Follower

20081211

Pemuda yang Berani Menegur Khalifah

Lihatlah bagaimana seorang remaja di masa Umar bin Khattab bersikap lantang dan berani menegur Khalifah. Kisahnya adalah sebagai berikut:

Pada suatu hari Saidina Umar berjalan-jalan bersama beberapa orang sahabatnya. Beliau melihat sekumpulan remaja sedang asyik berbual-bual dan bermain, sedangkan ada salah seorang daripada mereka berdiri di tepi jalan. Remaja itu tidak turut bermain bersama rakan-rakannya yang lain.

Umar berasahairan melihat telatah remaja yang seorang ini. Tapi hal ini yang justeru menarik hatinya untuk menyiasati perkara ini.

Mengapa remaja itu tidak menyertai rakan-rakannya yang lain dengan berseronok-seronok. Mengapa ia menyendiri dan menjauh dari rakan-rakannya. mengapa pula ia hanya memerhati sahaja rakan-rakannya? Kenapa? Inilah soalan-soalan yang bermain di kepala Umar bin Khattab dan cuba untuk diselidikinya.

Umar lalu menghampiri pemuda itu dan memegang bahunya sambil berkata: "Wahai pemuda, sila berikan jalan untuk kami."

Tanpa disangka-sangka pemuda itu menatap wajah Umar dengan pandangan mata yang tidak berkedip sedikit pun. Ingin rasanya Umar mengherdik belia tersebut kerana tidak sewajarnya menetap wajah orang tua dengan pandangan bagai serigala lapar. Tetapi rasa sayangnya kepada golongan muda menghalang Umar berbuat begitu. Dipandang demikian, Umar balik memandang remaja itu dengan senyuman dan kasih sayang.

Tiba-tiba remaja itu terus berkata: "Wahai Amirul Mukminin! jalan ini luas tetapi engkau tidak menghiraukannya dan sebaliknya engkau menghampiriku dan menyuruhku memberi laluan. Apa sebenarnya maksudmu?

"Aku melihat engkau tidak turut bermain bersama rakan-rakanmu. Apa yang menyebabkan kamu begini, adakah mereka bersikap kasar atau menyakiti hatimu?" tanya Umar.

Pemuda itu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, adakah untuk ini kita dijadikan oleh Allah S.W.T?"

Umar berpura-pura bertanya kepada pemuda itu pula: "Kalau begitu untuk apa sebenarnya kita dijadikan oleh Allah S.W.T? Bukankah di usia seperti kamu ini adalah berseronok-seronok sperti rakan-rakan kamu yang lain? Atau mungkin kamu sedang bersedih hati kerana tidak dapat bersama mereka?"

Pemuda itu berkata dengan lantang: "Kita dijadikan untuk beribadat bukan untuk berseronok-seronok. Umur kita pendek, Wahai Amirul Mukminin."

Mendengar jawapan tadi menyebabkan air mata Saidina Umar mengalir dan beliau terus terduduk di atas tanah. Belum pernah seumur hidup beliau sehinggalah dilantik sebagai Khalifah mendapat teguran dan nasihat dari seorang permuda yang petah dan cerdik itu. Inilah julung kali beliau mendapat teguran dari seorang pemuda.

Setelah disiasat siapa pemuda yang berani dan cerdas itu, akhirnya diketahui bahawa pemuda itu adalah Abdullah bin az-Zubir, iaitu cucu Abu Bakar As-Siddiq.

Abdullah adalah anak kepada sahabat Nabi s.a.w yang utama iaitu Az-Zubir dan Asma' binti Abu Bakar. Setelah mengetahui asal-usul dan salasilah kanak-kanak itu barulah Umar menyedari tentang kecerdasan dan keberanian pemuda itu.

Sememangnya ia pemuda yang pintar kerana lahir dari keturunan yan pintar, benar dan kuat memegang amanah. Abdullah lahir dari keturunan yang kuat memegang agama dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip kebenaran.

Saidina Umar berkata: "beruntunglah Zubir dan Asma'a binti Abu Bakar kerana melahirkan anak seumpama pemuda ini yang mempunyai sifat bijak dan berakal cemerlang."

Tiada ulasan: