Follower

20090624

PPSMI?? Sokongan Bantahan??

lama sudah tangan ini tidak menaip di keyboard, dan lama juga ana tidak mengemukakan sedikit pandangan dan coretan hidup di laman ini. sebenarnya bukan ana sengaja, tetapi kerana mood yang tenggelam timbul sejak beberapa minggu ini menyebabkan ana rasa sukar untuk ana menulis sewaktu itu walaupun ada berbagai perkara yang ingin ana perbincangkan bersama.

pada posting kali ini, ana ingin membawa anda semua melihat kepada isu PPSMI yang telah lama diperkatakan. walaupun ada yang mungkin berkata posting ana ini telah lewat dimakan zaman, namun pandangan yang ana kemukakan adalah berdasarkan pengalaman ana yang pergi ke sekolah lama ana dan hasil perbincangan bersama beberapa orang guru2 lama.

sbnrnya, ana bersyukur kerana diberikan ruang masa pada 15 hingga 18hb Jun yang lepas ana diberi sedikit ruang masa untuk berada di sekolah lama ana, SMK Taman Medan. syukur jugalah kerana perancangan awal ana ini berjaya juga ana lakukan. walaupun pada 14hb hingga 17 Jun tersebut ada satu kursus JPP di IPGM ana, terpaksa ana tolak kerana kursus tersebut diberitahu lebih lewat dari segala perancangan ana.

pada tarikh tersebut, ana telah pergi kesekolah ana dan meminta untuk mengganti beberapa kelas kerana ingin mencuba teknik pengajaran ana. syukurlah kerana cara pengajaran ana berjaya menarik minat pelajar dan mendapat komen yang positif dari guru lama ana iaitu guru kanan bidang bahasa2 di sekolah tersebut. pada masa tersebut juga, ana diberikan peluang untuk mengajar subjek bahasa melayu dan matematik. 

semasa ana mengajar matematik, ana dapat lihat wajah2 pelik dari pelajar2 yang sedang belajar dari ana. apabila ana tanya sama ada mereka faham atau tidak? jawapan yang diberi adalah "faham bang". namun dari raut wajah tersebut, terdetik dihati ana yang mereka ini tidak faham apa yang sedang diajar. selesai mengajar, ana ambil sedikit masa bersembang dengan beberapa orang pelajar diluar kelas tersebut bagi mengelakkan cikgu lama ana perasan. dan daripada perbualan kami ini, ana dapati sbnrnya mereka tidak memahami apa yang mereka pelajari. kenapa ini berlaku?

herm, sbnrnya sewaktu PPSMI di utarakan, ana menyokong seratus peratus pelaksanaannya kerana bagi ana ia boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan membuatkan orang melayu kita semakin berusaha untuk semakin maju. namun daripada pengalaman ana disekolah, ana sedar yang pandangan ana ini salah dan sokongan yang ana berikan selama ini telah ana ubah kepada bantahan sekeras2nya. kenapa ana berubah???

kenapa dulu ana menyokong? kerana dulu ana merasakan bahawa anak2 melayu kita akan kuat berusaha lagi apabila Math dan Science dijadikan dalam bahasa inggeris. apabila kita belajar kedua2 subjek ini dalam BI, ana merasakan yang kita pasti akan mampu menaikkan juga BI mereka yang lemah ini. namun sangkaan ana ini mmg salah 100%.

kebanyakan dari pelajar kita sbnrnya sangat lemah dalam bahasa inggeris. dan mereka yang lemah dalam BI ini adalah majoritinya dari sekolah2 pinggir bandar dan kampung2. ana dapati perkara ini kerana sewaktu pengajaran ana, ana ada bertanya sama ada mereka faham apa maksud factorise dalam matematik ini? jawapan yang diberikan hanyalah gelengan berpanjangan. apabila disoal kenapa xtahu? jawapannya mudah: kami xtahu bahasa inggeris.

kelemahan dalam BI ini tidak berjaya diperbaiki lagi dan kita telah melaksanakan pula PPSMI yang menggunakan bahasa inggeris kelas atasan dengan perkataan yang kadang2 ana sendiri tidak tahu maknanya walaupun ana belajar sains dan matematik dahulu. kerana lemah dalam BI ini, anak2 melayu kita menjadi semakin malas apabila PPSMI diutarakan. 

namun bagi ana, perkara yang menyebabkan ana berubah fikiran berkaitan PPSMI ini adalah kerana masalah ini sahaja. seandainya kerajaan dgn kerjasama kementerian pelajaran berjaya meningkatkan BI para pelajar, maka isu berkaitan PPSMI ingin dilaksanakan pasti akan mendapat sokongan dari ramai pihak terutama daripada NGO2 dan kesatuan keguruan.

akan tetapi ada satu perkara yang bertambah dalam kepala ana ini, kemalasan orang melayu.....

ana merasakan bahawa sbnrnya PPSMI boleh berjaya pelaksanaannya seandainya anak2 melayu kita berusaha untuk menyahut cabaran kerajaan dengan pelaksanaan PPSMI. jika mereka tidak malas, pasti mereka akan berusaha untuk menyahut cabaran ini, namun kerana kemalasan anak2 melayu ini, mereka tidak dapat mengikut terus pengajaran sains dan math ini dalam bahasa inggeris. 

pasti ada yang marah kerana ana mengatakan melayu malas. Ya,,, ana sedar siapa diri ana, ana juga melayu, kenapa ana sanggup kata melayu malas? mmg benar kebanyakan orang melayu kita pergi kerja pagi dan balik di waktu petang dan adakalanya sampai malam barulah pulang kerumah. adakah ini yang kita katakan malas. 

benar ini adalah satu petunjuk rajin namun bukan semuanya begitu, kita lihat dari aspek kerajinan bekerja namun dari segi kerajinan belajar pula bagaimana ?? adakah ada antara kita yang berani mengatakan yang anak melayu lebih byk berusaha dari anak2 cina? pasti tidak bukan...

ana bukan memperlekehkan orang melayu tetapi mahu menyedarkan orang melayu saja. sikap orang melayu kita kebanyakannya terlalu pendengki namun kita tidak pula berusaha untuk menjadi seperti orang yang kita dengki itu. sifat malas kita yang melampau2 menyebabkan orang melayu tidak maju kemana walaupun telah dibantu oleh kerajaan. 

jika benar anak2 melayu kita rajin, maka mengapa mereka tidak berusaha untuk belajar dengan bersungguh2, merajinkan diri dan membuang perasaan malas mereka jauh2. namun yang masih wujud dalam sikap orang melayu masih malas, malas dan malas. 

jika perasaan malas ini tidak dibuang, maka kemanalah anak2 melayu kita akan pergi? adakah mereka mampu untuk menjadi yang lebih baik atau menjadi lebih buruk lagi? dan ingat, ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh orang2 melayu selama ini dan keistimewaan orang melayu pasti akan hilang xlama lagi jika anak2 melayu yang menjadi generasi pemimpin akan datang ini tidak mengubah sifat malas mereka ini.

fikir - fikirkanlah.................


Tiada ulasan: