Ada dua produk utama yang di sediakan oleh bro yusry dibawah syarikat CReaTiVe SiFu iaitu e-book 100 aktiviti & games kreatif usrah berharga RM10 dan Buku 222 Aktiviti & Permainan Kreatif Islami berharga RM60+RM10(byrn pos). Kedua2 produk ini adalah sama sahaja yang mana e-book merupakan merupakan permainan terpilih yang sesuai untuk usrah sahaja.
Jika ada di antara anda semua yang minat untuk membeli, boleh sms ana di nombor 0172766852 atau 0192927862. Sila sms nama dan alamat serta perkara yang dimahukan sama ada buku atau e-book. Dibawah ini ana paparkan contoh aktiviti yang disediakan untuk anda nilai sendiri.
Jangan Menitis Walau Setitik
Bahan: Gelas plastik lutsinar bersaiz besar atau botol mineral water 1.5liter dipotong, air dan pen marker.
Perlaksanaan:
Sebelum permainan ini dilaksanakan laluan berhalangan akan disediakan sejauh 100m ke 200 m. Permainan dijalankan dengan pertandingan antara kumpulan. Fasilitator mengisi air ke dalam gelas besar sehingga betul-betul penuh. Kedudukan air ditandakan dengan pen marker.
Fasilitator akan meminta kumpulan memindahkan air dengan berhati-hati.
Syarat permainan:
Semua tangan peserta perlu menyentuh botol walupun hanya meletakkan hujung jari.
Di akhir, kumpulan yang sampai terlebih dahulu tanpa menumpahkan air yang banyak dikira sebagai pemenang.
Kuat Tak?
Objektif:
Memberi semangat untuk peserta menjadi muslim yang kuat.
Material: Gelas, Kerusi, Meja, Tunggul Kayu atau batu besar.
Perlaksanaan:
1. Fasilitator meletak gelas, kerusi, meja, tunggul kayu dan batu di hadapan peserta.
2. Fasilitator mengarahkan setiap peserta cuba mengangkat beban berkenaan bermula dari ringan sehinggalah ke beban yang paling berat.
3. Bagi beban yang tidak dapat diangkat, beri peserta 2 peluang untuk mengangkat.
4. Bincangkan aktiviti yang mereka lakukan sebentar tadi dengan Fasilitator menunjukkan hadis dalam Lampiran.
5. Perbincangan:
a. Kenapa muslim yang kuat lebih disukai dari muslim yang lemah?
b. Bagaimana anda boleh menjadi muslim yang kuat?
c. Adakah kuat sahaja perlu kepada seorang muslim?
Nyatakan lagi perkara yang perlu ada dalam diri seorang muslim.
Variasi:
Aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan menguji kekuatan seperti gusti langan, tarik tali atau sebagainya.
Kesimpulan:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada rang mu'min yang lemah. Namun keduanya itu pun sama memperoleh kebaikan...” (Riwayat Muslim)
Memimpin Si Buta
Bahan: penutup mata satu setiap seorang.
Setiap orang berbaris dalam satu barisan dan letak tangan di bahu orang dihadapan. Semua orang kecuali orang yang pertama mata dengan kain yang dibekalkan. Orang pertama yang dipilih akan mengetuai perjalan tersebut. Kumpulan tersebut perlu berkomunikasi untuk memastikan perjalanan lancar melalui kawasan-kawasan yang berhalangan atau sempit.
Perbincangan:
Adakah setiap ahli kumpulan bekerjasama?
Bagaimana ahli kumpulan berkomunikasi?
Apakah yang anda belajar daripada aktiviti ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan