Follower
20110717
Kekecewaan Dalam Kegembiraan
Mungkin ada yg pelik tengok tajuk ni. tapi inilah tajuknya. Dalam kegembiraan pasti ada kekecewaan. Sama juga halnya dengan blog ini, banyak perkara yang telah saya terlepas untuk mencatatkannya disini. walaupun gembira dengan jumlah follower yang semakin ramai, namun terkecewa dek kerana pengunjung dan artikel yang kurang menerjah diri ini. Namun, mungkin ini salah diri ini kerana tidak rajin mencatat dan menekan papan keyboard untuk menambah sebarang dua artikel.
Dalam beberapa minggu ini, beberapa program telah saya jalankan di sekitar besut, terengganu. Ada antaranya yang membuatkan saya gembira, namun ada juga yang mengecewakan. Dalam satu program yang saya jalankan, ada kegembiraan di wajah ini kerana berjaya menyampaikan intipati ceramah yang perlu disampaikan kepada sasaran ceramah saya.
Namun terkecewa hati ini kerana saat melaksanakan Muhasabah Diri, diri ini tidak berjaya menimbulkan banyak kesedaran pada diri murid. ramai yang tidak menangis atau dapat sama-sama berlayar bersama saya dalam slot Muhasabah Diri. Terkesima diri ini memikirkan kegagalan diri ini. Terus jatuh semangat yang mulanya tinggi dalam bidang ini, namun tetap juga diri ini cuba meneruskan.
Sesungguhnya, memang banyak dugaan yang berlaku dalam beberapa bulan ini, yang mana telah mengehadkan pergerakan saya. Antaranya, patah tulang bahu "klavikel" yang menyebabkan diri ini sukar untuk menggunakan tangan kiri. Pergerakan yang terhad, menyebabkan semangat diri ini menurun, ditambah pula dengan faktor2 lain, maka bertambah2 lah turunnya semangat diri.
Tapi pada sabtu yang lepas, diri ini mendapat sedikit semangat dan pujian dari beberapa orang yang memuji diri ini kerana kaedah penyampaian ceramah yang mampu memikat hati. Alhamdulillah, ini menjadi pengubat duka diri ini. Namun banyak lagi perkara yang perlu diri ini perbaiki.
Mungkin diri ini tidak sehebat mana, tapi saya mencuba untuk melakukan yang terbaik. apa yang pasti, diri ini sentiasa berdoa dan berharap agar diri ini dapat menabur bakti kepada ibu bapa dan anak bangsa yang ada diluar sana.
Diri ini akan cuba membiarkan kekecewaan ini menjadi pendorong kejayaan diri ini kelak. dan berharap supaya segalanya usaha yang diri ini lakukan, akan dipermudahkan oleh Allah Ya Rabbi.
Amin.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan