Follower

20090215

Bulan Februari Bulan Busy....

herm,,, bulan februari ne mmg banyak sgt keje yang perlu dibereskan. Bermula dengan beberapa pertandingan yang dirancang sempena Karnival Kolej Kediaman IPSMB hinggakan Majlis Watikah Pelantikan JPP 2009.

Sebenarnye hati ni berat sangat nak buat keje2 ne, tapi sebab tanggung jawab yang dipikul, mahu xmahu kene rajinkan juga diri ini. Sejak diri ini jadi JPP, banyak sangat perasaan dalam diri ni. Rasa dipergunakan, rasa bangga, rasa seronok dan mcm2 lagi. tapi yang penting, bila aku dikatakan sebagai orang yang mempunyai imej pengurusan yang tinggi oleh seorang pensyarah, terasa bangga dalam hati ini kerana diiktiraf sebegitu tinggi.

aku rasa better aku ceritakan apa yang menyebabkan aku kurang meng'posting'kan tazkirah2 disini lagi sejak beberapa bulan yang lalu. Bukan sengaja aku lakukan tetapi kerana masalah pengurusan masa menyebabkan aku sendiri jadi pening kepala. Awal bulan Februari, aku mulakan segala yang aku rancangkan bersama dengan AJK aku untuk mengadakan pertandingan Game Pro Evolution Soccer 6. Pada mulanya aku mengharapkan penyertaan sebanyak 24 orang sahaja tapi hari demi hari makin ramai pula yang masuk hingga menjadikan 32 orang yang menyertai pertandingan tersebut.

Masalah yang berlaku berkaitan dengan komputer yang perlu digunakan telah aku selesaikan tapi timbul pula masalah lain, joystick yang disediakan tidak disukai oleh pemain. Mahu tidak mahu daripada 4 laptop yang aku sediakan akhirnya tinggal 3 sahaja yang boleh digunakan. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab berjaya juga aku selesaikan pertandingan tersebut dalam tempoh masa 4 hari bermula hari khamis hingga hari ahad.

sekarang ini pula sebenarnya sedang berlangsung satu lagi pertandingan dibawah anjuran BIRO ICT dibawah aku, iaitu pertandingan Counterstrike Condition Zero. satu lagi masalah timbul apabila HUB yang aku ingatkan auto confiq rupa2nya perlu aku configure dulu. itu pun aku dapat tahu setelah pertandingan baru nk berjalan. Malu juga dalam hati sebab masalah ni menyebabkan nama orang lain juga buruk. jika nama aku yang buruk masih lagi boleh ku terima, tapi melibatkan nama orang lain? sedih juga hati ini.,,,,

akhirnya, kami jalankan juga satu game dahulu. daripada 10 pasukan yang masuk hanya satu pasukan yang dapat bermain gara2 kesilapan aku. Dan sebenarnya sampai hari ni dah 4 hari dah tapi game yang berjalan cuma 4 pasukan sahaja. aduhai,,,, penin2,,,,

disebabkan pertandingan2 ne n tugasan untuk menyediakan kertas kerja lawatan ke Parlimen menyebabkan aku tertinggal semua assignment yang patut aku lakukan. nasib baik aku sekumpulan dengan adik angkat yang memahami keadaan aku ni jika tidak susah la aku. Lupa pula aku hendak khabarkan yang aku juga busy sebab terlibat dengan pasukan Hoki IPSMB yang digelar sebagai PUTERA MIZAN. tahun ni kami sertai LIGA HOKI KELANTAN. doakan kami berjaya k.

23 hb ne pula watikah perlantikan JPP. lagilah banyak keje aku. aduhai,,,,, mengeluh pon xpatut tapi sebab kerja yang melampau2 ne, aku teringat dekat cikgu Adibah di sekolah lama ku yang mengatakan aku ne mengalahkan PM kalau buat kerja, busy melampau. 2hari yang lepas sempat juga bapa angkat aku telefon, cikgu Haron namanya.

sebelum tu, dia tanya aku sedang buat apa? nasib baik waktu tu aku xturun main hoki, jika tidak pasti tak dapat jawab phone dia. siap tanye aku busy atau tak sebab mcm dah tau je anak angkat dia ni busy memanjang. aku sendiri pelik kenapa ayah angkat aku ne telefon sebab jarang sangat dia nak telefon aku. rupa2nya, dia nak minta aku buat program bersama dengan PRS dan pihak sekolah waktu bulan 3 ne. nampaknya memang busy la aku selama 3 bulan berturut2 ne.

dengan kuliah yang perlu dihadapi dan berbagai lagi masalah, bertambah penin la aku tahun ne.

"YA ALLAH,
KUATKAN HATI HAMBAMU INI,
TABAHKANLAH HATINYA
MENEMPUHI SEGALA TANGGUNGJAWAB YANG DIPEGANGNYA
SUPAYA DIA MAMPU MELAKUKANNYA DENGAN BAIK
BERKAT DARI KEBERKATAN DARIMU,
ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI"

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Tiada ulasan: