Follower

20091229

Subhanallah... Sungai Dibawah Lautan

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

20091228

Program Motivasi Kecemerlangan

Syukur alhamdulillah kerna hari ini ana diberikan sedikit ruang utk menulis lagi dalam blog ana ini. Pada 25hb Disember 09 hingga 27hb Disember 09 yg lepas, ana telah diberikan masa dan tanggungjawab utk menjadi ketua fasilitator bagi satu program yang dinamakan Program Motivasi Kecemerlangan yang diadakan di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Ar-Rahimah dengan kerjasama Smart Intellect Consultant. Sbnrnya cikgu azmi, cikgu ana di sekolah menengah ana dulu merupakan pengurus bagi syarikat ini. Oleh itu, ana telah diberikan tanggungjawab oleh cikgu azmi.

Ana mula bergerak ke Masjid Ar-Rahimah pada hari jumaat. Pengalaman menuju ke masjid tersebut dengan menaiki motor telah memberikan ana pengalaman yg begitu berharga. Ana telah sesat sebanyak 3 kali semasa menuju ke Masjid tersebut. Dan akhirnya barulah ana sampai ke tempat yang dituju

Program selama 3hari berjalan dengan lancar. Dan sudah pasti ada pahit dan manisnya. Malam yang pertama telah memberikn pengalaman yg amat bermakna bagi ana. Xsangka rupa2nya adik2 ana ini semuanya mempunyai tenaga yang byk hingga mereka mula tdo pada pkl 4.30 pagi. Pening kepala ana menunggu adik2 fasi ana ini tido.

Selain itu, sewaktu riadah dijalankan, ana rasa begitu seronok hingga ana mengajarkan adik2 ana ini senaman tumbuk kanggaru dan tumbuk gorila. Hehehe,,,, ramai yang tergelak semasa kami menjalankan aktiviti riadah ini.

Perkara yg paling ana ingat sepanjang program adalah pada hari kedua program. Sesi LDK kedua bermula pada pkl 11. Dalam sesi LDK 2 ini, ana telah mengajar kepada adik2 ana perkara berkaitan dengan matlamat. Ana ajarkan bagaimana cara kita boleh menggapai matlamat kita.

Ana beritahu kepada adik2 ana ini, kita perlu fikir langkah2 utk kita capai matlamat, halangan2 yg perlu kita harungi utk capai matlamat dan langkah2 utk kita atasi halangan tersebut supaya kita boleh capai matlamat yg kita tetapkan. Apa yg ana ajarkan ini merupakan perkara asas bagi kita dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup ini.

Pada petang hari kedua pula, eksplorasi minda dijalankan. Sebenarnya ana sendiri pening memikirkan bagaimana nak jalankan eksplorasi minda ini, akan tetapi berkat daripada ILAHI, ana berjaya juga fikir aktiviti yang boleh dijalankan. Antara aktiviti yang ana jalankan ialah telefon rosak dan mendirikan batu menggunakan sehelai kertas A4. Ramai yang pening utk jalankan aktiviti ini namun akhirnya semua kumpulan berjaya menjalankan aktiviti tersebut. Syukur alhamdulillah...

Bagi ana pula, sepanjang program ini dijalankan, ana mendapat banyak pengalaman. Antaranya bagaimana menjadi seorang ketua fasilitator yang berkesan dan bagaimana menguruskan sesuatu program dengan jayanya. Syukur lah kerna program ini dapat berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman yang banyak kepada ana.

Terima kasih ana ucapkan kepada cikgu azmi, kak dila, kak aida, kak sa, tiqah, shafiqah, ummu, epi, peja, lukman, fendi, lukman dan shafiq kerna telah bersama dengan ana dalam menjayakan program ini. Jasa anda semua xkan saya lupekan.

akhir kata dari ana, selamat tahun baru 2010. Tahun Baru, Azam Baru.


20091224

Tahun Baru, Azam Baru, Hijrah Baru

syukur kehadrat ilahi kerana dgn limpah dan kurnianya ana diberikan peluang utk menulis serungkai kata dalam blog ana ini.

tak lama lagi, tahun baru masihi menjelang tiba. sebelum itu, mungkin belum terlewat untuk ana ucapkan salam tahun baru hijrah. seperti yg kita sedia maklum, tahun hijrah dan tahun masihi banyak bezanya. jika dalam tahun hijrah, jumaat itu cuti wajib bagi setiap muslim manakala bagi tahun masihi hari ahad itu cuti wajib bagi semua manusia.

sebenarnya, bila berkata tentang tahun baru ini, pasti kita xleka dan xlupa utk bertanya, apa azam baru kita untuk tahun baru nanti? dan pasti ada bermacam2 jawapan. ada yg mahu menjadi lebih baik dari tahun lepas, ada yg mahu mencari kerja yg lebih mendatangkan gaji yg besar dan ada juga yg mahu menambah bilangan isteri / awek.

walau apa pun azam kita, harus kita ingat, ADAKAH AZAM TAHUN INI TELAH KITA LAKSANAKAN DAN KITA CAPAI ATAU TIDAK??? jika azam tahun ini masih tidak dapat kita capai, maka teruskan usaha kita, bawa azam tahun ini kepada tahun baru.

namun harus kita ingat apabila tahun baru, maka kita juga perlu melakukan hijrah dalam kehidupan kita. hijrah dari segi sikap kita, perlakuan kita, pemakaian kita dan tatacara kita. hal ini kerna umur manusia semakin meningkat bukan semakin menurun. tatkala tahun baru menjelma maka semakin tua setiap insan di atas muka bumi ini. maka dengan itu jugalah manusia ini perlu berhijrah menjadi sesuatu yg lebih baik.

hijrah ini perlu kita lakukan bukan pada tahun baru sahaja tapi juga pada tiap hari baru yang mendatang. bagi seorg muslim, jika sebelum ini solat 5 waktu kita jarang cukup maka kita perlu berhijrah utk menunaikan solat 5 waktu secukupnya malah ditambah dengan solat2 sunat.

jika sblm ini kita sentiasa melawan ibubapa maka kita juga perlu berhijrah dengan menjadi semakin menghormati ibu bapa kita. dan apa yg penting dalam semua hijrah yg kita lakukan, hijrah tersebut perlulah menjurus kepada satu hijrah yang membawa kepada kebaikan bukan saja kepada diri kita bahkan juga kepada diri orang lain yang berada didunia ini.

akhir kata dari ana, ingatlah:

celakalah manusia yang hari ini lebih teruk dari semalam
rugilah manusia yang hari ini sama dengan semalam
beruntunglah manusia yang hari ini lebih baik dari semalam



20091218

Perihal Anak Derhaka

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)"

Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya:
"Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya."

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.


Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari:
“Sebesar - besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.


Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?


Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.


Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak - kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.


Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.


Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”


Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.


Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.


Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.


Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.


Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.


Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.


Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.


Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.


Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.


Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup - hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."
Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.

~diambil dari peti mail~

20091203

Mengumpat Dan Fitnah

Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12)

RasulAllah SAW bersabda;
Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.

Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.

Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya) .

Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.

Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;
Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.

Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, “Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya”.

Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.a berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera Rasulullah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!”

Telah bersabda RasulAllah SAW;
Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan; Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat.

Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;
Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.

Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya.

Lelaki itu tadi berkata, “Bagaimana keadaan saudaraku?” Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “Ceritakan padaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah”. Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah”.

Abu Hafsh al-Kabir berkata,
“Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang”, lalu dia berkata, “Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat Allah”.

Telah berkata Ka’ab ra., “Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka”.

Allah SWT berfirman; Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela. (Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)

Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;

Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.

Rujukan:
Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.