Follower

20090701

Bingkisan hidup ini

lama sudah diri ini tidak mencatat kehidupan ini didalam laman blog ini. sebenarnya dalam beberapa minggu semasa bermulanya cuti semester, ana telah terfikir banyak perkara. ada perkara yang baik dan ada yang tidak baik. dan daripada itulah ana merasakan hidup ana sekarang ini ana ubah 50 %. kesedaran ana ini berlandaskan peristiwa2 yang berlaku dalam hidup ana yang benar2 telah menyebabkan ana putus asa dengan rakan2 ana.

diantara perubahan yang ana lakukan adalah menambah kemalasan ana. kenape menambah kemalasan?? pasti ramai yang pelik namun bagi ana, inilah yang perlu dilakukan. selama ana bercuti pada cuti semester yang lepas, ana telah terfikir betapa ana telah lama dipergunakan oleh berbagai pihak. semuanya kerana ilmu yang ada dan sikap rajin xtentu hala ini. jika sebelum ini ana boleh bersabar namun beberapa peristiwa yang ana anggap telah mencabar kewibawaan dan maruah diri ana menyebabkan ana mengubah diri ini.

walaupun ada yang berkata jangan ikut sangat kata orang, namun bagi ana, ini adalah soal hati dan perasaan. seandainya hati ini telah terasa pedih dipergunakan. sangat sukarlah bagi ana untuk melupakannya. ana teringat bagaimana ada antara rakan2 ana yang baik tatkala mahukan sesuatu dari ana namun apabila telah diberikan perkara tersebut, berbagai kata2 kutukan yang diberikan kepada ana. bukan itu saja, apabila ana melakukan sesuatu, ada saja yang mengutuk dan mengatakan ana bajet hebat akan tetapi apabila diberikan pula peluang tersebut kepada mereka untuk melakukannya, pelbagai masalah yang berlaku.

ana tidak tahu apa yang mahu ana coretkan, bagi ana perkara yang satu ini saja telah menyebabkan ana sakit kepala apabila berfikir. maka satu saja jalan penyelesaian yang ana ambil, memalaskan diri. sekarang ini ana tidak akan membantu sesiapa yang meminta tolong dari ana. bagi ana, sekarang tiba masa mereka menerima balasan dari apa yang mereka lakukan. ini bukan bermaksud ana kejam tetapi bagi ana, selagi ana tidak memberikan pengajaran seperti ini maka selagi itulah mereka tidak akan merasa bagaimana perasaan ana.

dalam hidup ana selama ini, kata2 kutukan telah lama sebati dalam diri ini ana kerana ana sentiasa dikutuk oleh seorang pengutuk tetapi ini bukan bermakna ana seorang pengutuk tetapi ana adalah seorang pengkritik. apa perbezaan pengutuk dan pengkritik? mudah saja jawapannya. pengutuk adalah mereka yang mengutuk tetapi tidak memberikan jalan utk mengubah perkara yang dikutuknya akan tetapi pengkritik pula orang yang mengutuk namun memberikan jalan panduan bagaimana perkara tersebut boleh diselesaikan. 

pada beberapa hari yang lepas juga ana dapat tahu beberapa perkara yang ana telah jangka. tidak sangka bahawa talam dua muka itu terlampau banyak dalam IPGM ini. syukurlah ada sahabat yang memahami diri ana dan memberitahu ana apa yang berlaku atas permintaan ana. bagi ana, ana bersyukur kerana ana berjaya menjangka siapa yang talam dua muka dan kuranglah sakit dihati ini. bagi ana, cedera yang akan ana hadapi dihati ini sekarang adalah sedikit kerana ana dapat tahu lebih awal dan jika ana dapat tahu lebih lambat, mungkin cederanya lebih besar daripada yang ana jangkakan.

tahun ini insyaallah IPGM Kampus Sultan Mizan akan mengadakan pilihanraya JPP. ada beberapa individu yang bertanya ana, xmahu bertanding YDP JPP ke? maaflah, walaupun ana ada misi yang ingin ana lakukan dalam mengubah IPGM ini, namun ana merasakan ana tidak sanggup lagi menjadi JPP. semuanya dek kerana lukan dipergunakan ini. seandainya luka dihati ini sembuh seawal mungkin, insyaallah ana bertanding namun janganlah mereka yang menyokong ana mengharap sangat ana bertanding kerana ia mungkin sekadar mimpi disiang hari. andaikan saja yang ana tidak bertanding dalam pilihan raya JPP kelak. ia lebih menyeronokkan nanti........

Tiada ulasan: