Follower

20100315

Sekadar Cebisan Minda Yang Rendah

syukur ke hadrat ilahi kerana ana diberikan peluang utk kembali manulis di blog ana ini. bukannya ana sibuk dalam kehidupan sehari-hari tapi kerna tiada isu dan perkara yg ingin ana kupaskan dan kongsikan bersama. dan kerna hari ini, ana ada masa yg terluang, maka ana rasakan tidak ada salahnya utk ana menulis.

utk pengetahuan semua, sekarang ini ana sedang dalam cuti kuliah. biasalah, sebagai seorang bakal guru, apabila muridnya cuti, maka cikgu pn bercuti juga. inilah untungnya jadi cikgu. hehehe,,,,,,

sebelum cuti, ana ada bersembang dengan beberapa adik-adik junior ana, perempuan kesemuanya. (ini xbermakna ana gatal yer. hehehe,,,,,) topik yg ana bincangkan mengenai KAHWIN. hantaran dan pinangan. semuanya mengenai pandangan ana sahaja. xde kaitan dengan orang lain. jadi bila ana kongsikan disini, harap xde yang marah ana. ^^

bila berkata mengenai hantaran, kebanyakannya muslimah pasti menjawab nak lebih dari sepuluh ribu, belas2 ribu. apabila ditanya kenapa nak berpuluh2 ribu?? jawapannya mudah, barulah nampak yang kita ni perempuan yang baik.

dah macam jual barang pulak ana rasa. makin cantik, makin baik, makin mahal? kalau murah, adakah tandanya xcantik, xbegitu baik dan xmenepati ciri2 muslimah yg soleh? jika beginilah pemikiran kita, makin kuranglah isteri yang berkualiti dan menepati ciri2 hukum syarak. sebab yang dijaga adalah kecantikan, ciri2 seperti memasak, mengaji dan mendidik adakah masih diambil kira?

berapa ramaikah perempuan cantik, yg menjaga tangan dari terkena sabun, menjaga muka dari terkena panas, dan menjaga kaki dari lecak, yg tahu utk memasak? mengemas rumah? dan mendidik anak2 mereka kelak?

persoalan ini perlu kita fikirkan bersama,,,,,, kebanyakan ibu bapa, beranggapan seperti yg ana utarakan diatas. perkara seperti anaknya reti memasak, mengemas rumah dn mendidik adakah diambil kira? pastinya tidak.

bagi ana, seorang perempuan yang baik adalah semakin murah hantaran pinangannya. bukannya ana menyebelahi seorang lelaki kerna ana juga lelaki tapi kerna ana merasakan pemikiran kita perlu berubah.

adakah dengan wang hantaran pinangan yg mahal, anak2 kita akan hidup bahagia selepas itu? rasanya tidak...
adakah dengan wang hantaran pingangan yg murah, anak2 kita akan merana hidupnya selepas itu? rasanya tidak...

sebenarnya, ana pernah melihat situasi meminang. ada satu ayat yg masih ana ingat semasa penentuan kos. ibu bapa pengantin perempuan berkata "saya bukan nak jual anak, bagi saya biarlah kosnya boleh ditanggung oleh pihak lelaki. yg penting mereka bahagia selepas perkahwinan nanti"

bila kosnya mahal, sudah umpama menjual anak. orang sekeliling pasti akan rasa kagum jika anak kita dipinang dengan kos yg mahal, namun fikirkan pula bagi pihak lelaki pula. adakah senang utk mereka mencari wang sebanyak yg kita mahukan itu?

pasti ada ibu bapa yang berkata, "itu dia pnye pasal la, dia yg nak kawin dgn anak ak, kena la ikut berapa aku nak." jika beginilah pemikiran ibu bapa tersebut, maka tingkat pemikiran moral ibu bapa ini mungkin berada pada tahap rendah atau sederhana.

cuba bayangkan lagi, sedang elok2 anak perempuan anda ingin dipinang, pihak lelaki terpaksa membatalkan hasrat utk meminang. betapa malu rasanya pada masa tersebut.

bagi ana, kita perlu berubah. terutama golongan perempuan yg belum berkahwin. fikirkan mengenai bakal suami anda dan diri anda kelak. apabila anda sama2 berfikir, maka barulah anda dapat merancang bagaimana kehidupan anda kelak.

sampai sini sahaja utk kali ini, sama2 kita renung2kan dan selamat beramal ^^

Tiada ulasan: