Follower
20080401
HURU-HARA TANDA HAMPIRNYA KIAMAT
Malapetaka yang melanda dunia hari ini memberikan satu isyarat kepada
kita bahawa usia dunia sudah semakin lanjut ibarat seorang tua yang
pernah digambarkan di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Jika ketika itu usia dunia diumpamakan dengan seorang wanita tua yang
sudah bongkok, bagaimanakah pula wanita tua itu di waktu ini?
Fenomena ketidakstabilan alam yang berlaku saban hari waktu ini
seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Gempa bumi, tanah runtuh,
banjir besar, peperangan, pembunuhan, kemalangan maut dan kesuburan
maksiat semakin menjadi-jadi.
Sebagai contoh banjir kilat yang melanda di tengah-tengah kesibukan
kotaraya Kuala Lumpur. Meskipun kecanggihan teknologi yang digunakan
didakwa boleh membendung kejadian ini dari berlaku namun kuasa Allah
(SWT) tiada siapa dapat menghalangnya.
Sebagai seorang muslim yang beriman, kacau bilau yang berlaku tidak
seharusnya dibiarkan berlalu tanpa sebarang iktibar dan renungan.
Mengaitkan apa yang berlaku hanya dengan perubahan cuaca global dan
faktor alam semulajadi hanya membutakan iman kita.
Jika diteliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w pastinya
terdapat panduan yang boleh memberikan penjelasan mengenai suasana
yang berlaku hari ini.
Sabda Rasulullah s.a.w, ⤽Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah
harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah
dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah
al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan!
Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali⤠. (Riwayat Ibnu Majah)
Perkataan al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia
merangkumi makna yang lebih luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau
bilau yang berlaku. Sebabnya semua suasana ini boleh membawa kepada
hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup manusia. Dalam erti kata
lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia.
Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, " Barang siapa
yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan
matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah) : (Apabila matahari
digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit
berkecai/terbelah) ". (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).
Ketiga-tiga ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah
surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir
Allah (SWT) s.w.t menyatakan bahawa pada hari kiamat matahari yang
gagah di langit akan digulung, bintang-bintang akan jatuh berguguran,
gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah (SWT) juga
menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap.
Di dalam surah Al-Infitar pula Allah (SWT) menambah lagi penjelasan
tentang fenomena kiamat dengan menyatakan akan terbelah dan
terburainya langit kemudian bumi akan memuntahkan apa yang dikandungnya.
Begitu juga di dalam surah Al-Insyiqaq, Allah (SWT) menjelaskan sekali
lagi bahawa langit akan terbelah manakala bumi akan menjadi rata
akibat kehancuran gunung-ganang dan bukit-bukau.
Menariknya di dalam ketiga-tiga surah ini dijelaskan bahawa ketika
berlakunya suasana kacau bilau ini barulah manusia teringat akan apa
yang telah dilakukan dan diabaikan. Di saat itu barulah timbul
kesedaran dan keinsafan. Namun semuanya telah terlambat kerana pintu
taubat sudah tertutup.
Setiap manusia akan berdepan dengan mahkamah Allah (SWT) yang tiada
langsung peluang untuk menipu dan berbohong. Setiap wajah akan tunduk
memandang bumi, menunggu perbicaraan di Mahkamah Allah (SWT). Apakah
selamat atau sebaliknya?
Membaca ketiga-tiga surah bukan sahaja boleh memberikan ilmu tentang
fenomena kiamat malah boleh menimbulkan kegerunan dan ketakutan
terhadap situasi dahsyat yang akan berlaku.
Cuba lihat matahari yang gagah di atas langit yang akan
bergulung-gulung. Bayangkan pula langit yang kukuh akan terburai dan
memuntahkan bintang-bintang hingga gugur ke bumi. Apakah ia tidak
menggerunkan kita?
Perkara yang paling menakutkan apabila Allah (SWT) bertanya: (Apakah
yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada
Tuhanmu Yang Maha Mulia). (Al-Infitar: 6).
Ayat ini seolah-olah satu tempelak terhadap manusia yang tidak mahu
insaf meskipun peluang diberikan seluas-luasnya ketika hidup di dunia.
Gambaran ketakutan ini dinyatakan oleh Allah (SWT) dengan menggunakan
bahasa kiasan. Firman Allah (SWT), Dan apabila unta-unta bunting
ditinggalkan. (At-Takwir: 4).
Unta adalah harta paling berharga di tanah Arab pada zaman baginda
s.a.w. Unta merupakan kenderaan kelas pertama yang terdapat ketika
itu. Apa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah, ketika berlakunya
kiamat setiap manusia akan takut dan risau dengan nasib diri sendiri
hingga lupa kepada harta benda dan kemewahan yang dimiliki.
Begitulah sebahagian dari gambaran panjang lebar yang dijelaskan oleh
Allah (SWT) s.w.t. tentang fenomena hari kiamat di dalam ketiga-tiga
surah di atas. Bagi seorang yang beriman pencarian tentang bila
berlakunya hari kiamat adalah merupakan kerja sia-sia, malah ia boleh
membawa kepada kesesatan akidah.
Justeru apabila Nabi s.a.w ditanya oleh Jibril a.s tentang bila
berlakunya kiamat, Baginda menjawab: ⤽Yang bertanya lebih tahu dari
yang ditanya. Kerana baginda s.a.w hanya dimaklumkan tentang
tanda-tandanya sahaja⤠. Tarikh berlakunya kiamat hanya menjadi
rahsia Allah (SWT) yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan