Follower

20090220

Tiga Anak Pengsan Ketika Urus Jenazah Bapa

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

 

  PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu

  jenazah yang bagi

  saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada

  seluruh tubuhnya.

  Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal

  dunia, darah

  tak berhenti-henti keluar.

 

  Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab

  kemalangan. Doktor

  pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan

  jenazah berdarah

  macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

 

  Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah

  tempat di

  Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian

  tak dapat saya

  ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki,

  meninggal ketika

  berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya,

  Allahyarham bolehlah

  kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan

  pernah menjadi

  penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

 

  Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal

  dunia di

  rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya

  diberitahu

  doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

 

  Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah

  apabila Allahyarham

  habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang

  terakhir,

  tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya,

  khususnya dari

  liang-liang dan

  rongga-rongga. ....dari mulut, telinga, hidung, mata,

  celah-celah bulu roma

  dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama

  makin banyak

  sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak

  putus-putus keluar.

  Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.

 

  Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak

  Allahyarham pergi ke

  rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan

  pula anak

  Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

 

  Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata,

  "Ustaz, ayah saya

  meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

 

  Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah

  ke?"

 

  "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya

  minta sangatlah ustaz

  dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi.

  Bagaimanapun dia tidak

  ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya

  itu.

 

  Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru

  dia ceritakan

  apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan

  terus pergi ke

  tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya

  tengok darah sudah

  penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin

  hanyir. Busuk. Dan

  busuknya

  pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan

  hinggakan kemenyan

  yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau

  busuk mayat itu.

 

 

  Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia

  seperti dalam

  keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda

  kejernihan dan nur

  di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh

  Allahyarham

  ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

 

  Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam

  lebih dia

  meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati

  saya berdoa dan

  beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara

  terbaik dan tidak

  berlaku lagi sesuatu yang

  mengaibkan Allahyarham.

 

  Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah

  tadi. Kami ambil

  kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan

  rongga-rongga besar pada

  mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu

  menahan darah

  yang keluar.

 

  Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk

  diganti dengan

  kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga

  tadi. Menjejes

  hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu

  menjadi merah. Tidak

  tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak

  berkesan.

 

  Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah

  menyedihkan

  saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi

  tiba-tiba

  menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam

  cacar yang

  berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

 

  Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.

  Makin lama

  bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan

  kalau saya katakan

  di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai

  wajah manusia

  lagi.

 

  Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan

  kepada semua

  kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita

  mesti kebumikan jenazah

  ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada

  dua orang pembantu,

  tiga orang anak

  Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.

  Tapi sedih,

  seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana

  tidak sanggup

  melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah

  saya dengan dua

  pembantu saya tadi..

 

  Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan

  menjadi merah,

  saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan

  plastik...plastik

  alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami

  balut mayat tadi

  seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat

  tidak digalakkan

  dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti

  itu saya tidak

  boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan

  terletak tidak

  jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer

  sahaja, jadi kami

  cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap

  dan sejuk itu

  kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula

  kebumikan

  Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

 

  Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa

  aneh, yang amat

  mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa

  tapi tak

  putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab

  hari itu tidak

  hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah,

  lembah.. tak juga

  sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula

  terjadi macam ini.

  Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil

  keputusan

  mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia

  ditenggelami air.

 

  Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air

  itu bertukar

  menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,

  busuk....susah saya

  nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna

  air itu makin

  merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang

  ke kubur tak

  nampak sangat. Kalau

  siang...

 

  Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan

  kemudian tutup

  dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak

  terlungkup.

  selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai

  ditalkinkan, saya

  dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali

  semula ke rumah

  masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham

  yang bersedih.

 

  Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak

  tahulah. Yang

  tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia

  adalah balasan

  Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya

  tidak

  mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan

  besar tapi bagi

  saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang

  berlaku pada

  Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya

  kata

  mungkin...bukan menuduh.

  PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh

  pula banyak

  caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang

  tapi perlu diingat

  darah itu mahal harganya.

 

  KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.

  Janganlah kita

  memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi

  sumber darah yang

  mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada

  rasuah, makan

  harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan

  sebagainya yang bukan

  milik kita.

 

  KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di

  jalan raya

  akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air.. Bagi

  perempuan, ingin saya

  ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas)

  selepas anda

  menggunakannya.. Bersihkan darah dengan air bersih baru

  dibuang tuala itu.

  Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang

  melekat pada

  tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk

  Tuhan yang perlu

  dihormati.

 

  Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai

  iktibar. Ingatlah,

  suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T.

  Berdoalah supaya

  perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

 

Tiada ulasan: