syukur kehadrat ilahi kerana ana diberikan peluang untuk berbicara sebentar pada hari ini. minggu ini merupakan minggu yang memenatkan bagi ana. buat pertama kalinya ana menjalani praktikum selama sebulan yang bermula pada hari ahad lepas. sebelum praktikum, ana telah bersemangat untuk menjalani sesi mengajar ini. semuanya kerana jiwa ana yang suka mengajar anak2 kecil yang akan menjadi pemimpin negara kelak.
bagi sesi praktikum fasa 1 ini, ana dibimbing oleh guru pembimbing yang hebat iaitu cikgu zakaria. syukurlah, beliau seorang yang amat sempoi dan sentiasa memberikan kerjasama kepada ana. lupa pula ana nak bgtahu, ana menjalani sesi praktikum di Sekolah Kebangsaan Apal. sekolah yang boleh dikelaskan sebagai sekolah sederhana murid kerana setiap darjah cuma ada 2 kelas sahaja.
cikgu di sekolah ini, baik2 semuanya. semuanya memberikan komitmen dan kerjasama kepada ana dan rakan2. insyaallah, kerjasama ini akan kekal selama2nya. dalam sesi praktikum ini juga, ana diberikan tanggungjawab mengajar 4 Teratai dan 5 Murni untuk mata pelajaran kajian tempatan dan pendidikan sivik. bertambah siviklah ana sewaktu mengajar adik2 ini. banyak perkara yang berlaku, dan semuanya menggembirakan ana. membuatkan ana tersenyum keseorangan tiba2 apabila teringat perkara tersebut.
pada hari khamis hingga tengahari catatan ini ditulis iaitu pada hari sabtu, ana telah menghadiri jemputan menjadi fasilitator bagi Kem Motivasi Kepimpinan Pelajar 2010 di SK Alor Lintah, Besut. dalam program ini, ana diberikan tanggungjawab oleh abg kir dan abg din utk menjadi kem komandan.
ramai fasi yang terlibat dalam kem ini, antaranya zuhairi, shamel, emir, bad, noor, wani, saa dan sal. semuanya fasi2 yang mantap dan meletup. hehehe,,,,,,
semasa program berlangsung, ana masih mengekalkan nama ana dalam setiap program yang ana pergi. ana kenalkan diri ana sebagai abg fahmi @ abg kacaq. pasti ramai yang tertanya, kacaq sangat ke? hehehe,,, sebenarnya KACAQ tersebut ada maksud tersendiri, biarlah ana jua yg mengetahui. =P
ramai yang tergelak dengan tingkah laku ana semasa program berlangsung, fasi dan peserta sama2 tergelak dengan telatah ana. tidak ana nafikan yang ana tidak pandai berbuat lawak dengan orang dewasa, namun bagi membuat seorang kanak2 ketawa, insyaallah ana mampu.
dalam kem ini, ana diberikan tanggungjawab mengetui slot pembahagian kumpulan dan slot kembara bermisi. walaupun ada beberapa perkara yg berlaku, namun bagi ana, ini adalah percubaan pertama utk di peringkat sekolah rendah. ada beberapa kelemahan dan insyaallah ia boleh di perbaiki lagi kelak.
ana juga diberikan peluang oleh nor, ketua fasi kem ini utk mengetuai slot recall pada hari sabtu. ana mulakan slot ana dengan meminta adik2 menulis surat kepada abg2 dan kakak2 fasi. banyak yg menulis surat dengan ayat yg lebih kurang sama, tp xde mslh sbbnya semuanya masih lagi di sekolah rendah, maka kurang sedikit dalam menulis karangan.
selepas slot menulis surat ini, ana bawa adik2 ini utk melihat mengenai kawan mereka. ada yg menangis dan ada yg tidak. bg ana, bila ada yg menangis ia sudah membuktikan sedikit kejayaan pada ana. selesai mengenai kepentingan sahabat. ana minta adik2 tulis surat dan azam mereka kepada ibubapa mereka. ramai yang ana lihat menulis dengan bersungguh2. seronok jua pabila ana lihat keadaan ini.
selepas sahaja sesi majlis penyerahan watikah oleh inspektor dari IPD besut, ana minta pengacara beritahu kepada ibu bapa dan adik2 tggu sebentar di dewan. dan ana mulakan langkah ana, menyedarkan adik2 mengenai sayangnya ibubapa mereka kepada mereka. ada adik2 yg menangis dan ada juga ibu bapa yg ana lihat menitiskan air mata apabila mendengar bait2 ucapan ana.
ini sbnrnya kali pertama ana menjadi seorang fasi slot seperti ini. dan bagi ana, jika diberi gred ABC, ana rasa ana dapat B. dan ia sudah amat baik bagi ana yg pertama kali melakukan sesi slot ini.
sepanjang program ini, ana harapkan semua adik2 ana ini, belajar rajin2 dan menghormati ibubapa mereka. dan inilah perkara yg ana tekankan selama program ini berlangsung.
sedikit gambar utk tatapan anda semua:~
Bersama adik2 yg baik2. yg baju putih tu, nama dia Aiman. muka dia sama macam adik angkat ana yg bernama syafiq. ^^
surat daripada salah seorang peserta kepada ana.
ini pula surat daripada aiman kepada ana. dia antara adik fasi yg ana sayang pada kem ini.
lukisan daripada murid 4 Teratai. katanya ini muka ana. xsangka,, hensem jugak ana ni. hehehe,,,,,
surat daripada salah seorang peserta kepada ana.
ini pula surat daripada aiman kepada ana. dia antara adik fasi yg ana sayang pada kem ini.
lukisan daripada murid 4 Teratai. katanya ini muka ana. xsangka,, hensem jugak ana ni. hehehe,,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan