"Teringat pesan ayahanda...
Teringat pesan ayahanda...
"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat,
gantikanlah
dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun
dari
mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya
Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita
ini
hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.
Apakah
bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita
mengejar
kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang
sebenar..
apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut
menagih
ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita
cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,
peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian
Allah
kepada
kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah
bala!!
Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka,
adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa
kita ke
Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita! adalah kerana usaha
dan
ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,
bijak,
rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang
ada
pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu
akan
menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita
seorang
Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah
walau
sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran
airmata
kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa
minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...
Tidakkah kita
berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada
Rasulullah.. .
Siapa diri kita sebenarnya!! !! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang
berasal
dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan
Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih
mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah
kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita
kerana
gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus
mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan
umat
Islam
jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah.. . sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang
tidak
berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Dosa!!!
Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh
menghapuskan
dosa
seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????
Siapakah
kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah
kita
berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita
terlalu
mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan
mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup
aurat? Kita
solat .... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... **
kita
yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita
yakin
di
akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum
sekarang? Kita
ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam
SPM, PASCAL,
LOGIK, TITAS, C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantun kita
menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita
mulia
sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita
yakin
Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah
kerana
menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa
hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah
menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul
maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......! !!!
Siapa kita....????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan