Follower

20080424

Wudhu batin dan solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,

sangat warak dan khusyuk solatnya.

Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau

ibadahnya kurang khusyuk

dan selalu bertanya kepada orang yang

dianggapnya lebih ibadahnya, demi

untuk memperbaiki dirinya yang selalu

dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis

seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan

bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah

caranya tuan solat?'


Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat,

aku berwudhu zahir dan batin.'



Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin

itu? '



Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa

iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.

Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan

tujuh perkara:-



>: * Bertaubat

>: * Menyesali dosa yang telah dilakukan

>: * Tidak tergila-gilakan dunia

>: * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

>: * Tinggalkan sifat berbangga

>: * Tinggalkan sifat khianat dan menipu

>: * Meninggalkan sifat dengki.'



Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke

masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap

kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan

aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,

Syurga di sebelah kananku,

Neraka di sebelah kiriku,



Malaikat Maut berada dibelakangku,

dan aku bayangkan pula aku seolah-olah

berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'

dan menganggap bahawa solatku kali ini

adalah solat terakhir bagiku,

kemudian aku berniat dan bertakbir

dengan baik.'





'Setiap bacaan dan doa didalam solat,

aku faham makna nya

kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,

aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku

memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat

selama 30 tahun.'


>: Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana

> : membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila

> : dibanding-kan dengan Hatim

Tiada ulasan: