Follower

20110720

Kebaikan Ais Selepas Makan


Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan.

Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.


Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat.

Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan.


Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.


Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis.


Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.


Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta.


Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.


Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.


Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.


Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.


Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia.

Artikel iluvislam.com

Tiada ulasan: