Follower

20091013

Purdah : Wajib, Harus atau Haram

Apabila timbul isu purdah ini, pastinya ummat akan tertanya-tanya apakah pandangan syar'ie tentang perkara ini. Sebenarnya, sebagai orang Islam terutama Muslimah, kita sepatutnya sudah mempunyai pendirian yang sangat jelas tentang hukum pemakaiannya. Tetapi hari ini akibat jauhnya kita dari Islam, maka ramai yang masih tidak bergitu jelas tentang hukum pemakaian purdah. Senangkata, hukum yang sangat penting dan sangat asas pun masih ada yang masih belum jelas sejelasnya.

Apabila isu purdah ini dibangkitkan oleh ulama' seperti Thantawi, maka ramailah yang marah. Kemudian di Malaysia, antara ulama' yang memberi ulasan adalah Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat. Sebagai seorang ulama' besar, pastinya ummat terutama yang penyokong PAS mengharapkan beliau menjelaskan kepada kita hukum pemakaian purdah beserta tarjih dalil bagi masalah ini. Sepatutnya begitu cara sikap seoarang ulama' hasil dari ketinggian ilmu agamanya. Kerana sememangnya jika kita telusuri pembahasan dalil para mujtahid baik yang menyatakan niqab itu hukumnya wajib atau hukumnya harus, kita akan dapati ia dibahaskan sepenuhnya berdasarkan dalil-dalil syara'. Itu membuktikan keilmuan dan kejujuran ulama' tersebut.

Saya tidak berhasrat membahaskannya disini, kerana sememangnya ia panjang. Cuma saya ingin menjelaskan pandangan yang pada pandangan saya paling rajih dan saya sertakan dalilnya secara ringkas. Dan saya tetap menghormati, pandangan yang berbeza dengan saya kerana jelas ia adalah ikhtilaf yang syar'ie. Saya juga ingin atas rasa pernuh hormat kepada isteri-isteri Rasulullah (Ummul Mukminin- tarafnya sama seperti ibu kandung kita), menemplak ulama' yang menyatakan purdah atau niqab ini bukan berasal dari Islam tetapi hanya adat, ingin mengharamkan pemakaiannya dan mana-mana pihak yang cuba memutarbelit pakaian yang khas untuk menjaga kemuliaan isteri-isteri nabi ini.

Hukum pemakaian puurdah adalah diturunkan khas untuk isteri-isteri nabi.

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (hijab). Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya)
di sisi Allah.” ( al-Ahzab : 53)

Ayat tersebut dinyatakan tentang isteri-isteri Nabi dan khusus bagi mereka; tidak ada hubungannya dengan kaum Muslimah atau wanita mana pun selain isteri-isteri Nabi SAW. Yang memperkuat bahawa ayat tersebut khusus ditujukan bagi isteri-isteri Rasul SAW adalah hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, ia menuturkan

“Aku sedang makan bersama Nabi SAW dalam sebuah mangkuk ceper dan besar. Lalu ‘Umar lalu. Maka Nabi pun memanggilnya lalu ia pun ikut makan. Jari-jemarinya menyentuh jari-jemariku. Maka ‘Umar lantas berkata, “Ah, andai saja ditaati, niscaya tidak satu mata pun yang akan memandang kalian (isteri-isteri Nabi).” Setelah itu, turunlah ayat mengenai hijab.” (HR al-Bukhari)

Diriwayatkan dari ‘Umar ra, ia berkata

“Aku berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang baik dan yang jahat masuk menemuimu. Andai saja para ibu kaum Mukmin (isteri-isteri Nabi SAW) itu mengenakan hijab?” Setelah itu, Allah SWT menurunkan ayat tentang hijab.” (HR al-Bukhari)

Jadi jelas hukum purdah wajib kepada isteri-isteri nabi dan sedangkan kepada muslimah lain hukumnya adalah harus. Ada juga pandangan yang mewajibkan pemakain purdah wajib kepada semua wanita muslimah, kita wajib hormati sebagai sebuah ikhtilaf yang syar'ie. Tetapi sebelum ini tiada ulama' yang berani mengharamkannya. Jadi tidakkah mereka yang menyatakan purdah itu bukan sesuatu yang berasal dari Islam bahkan hanya adat telah menghina Rasullah dan Isteri baginda?

Pembahasan fiqh tentang perkara ini dibahaskan dalam halaqah Hizbut Tahrir dalam Kitab Nizamul Ijtimai'. Jika benar-benar ingin mendalami Islam, saya mengajak marilah datang ke halaqah Hizbut Tahrir. Banyak lagi khazanah Islam yang menjadi cahaya kehidupan diajar untuk kita amal dan dakwahkan.

sumber : http://jemaah- islam.blogspot. com

Tiada ulasan: