Follower

20091104

Bagaimana Cara Untuk Dihormati?

syukran2, kerana ana diberikan masa untuk sekali lg menaip di blog ini. semuanya kerana ada perkara yang berlegar dalam akal fikiran ini. selama beberapa hari ini, ana terfikir mengenai "dihormati". ada beberapa orang sama ada dari dalam atau luar IPGM bertanya kepada ana, bagaimana cara ingin dihormati?

sebelum ana mengupas lebih lanjut, harus diingat, dihormati dan digeruni adalah dua perkara yang berbeza namun kebanyakan orang menganggap apabila kita digeruni maka kita dihormati. DIHORMATI adalah perasaan orang lain yang mengagungkn atau memuliakan kita melalui tindakan2 kita tanpa paksaan orang lain untuk menerima manakala DIGERUNI adalah perasaan hormat atau diagungkn oleh orang lain yang wujud melalui paksaan atau tindakan kekerasan seseorang.

seperti kita sedia maklum, orang tua mesti dihormati dan orang muda mesti dikasihi. ini yang disuruh oleh nabi kita, Muhammad s.a.w. Maka jika ingin dihormati, maka lakukan suruhan ini.

Berbalik kepada soal utama, bagaimana ingin dihormati?

dalam dunia skrg ini, kita mahu diri kita dihormati tapi kita sendiri tidak hormat dekat orang lain. yang tua mahu yang muda hormat akan mereka manakala yang senior mahu yang junior hormat pada mereka. tapi adakah kita sedar? adakah kita sendiri hormat kepada orang yang kita mahu mereka hormat dekat kita?

msyrkt zaman skrg ini, sentiasa nak diri mereka dihormati tapi mereka sendiri xhormat pada orang lain. Jadi bagaimana orang yang muda ini nk hormat mereka? cuba bayangkan apabila sedang berjalan, yang muda sedang berjalan seorg diri manakala yang tua berjalan berkumpulan, yang tua marah kpd yg muda sbb xberi salam kpd mereka. adakah perkara ini logik utk dilakukn?

Kita sedar cara beri salam yg betul ialah YG SEORG BERI SALAM PADA YG BERKUMPULAN, itu yg disuruh oleh islam. Namun zaman skrg, semuanya dah terbalik. Yg ramai perlu beri salam pada yg seorg diri. Jika ada 50 org dlm kumpulan tersebut, adakah yg seorg diri ini perlu susahkn diri untuk terima salam sampai 50kali? Komfem2 letih la seorg ni sebab kene jawab 50kali salam. Ini bukannya yg disuruh oleh nabi, benda ini xdisuruh oleh islam. Kita memandai2 mengubahnya mengikut keegoaan diri kita.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri jika diikut dalam satu riwayat yang sahih telah memberikan salam kepada kanak2. Nabi Muhammad s.a.w yg sudah pasti masuk syurga merendahkan diri dengan beri salam kpd org yg muda, inikan pula kita yg xpasti lg sama ada syurga atau neraka mahu diri kita dihormati oleh org yang muda dengan memaksa mereka beri salam tanpa kita sendiri tunjuk contoh yg terbaik? Logikkah ini? Tinggi manakah diri kita ini sampai perlu lebih daripada nabi?

Bagi ana, jika ingin dihormati oleh org yg muda, caranya cukup mudah. Rendahkn diri kita sama dgn org yg muda. Duduk bersama, makan bersama, bersembang, bergurau senda bersama2 dan lupakan yg kita lebih tua. Insyaallah, mereka yg muda ini akan hormat dekat kita.

Jika org yg lbh muda dr kita ini xberi salam pd kita, maka kita sendiri beri salam pd mereka. bukankh org yg memberi salam itu pahalanya lebih besar dr yg menjwb salam? Selepas kita beri salam pd org yg lbh muda, nescaya yg lbh muda ini akan malu pd diri kita sbb kita yg tua beri salam pd mereka dan selepas itu, komfem2 mereka akan beri salam pd kita selalu. Jadi, mengapa perlu marah jika xdihormati? Mulakan dgn HORMATI ORANG LAIN DAHULU, BARULAH DIRI AKAN DIHORMATI.

Jika ingin dihormati juga, berperangailah yg sesuai dgn org yg muda. Jika org yg muda itu suka org tua yg sporting, xkira darjat, xkira tempat, perangai sama dgn mereka, maka ubahkan perangai anda sama dgn mereka. Janganlah anggap perangai xboleh diubah, PERANGAI PERLU MATANG setiap masa di hadapan orang ramai. Ini bukan matang, ini kita panggil sbg ‘cover macho’.

PERANGAI INI KALAU DIIKUTKAN TIDAK PERNAH ADA PROSES KEMATANGAAN KERANA PERANGAI MANUSIA INI BERUBAH – UBAH. Sekejap perangai ok, sekejap perangai xok. Tidak ada perangai matang, yang matang cuma pemikiran sahaja. Jika tidak percaya, tunjukkn pd ana mana hadis atau fakta yg mengatakan perangai manusia ini boleh matang?

Perangai manusia ini cuma berubah – ubah saja, xde matang2nya. Sbb itu, jangan kata pd org lain “boleh perangai matang sikit x?”. Sbbnya mmg tiada perangai matang. Jadi ubah sikit pemikiran itu.

Menyebut mengenai perangai ini, dalam satu artikel, ada diceritakan seorg ahli falsafah barat yg bermain dn berperangai seperti kanak2 semasa dia bermain dgn kanak2. Pada satu hari, dia ditegur oleh seorg lelaki. Kata lelaki tersebut, “kenapa engkau bermain dengan kanak2 sedangkn engkau org yg amat dihormati kerana kepandaian engkau”

Ahli falsafah ini menjawab dgn satu perumpamaan, dia mengambil busur yg ada dikwsn dia bermain dgn kanak2 td. Katanya “janganlah jadikan diri seperti busur yang diikat kedua2 talinya tetapi jadilah seperti busur yang diikat sebelah talinya sahaja dan apabila mahu diguna barulah diletakkn kedua2 talinya”

Maksud perumpamaan ini mudah, jika busur yg diikat kedua2 talinya itu dibiar lama2 maka akan semakin renggang busur tersebut dan semakin tidak kuat tarikan utk panahan busur tersebut tetapi jika busur tersebut diikat sebelah talinya dan diikat sblh lg apabila hendak diguna dan kemudian dicabut talinya yg sebelah apabila telah diguna, ia lebih kuat keran tali dn busur tersebut tidak renggang.

Sama juga dalam kehidupan, jika kita sentiasa anggap kita xboleh bersama bermain dgn org muda kerana kita lebih tua atau lebih berilmu, maka sukar utk org tersebut hormat terhadap kita, akan tetapi jika kita sentiasa bersama dgn mereka dgn merendahkn diri kita sama dgn mereka, maka kita pasti akan dihormati oleh mereka.

Dalam penggunaan ilmu juga sama, jika kita sentiasa tunjuk kepandaian kita, maka lama-kelamaan orang tidak akan hormat kepada kita kerana telah mengetahui ketinggian ilmu kita tapi jika kita tunjuk pada masa yg sesuai sahaja, maka org akan pandang tinggi pd kita lebih dr org yg tunjuk selalu kepandaiannya.

Jadi apa yang perlu ditunggu lagi?

JIKA INGIN DIHORMATI,
UBAHLAH DIRI DAHULU, RENDAHKAN DIRI, BUANGKAN EGOMU,
NESCAYA DIRIMU AKAN DIHORMATI....

....................................................................................

syukran kepada saudara izzat kerana menegur kesilapan dalam artikel ini. jika ada lagi kesilapan, harap ditegur kerana ana masih lagi baru dalam bidang penulisan ini.

11 ulasan:

sir hans berkata...

best2! =)

hafix berkata...

setuju..
benda ni lah yg ramai org x fhm..
kesilapan bermula dari peringkat atasan lg..
mereka bukan bodoh, x dapat berfikir.
tp mereka yg x nak berfikir.
seseorang perlu bertindak utk mengubah pemikiran semua org.
kita perlu mencorak dengan agama bukan dengan adatndan budaya.

Ahmad Fahmi berkata...

to Hans: Thanks k

to Hafix:
syukran2,, sbb itu kite perlu berubah. namun keegoan manusia ini tggi, sukar hendak diubah. dgn nafsu dn ego, maka amat susah utk manusia berubah

who-da berkata...

erm..nice..rasanya da fhm kot..

hamba Allah berkata...

salam
betul.tak suka bila digertak2 ala2 diugut.dan cakap kasa2.dijerkah jerkah. mcmmana nak hormat mereka kalau mereka sendiri tak hormat org lain.fahaman senioriti yg melampau spatutnya dihapuskan.

perlu ada ksedaran bahawa senior n junior adalah manusia,hamba Allah.cuba layan elok2,insyaAllah junior akan respek kita.kalau kita ckp pn ala2 gengster, bukannya takot pd kita, org akn hormat kita d hadapan tp mengutuk di blakang.itu bkn respek,tp tpkasa.

jadi,saya sekeras kerasnya menentang layanan yg terlalu senioriti kpd junior.we are all human juga.akhir2 nanti disoal juga di akhirat,bkn bdasarkan snior n junior. stiap pbuatan kita ke atas manusia lain,akan disoal di akhirat.wallahualam.

*tidak tuju kpd anda.ttapi kpd sape2 yg tak mahu menerima knyataan ini.

maya dandelion berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
maya dandelion berkata...

salam
masih tak faham kenapa org tak faham konsep ini.kalau kita tidak hormat org,mcm mana org nak hormat kita?konsep ini mudah.tp disbabkan perasaan menguasai diri,mereka menepikan prasaan org lain. Islam sendiri sukakan umat dia sayang menyayangi,hormat menghormati. saya pasti kalau semua org hidup dlm suasana hormat mnghormati,mesti hidup rasa lebih bahagia.hati pn tenang. (Cewah,pandai pulak brkata2.)
sekian,terima kasih "abg kata"

Ahmad Fahmi berkata...

to Hamba Allah,
diri ini tidak terasa kerna diri ini tidak pernah menganggap diri ini senior malah sentiasa menganggap diri ini junior selama2nya kerna diri ini masih muda lagi

who-da berkata...

kdg2..pemikiran senior n junior ini spt diwarisi oleh faktor genetik...
tanggapan umum..bila senior ja..tunjuk kuasa..junior seolah2 dah dipaksa utk ikut ja..( tapi x semua org g2 )..kalo tiada status status jr n sr kan bgs..kita just hormat ja satu sama lain..

Ariff @ Clever berkata...

Assalamualaikum...
isu yang tak pernah hilang dari fikiran manusia. Selagi kita tinggal di asrama inilah wadah kita. Selagi adanya mereka yang merasakan hebat, bagus dan berkuasa perkara ini akan terus berlaku.

Namun perkataan senior dan junior tak perlu dihapuskan. Jika tidak bagaimana untuk kita membezakan siapa yang perlu dihormati dan siapa pula yang perlu dikasihi. Konsepnya sama seperti tua dan muda.

Saya berpendapat jalan terbaik adalah dengan bertolak ansur. Penghormatan itu bukanlah sesuatu untuk kita minta tetapi untuk kita beri.

Dengan sekuntum senyuman sahaja mampu melembutkan kebatuan hati seseorang. Ia juga boleh menundukkan keegoan seseorang. Sama-samalah kita senyum antara satu sama lain. Tidak kira junior atau senior.

Ahmad Fahmi berkata...

salam,,,, benar2,,
senyuman itu penghapus segala kedukaan, namun harus diingat, jangan berikan senyuman sinis semasa berhadapan orang, tetapi berilah senyuman seikhlas hati.