Follower

20081202

lama tak update..

syukurlah, dah berapa lama xde masa nk update n skrg diberi kelapangan untuk menaip di depan laptop yg baru je rosak skrinnye.

mungkin laman ne patut tukar nama kot, dari mietazkirah tukar jd diariofmie kot? entahla,, dlm tempoh beberapa bulan ne, byk sgt keje yg perlu aku lakukan. Bermula dari exam yang insyaallah bagi aku senang hingga la yang susah2 belaka. tp apa nk buat, aku hanya seorang pelajar, susah ke senang, kene jawab gak exam. itulah adat orang belajar.

seperti biasa, IPG pantai timur mula cuti 14hb Nov. tp aku plak kene balik lambat. kenape? tu lah, suruh jgn jd JPP, kene paksa jadi, mulut xbiasa menolak, tu yang susah tu. hehehe,,,,,,,, tp seronok gak, dari 14 sampai 17 nov aku berada kat sg petani kedah. tido hotel le kite oiii... hehehe,,,,
kat hotel tu ada kursus kepimpinan jpp. klu ikut hati, aku xnk pg, tp apakan daya, aku jd jpp kene la pg. tp bile pk pasal modul2 yg ada, aku jd semangat nk pegi. dan syukur alhamdulillah, byk modul yang aku dpt. dari sume modul tu, aku ubah sikit2 dan aku bukukan dalam satu folder. dan bila perlu, boleh aku gunakan semua modul2 aku tu.

dalam 18hb, aku sms cikgu azmi, orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan minat aku menjadi seorang penceramah n fasilitator. dulu masa sekolah, aku duduk bawah dia dalam Kelab Remaja JIM. so, sampai sekarang aku still contact dia utk tanye ada program yang boleh aku jd fasi masa cuti tak. then bila sms aku dapat tahu hari jumaat 21 NOv sampai ahad (23nov) ada kem. fasi sepenuh masa diperlukan. kem dia bercorak expedisi. jadi transport diperlukan. disebabkan aku takde transport, terpaksalah aku pendamkan je hasrat nk jadi untuk program tu. tp syukurlah sebab cikgu azmi cakap ada program 25 - 27NOv dgn kerjasama Bank Negara Malaysia, fasi amat diperlukan. sbb dekat dengan rumah, aku ambil amanah jadi fasi. dan alhamdulillah, mak cik fauza (penganjur /penasihat program) setuju amik aku sbb dia perlukan fasi.

pada 21hb Nov, aku pegi training dkt Tadika Alhidayah Learning Centre untuk program KEM PINTAR SOLEH. dlm program ne ada aktvt berasaskan sains so memang seronok la dengan latihan berasaskan sains ne. aku dulu waktu sekolah tak buat pon aktiviti macam bakal peserta ni nak buat. itu yang meransang minat aku lagi tu. Dalam training tu, aku kenal tiga orang fasi dari tempat berlainan yang semua tak kenal satu sama lain, bertambah kenalan aku. apa aktiviti dalam training tu? tak payah la beritahu, kalau nak tahu, jemput aku jadi fasi baru aku beritahu. hehehehe,,,,,,, dalam pada tu, banyak jugak alatan yang dapat aku bawak balik.

tiba hari yang ditunggu - tunggu, aku fikirkan peserta yang datang tu tak ramai budak 5 hingga 7tahun sebab aku diberitahu peserta berumur 7 hingga 12 tahun. untuk pengetahuan semua, aku jadi fasi selalunya untuk mereka berumur 12 hingga 19 tahun. tapi bila dengar budak berumur 5 hingga 12, aku terkejut sangat2. tak tahu nak buat macam mane. tapi aku anggap ini sebagai cabaran. masa sampai di SK Sultan Hishamudin Alam Shah KL, aku sampai no 4 awal. ada fasi yang sampai lebih awal, tp aku tak kenal sangat masa tu. nama yang lelaki faiz n naim, yang perempuan? tak payah la diberitahu. hehehehe,,,,,,,

sampai masa dinanti waktu pendaftaran, ramai sangat adik2 yang comel2 datang. tak tahan rasanye nak cubit pipi mereka ne, tp kene tahan gak. tidakkan ku tergoda dengan nafsu tangan ini. hehehehe,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
aku diminta jadi pengerusi bagi tempoh tiga hari ne. maksudnye aku jadi pengerusi majlis dan MIC yang ada tu, aku yang punya, bukan ahmad Albab yang punya. hahahahaha,,,,,,,, baru je mula majlis aku dah nampak mane yang hyper aktif. memang penat la fasi yang jadi abg fasi budak2 ne. ke sana, ke mari, semua tempat dia pegi, tak kira masa dan ketika. tapi nasib baik, hyper aktif mcm mane pon, mereka punye IQ, memang tinggi. so, takde la rasa nak marah dengan mereka ne.

dan waktu jadi MC ne, memang IQ aku kene dibawa ke taraf kanak2 n aku kene pk byk aktvt untuk budak2 ne. nasib baik otak aku ne cepat pick-up sikit, so byk la aktvt yang dapat aku buat. selama tiga hari program, byk modul yang aku gunakan dan insyaallah kebanyakan modul n game yang aku buat tu akan aku gunakan masa aku jadi fasi untuk mane2 program nanti. sewaktu hari terakhir program, memang aku rasa sedih sikit, sebab nak berpisah dengan budak2 yang comel2 ne. tp apakan daya, setiap pertemuan ada perpisahan, jadi aku kene terima semua ni.

waktu post-mortem terakhir dengan semua fasi, aku bersyukur sebab aku sentiasa dapat melaksanakan apa yang aku perlu laksanakan dan menerima pujian sebab mampu buat banyak aktiviti yang mereka sendiri tak terfikir nak lakukan. mungkin itu kelebihan yang ALLAH kurniakan dekat aku. alhamdulillah.... dalam postmortem tu, aku minta maaf jika ada terguris sesiapa masa program dijalankan. aku akui setiap kali diri ini berbicara pasti ada hati yang terguris dan setiap kali itulah, aku merasa bersalah pada diri. syukurlah, mereka memaafkan kerana tiada apa yang aku katakan yang mengguris diri mereka.

apa yang lebih penting, aku dapat pengalaman yang melampaui batas yang aku fikirkan. dan banyak benda yang berjaya aku ciptakan untuk aku jadikan modul aku sendiri. seronok rasanya bila berjaya buat modul. dan itulah hasil dan ganjaran yang paling aku suka bila aku pergi program tu. dan program tu pon berjaya dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak.

pada hari ahadnya, 30hbNOv, sepatutnya aku ada program dengan rumah anak yatim tp terpaksa aku tolak kerana ada jemputan walimatulurus yang perlu aku pergi. tapi aku berjumpa dengan rakan pengarah program tu, kak sal untuk aku buat modul yang boleh dia laksanakan masa program. alhamdulillah, aku dapat bantu dnegan beri beberapa modul yang ada antaranya dia tahu dan ada yang tidak. walau apa pun, aku harap sangat program tu berjaya. dan aku lupa nak tanya kak sal berjaya ke tidak. aduai... hehehehe,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tiada ulasan: