumber yang benar. Sumber ini berasal daripada undang – undang Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunah.

Penggunaan Al-Quran dan As-Sunah sebagai pemacu umat islam dalam membina undang – undang dan menuju ke landasan yang benar membuktikan bahawa politik dan islam (agama) tidak diasingkan. Dalam hal ini, hampir kesemua prinsip dan nilai sesuatu masyarakat itu diatur, dan yang dipatuhi masyarakat itu, telah dinyatakan oleh undang-undang tertinggi yakni undang – undang yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunah.

Manakala sistem politik barat (sekular) pula mengasingkan agama daripada politik. Dalam hal ini, segala keputusan yang dibuat adalah berlandaskan fikiran manusia yang dangkal dan cetek serta dipengaruhi oleh hawa nafsu. Keputusan yang dibuat berdasarkan perkara – perkara inilah yang melanggar nilai – nilai agama antaranya penghalalan minuman-minuman memabukkan, berjudi, homoseksual, riba’ dan termasuk pengambilan anak angkat.

Pengasingan agama dan politik yang diamalkan oleh barat inilah yang membezakannya dengan politik islam lantas kadangkala menyebabkan keputusan yang dibuat adalah secara membuta tuli dan mengikut kehendak majoriti tanpa sumber dan panduan serta membelakangi nilai – nilai moral.

2. Pemilihan Pemimpin

Perbezaan dalam pemilihan pemimpin merupakan antara satu perbezaan ketara antara sistem politik islam dan sistem politik barat yakni sistem demokrasi.

Dalam sistem politik islam, seseorang pemimpin itu perlulah mempunyai ciri – ciri dan kriteria berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran. Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri – ciri atau kriteria – kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial. Di samping itu, seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan. Pemilihan calon ini juga dilaksanakan melalui sistem shura dalam islam.

Keadaan ini berlainan sama sekali dengan sistem politik barat yang menjadikan suara majoriti dalam pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan. Contohnya, seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam bidang-bidang tertentu seperti pengaruhnya dalam bidang ekonomi yang membolehkannya dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi.

3. Kuasa

Kuasa seseorang pemimpin dalam sistem politik islam dan sistem politik barat berbeza sama sekali. Hal ini berlaku kerana dalam sistem politik islam, peruntukan kuasa seseorang pemimpin telah disyariatkan dalam kitab Al-Quran Nur Karim.

Peruntukan kuasa pemimpin dalam sistem politik islam menyebut bahawa seseorang pemimpin itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah yakni menerima rasuah. Pemimpin dalam islam juga mestilah mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Dalam hal ini, Al-Quran dan As-Sunah dijadikan landasan dalam membuat sebarang keputusan oleh seseorang pemimpin. Malah pemimpin juga diwajibkan menjalankan kuasa pemerintahan yang diamanahkan dengan mengamalkan prinsip kebenaran dan keadilan. Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, seseorang hakim wajib memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran. Misalannya, seandainya seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan.

Berlainan pula dengan sistem politik barat, kuasa seseorang pemimpin itu meliputi ruang lingkup yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Perbezaan ini juga sebenarnya meliputi penggunaan kuasa mereka yang berdasarkan perlembagaan negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, seseorang hakim dalam sistem demokrasi boleh membenarkan seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh Yang Di Pertuan Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Disebabkan itu, maka prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata iaitu sistem demokrasi lantas membuktikan sistem politik islam adalah berbeza sama sekali dengan sistem politik barat.


Di antara bahan rujukan yang digunakan ana:

Mohd Izani Mohd Zain, 2008. Konsep Theo-Democracy, Popular Vice Regency, Faraghat dan Semi-Demokrasi Dalam Wacana Islam dan Demokrasi. Sungai Besi: UPNM
Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam dan Demokrasi : Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Mohd Izani Mohd Zain 2007. Demokrasi dan Dunia Islam: Perspektif Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Syed Ahmad Hussein, 2001. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Adnan ‘Ali Ridha.1990. Syura Bukan Demokrasi. Kuala Lumpur: Polygraphic Press. Sdn. Bhd.
Mustafa Ishak dan Afifi Abdul Razak, 2005. Politik Dan Pemerintahan Negara. Malaysia: Thomson Learning
Muhamed S.El-Awa, 1991. Sistem Politik Negara Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

harap saudara/saudari sekalian, sudi click adds dibawah yer..... ^^,