Follower

20090427

Kekuatan Mata Hati Kawal Kestabilan Emosi Manusia

TAHUKAH anda apakah sebenarnya yang menjadi kekuatan pada diri manusia? Selain akalnya yang menyimpan berjuta inspirasi, ada satu kelebihan lain iaitu mata hati yang mengandung kekuatan emosi. Demikianlah Allah SWT menjadikan kita dalam bentuk paling sempurna, tetapi disebabkan oleh kejahatan diri sendiri maka manusia akhirnya jatuh pada peringkat yang cukup hina.

Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjangkan umur sehingga tua atau ia menyalahgunakan kesempurnaannya itu) kami kembalikan ia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah."� (Surah al-Tin, ayat 4 dan 5) 

Mata hati dikurniakan Allah SWT berperanan menjadi penyelamat yang memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil. Hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa-apa yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula hati. Dan dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati."� 

Mata hati yang sentiasa bersinar terang adalah milik orang yang beriman, apabila ia berada di kegelapan malam pekat sekalipun sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan. Begitulah keadaannya ketika seseorang itu mengalami kesusahan, semakin bertambahnya ujian Allah, maka makin terang mata hatinya menyuluh rahsia hikmah di sebalik ujian itu, bertambahlah keyakinannya pada Allah dan akhirnya mampu menghadapi segala tekanan yang melanda jiwa. 

Bagaimanakah kita sebagai umat boleh memiliki mata hati yang cantik sinarnya pada setiap keadaan dan situasi. Sesungguhnya petua yang diberikan oleh al-Quran yang sentiasa hebat sepanjang zaman menyebutkan mengenai rahsia kekuatan mata hati orang beriman dalam surah Fusshilat, ayat 30 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang- orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) dengan berkata: Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berduka cita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."� 

Kekal dalam kebaikan. Manusia sentiasa dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali kepada hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan. Selagi mana ia berhasil menghadapi tentangan ini, maka dia dikatakan sebagai seorang abid iaitu insan yang sentiasa beribadah kepada Allah. 

Bagaimanapun permasalahannya ialah apabila timbul dua personaliti dalam diri manusia, jika bersama dengan orang salih ia menjadi salih, begitu sebaliknya apabila duduk dengan si fasik ia pun berbalik menjadi fasik. Memang benarlah jika segala sesuatu di dunia ini serba ekspres dan tidak terkecuali juga dengan iman dan kufur boleh bertukar dengan sekelip mata. 

Akan tetapi, antara manusia yang kecundang ini ada yang tetap teguh dan yakin hatinya, disebabkan kesungguhannya malaikat sentiasa menjadi kawan rapat yang memberi ilham, dorongan melalui perasaan serta pandangan hati. Mereka memujuk dengan khabar gembira dan janji Allah agar manusia yang beriman ini kekal dan istiqamah dalam setiap kebaikan yang dilakukan. 

Ilham yang dicurahkan dalam hati manusia adalah petunjuk dari Allah SWT agar kita sentiasa berasa sakinah dalam menjalani suka duka kehidupan. Maka bersinarlah mata hati orang yang beriman dengan sifat istiqamah ini kerana sekali beriman, pantang hatinya berpaling kepada kekufuran. Antara tanda istiqamah ialah seseorang itu tidak akan meninggalkan amal salih yang biasa dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit. 

Perkara ini pernah didengar oleh Abdullah bin 'Amru bin 'Ash apabila baginda Rasul SAW menasihati beliau dengan sabdanya: "Janganlah kamu seperti si polan, dulu ia mengerjakan solat malam dan sekarang ditinggalkannya. "�(Muttafaqun Ala ih). 

Tanda istiqamah yang kedua ialah sikap tidak menunda amal salih kerana di sinilah syaitan banyak meletakkan ranjaunya dan akhirnya kita tertipu oleh sikap suka bertangguh dan mendahulukan kesenangan nafsu. Benarlah firman Allah SWT yang sentiasa menjadi motivasi orang beriman yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang luasnya seperti langit dan bumi. Ia disediakan bagi orang yang bertakwa (kepada Allah)."� (Surah Ali Imran, ayat 133) 

Tidak banyak berangan dan muhasabah diri juga adalah tanda istiqamah, maksudnya apabila kita cepat berpuas hati dengan amal salih, meletakkan syurga menjadi hak kita, walhal dosa belum dibasuh, kezaliman dengan sesama sendiri masih berterusan dan bekal amal tiada jaminan Allah terima atau tidak kerana keterbatasan ilmu dan kurangnya keikhlasan. 

Jangan bersedih. Hati yang bersinar ada pada wajah yang reda, ceria dan gembira dengan apa saja ketentuan Tuhan. Kesedihan dan kerisauan boleh menjejaskan kesihatan hati kerana ia tanda tidak reda dengan ketentuan Allah. Semestinya orang beriman dengan Allah dan Rasulnya ketika dirinya dilanda musibah meyakini dengan sepenuh hati bahawa ada tiga keuntungan di sebalik ujian Allah iaitu, pembersih dosa, janji pahala di akhirat dan mendapat pengganti lebih baik daripada apa yang diuji itu secepatnya di dunia ini. 

Sebagai contoh, seorang hamba Allah yang terpaksa bermadu, pada mulanya beliau berasa sangat terluka dengan ujian menimpa dirinya tetapi beliau kemudian cuba untuk bertenang dan serta banyakkan bersabar lalu memulakan langkah baru dalam hidupnya. Ia seterusnya menjadi seorang yang lebih bijak, matang dan realistik dalam menghadapi musibah itu. 

Seterusnya kesabarannya dan sikap tenangnya itu membuahkan hasil apabila suami yang dulu bersikap berat sebelah kini menyesali perbuatannya. Semakin banyak pula keistimewaan yang ditunjukkan oleh Allah kepada peribadi isteri tuanya itu sehingga beliau akhirnya sedar akan kesilapannya dan akhirnya kembali menghormati dan menyayangi isterinya. Banyak lagi kisah sedih dalam memori kita yang mampu mendewasakan dan mematangkan diri kerana kita memiliki hati bercahaya yang mampu menyuluh dari kedalaman serta kegelapan jurang ujian dan musibah. 

Kembalilah kepada jalan yang lurus dan tenang hingga ke penghujungnya, di sisi Allah mendapat pahala. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."� (Surah Al-Baqarah, ayat 214) 

INTIPATI 

Mata hati dikurniakan Allah SWT menjadi penyelamat dan memiliki kekuatan tembus pandang dalam mengesan yang hak dan batil. Mata hati yang sentiasa bersinar adalah milik orang yang beriman, apabila ia dalam kegelapan malam pekat sinarnya menjadi lebih cantik dan berkilauan. Manusia dituntut untuk meletakkan dirinya sebagai pengendali hawa nafsu dan pejuang melawan musuhnya iaitu iblis dan syaitan. Antara tanda istiqamah seorang Muslim ialah tidak meninggalkan atau menunda amal salih yang biasa dikerjakan.

20090423

Menghadapi Musibah

ana menerima satu persoalan yang elok utk dibincangkan dalam tazkirah ini. persoalan ini diajukan dalam posting ana yang lepas. ana rasa elok ana kupas persoalan ini disini. persoalan ini berbunyi:

Salam
betul setiap keburukan pasti ad kebaikan.Tp sebagai manusia yg lemah iman ,bagaimana mahu menjadi manusia yang tabah dalam menghadapi setiap keburukan yg diberikan-Nya.Apakah tips2 yang saudara boleh berkongsi untuk menghilangkan stress ketika mengalami musibah tersebut?

ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemberi soalan ini sebenarnya. akan tetapi sebelum ana menjawab soalan ini, ana ingin membawa kita semua melihat dahulu apa itu musibah dan mengapa musibah itu diturunkan kepada setiap insan didunia ini.

musibah boleh diertikan sebagai ujian yang meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah. (Riwayat Bukhari).

namun begitu, mengapa musibah itu diturunkan? dalam hal ini Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang Muslim yang ditimpa sesuatu kesakitan, kepenatan, dukacita, kegelisahan, kesedihan atau duri yang mengenainya, akan diampunkan dosa oleh Allah SWT” (Riwayat Bukahari).

dalam hadis yang lain pula, Baginda SAW bersabda iaitu “Apa-apa yang menimpa seorang mukmin baik berupa derita yang menahun, keletihan, penyakit, kesedihan bahkan hingga kegundahan yang ia alami kecuali akan dihapus dengannya sebahagian dari kesalahannya”. HR. Muslim (4/1582)

dalam hal ini, dapat dilihat musibah yang diturunkan adalah untuk meningkatkan keimanan seseorang dan menghapuskan sebahagian dari kesalahanya. Berbalik semula kepada persoalan yang diberi, BAGAIMANA CARA MENGHADAPI STRESS KETIKA MENGALAMI MUSIBAH?

terdapat dua jalan menghadapi musibah ini, yang pertama jalan yang diberikan oleh Para Logikal atau Pakar Psikologi manakala jalan yang kedua adalah jalan yang diajar menurut islam. dalam posting ini, ana akan menghuraikan mengenai cara atau jalan yang diajar menurut islam sahaja kerana tidak mahu posting ana menjadi terlampau panjang. 

dalam menghadapi musibah ini, Islam menggariskan beberapa jalan, perkara yang pertama yang mesti didahulukan apabila menghadapi musibah ialah mengucapkan "innalillahi wainna ilaihiroji’un". ini kerana dalam beberapa hadis ada diriwayatkan bahawa “Barang siapa mengucapkan ‘innalillahi wainna ilaihiroji’un’ saat ditimpa musibah maka Allah akan mengganti untuknya dgn yg lebih baik”. selepas mengucapkan "innalillahi wainna ilaihiroji’un", maka ambillah langkah - langkah yang untuk menguatkan iman kerana stress yang dihadapi adalah kerana iman yang lemah. 

antara cara meningkatkan iman dalam menghadapi musibah ada ana paparkan dibawah namun begitu harus ana ingatkan bahawa segala cara yang diberikan dalam menghadapi musibah ini bermula dengan cara kita berfikir. 

1. Berbaik sangka kepada ALLAH SWT
setiap musibah yang diberikan ALLAH terhadap hamba2NYA pasti ada sebabnya. kadangkala ALLAH memberikan perkara yang kita tidak sukai tetapi perkara tersebut boleh mendatangkan kebaikan kepada kita sebenarnya. contohnya, apabila ALLAH memberikan kita sakit demam, maka sebenarnya ALLAH memberikan kita rehat yang secukupnya selepas penat bekerja dijalanNYA. perkara ini dibuktikan dengan firman ALLAH yang bermaksud:

",,, Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."(Q.S. Al Baqarah 2:216)

2. Bersabar
bersabar tatkala menghadapi musibah. dalam hal ini, ingatan kepada ganjaran pahala yang diberikan oleh ALLAH perlu melebihi segalanya. dalam hal ini, Baginda SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku” ( Riwayat Bukhari). selain itu, boleh juga kita ambil firman ALLAH yang ana selitkan dibawah ini sebagai penguat hujah.

"Jika kubebankan kemalangan untuk salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal baginya."
(Hadist Qudsi Riwayat Al Qudha'i, Dailami, dan Tarmidzi)

3. Banyak Bersyukur pada ALLAH SWT.
apabila kita mengetahui bahawa musibah yang diberikan adalah untuk membuang sebahagian kesalahan kita pada masa lepas, maka perasaan bersyukur dengan ujian yang diberikan perlu dididik dalam diri setiap insan. dalam hal ini kita perlu mencontohi cendekiawan islam dan orang2 bertakwa kerana mereka berusaha menyembunyikan musibah. ini kerana mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima.

Dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH berfirman kepada para malaikat, "Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian itu, maka berilah ia pahala sebagaimana pahala yang biasa kalian berikan kepadanya." (HR. Ahmad dan Thabrani)

4. Memperbanyak istighfar dan menghisab diri
"Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah di sebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (Q.S. Asy-Syuuraa 42:30)
dalam surah di atas dapat kita ketahui bahawa musibah yang melanda adalah kerana perbuatan diri kita sendiri. oleh itu, apabila ditimpa musibah dan mengalami stress, maka banyakkanlah beristighfar dan kemudiannya menghisab diri. dalam hal ini, lihat semula dosa2 yang pernah kita lakukan dan ambil pedoman darinya untuk mengubah diri menjadi insan yang terbaik. 

5. Tawakal Kepada ALLAH SWT
dalam hal ini, berfikirlah bahawa anda menyerahkan diri kepada ALLAH dalam menghadapi musibah ini. ini kerna musibah yang dihadapi adalah ujian semata2 yang diberikan oleh ALLAH supaya hambaNYA mendekatkan diri kepadaNYA. 

" Sungguh Menakjubkan bagi seorang mukmin! Tidak ada suatu takdir ALLAH tentang suatu takdir ALLAH tentang sesuatu melainkan selalu baik baginya. Bila dia di timpa oleh suatu kemudaratan, dia pun bersabar dan perkara tersebut baik baginya. Dan, bila dia dianugerahkan suatu kesenangan, diapun bersyukur dan perkara tersebut baik baginya. Dan, perkara itu tidak diperuntukan kepada seseorang pun melainkan hanya bagi orang mukmin." (H.R. Bukhari Muslim)


oleh itu, apa yang penting dalam menghadapi stress ketika menghadapi musibah ini, ucapkanlah "innalillahi wainna ilaihiroji’un" dan kemudiannya, ubahlah cara anda berfikir kerna cara berfikir yang daif menyebabkan stress dalam diri.

p/s: Insyaallah ana akan kongsikan pula pendapat menurut logik akal pula selepas ini.

20090420

Lihat Kebaikan Dalam Setiap Keburukan

syukur kehadrat ilahi kerna dengan rahmatnya, dapat juga ana mencatat sedikit bingkisan dihari ini. dalam hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang melanda. dugaan ini datang xkira masa dan ketika. ia xmengira pangkat dan darjat, baik atau jahatnya seseorang itu. tapi sejauh mana kita melihat cabaran dan dugaan itulah yang perlu kita ubah.

kadang - kadang apabila cabaran datang melanda, pasti ada saja kata2 marah dan menyesal dengan dugaan tersebut. ada juga yang belum lagi menempuh cabaran tersebut tetapi sudah mengangkat bendera putih. cabaran dan dugaan ini dilihat sebagai penghalang dalam kehidupan mereka. dan kadang kala dugaan dan cabaran ini dianggap sebagai pendorong dalam hidup insan. 

ada yang mengatakan bahawa dugaan dan cabaran ini sebagai satu cara ALLAH menghapuskan dosa hamba - hambanya. dan kerna itu kita perlu menerima dugaan dan cabaran itu sebagai asam garam dalam hidup. suka ana ceritakan bagaimana kita melihat dalam hidup ini perkara buruk yang sebenarnya ada kebaikan dibelakangnya.

ana ambil contoh yang mudah. secara tiba2 lampu rumah kita terpadam, elektrik tiada. keadaan ini menyebabkan kemarahan kepada ramai orang. ada yang marah dan ada yang menyumpah2. jika bukan elektrik yang dimarahinya, pekerja TNB yang menjadi mangsa. ana ingin membawa kita semua melihat, seandainya pada waktu tersebut kita ada kerja yang perlu dilakukan, maka sumpah seranah la yang keluar. tapi, cuba kita ubah cari pemikiran kita, lihat bagaimana ALLAH beri ruang kepada kita utk berehat sebentar dari berfikir tentang kerja sahaja. maka rehat yang ALLAH berikan itu patut kita hargai. lihat pula seandainya pada waktu itu kita sedang tidur, maka tersedar pula kerna keadaan yang panas. maka sumpah seranah juga keluar. pada masa tersebut, jika kita melihat kebaikan yang ada dlm keburukan maka kita dapat berfikir bahawa ALLAH nak kejutkan kita supaya sujud kepadaNYA pada malam hari. 

begitu juga seandainya kita dibebankan dengan kerja berlebihan, maka perasaan marah pasti wujud, cuba pula kita berfikir bagaimana kerja yang diberikan ini sebagai ilmu tambahan kepada kita. lihat betapa baik pemberi kerja kepada kita ini, sebab beri ilmu kepada kita. pada masa tersebut, pemikiran marah kita akan dicampak jauh. sama juga seandainya kita sakit. maka perasaan sedih kerna tidak dapat melakukan aktvt yg biasa kita lakukan akan menerjah kedalam diri. 

tatkala itu perasaan marah, bengang dengan sakit akan timbul. dan perasaan itu sebenarnya boleh diistilahkn sebagai perasaan marah kpd ALLAH. seandainya kita melihat secara baik dan berfikir secara lebih logik dan mendalam, penyakit yg diberi pasti ada sebabnya, mungkin ALLAH nak beri kita rehat atau mungkin juga untuk menggugurkan dosa yang pernah kita buat. maka sebagai balasannya, penyakit ALLAH berikan. dan itulah tandanya ALLAH sayang pada kita. 

ana sebenarnya ingin mengajak sahabat2 sekalian supaya mengubah pemikiran kita kerna ana melihat kebanyakan dari kita, umat akhir zaman ini sentiasa berfikir mengenai keburukan sahaja. dan jarang sekali ana lihat kita melihat kebaikan dalam setiap keburukan. di sebabkan itu, ana mengajak kita semua berubah, kerana kadang - kadang apabila kita mengubah cara pemikiran kita, kita akan menjadi umat islam yang tabah dan positif. ini lantas akan membantu menjadikan umat islam sebagai umat yang mantap didunia ini.

akhir kata dari ana, TIDAKKAN ADA KEBAIKAN DALAM SESUATU PERKARA YANG DILAKUKAN SEANDAINYA PEMIKIRAN KITA TIDAK BERUBAH UNTUK BERFIKIR KE ARAH POSITIF.

20090414

Jom Bercerita Guna Huruf 'T'

Tatkala Temperatur Terik Terbakar Terus, Tukang Tempe Tetap Tabah, “Tempe-tempe” , Teriaknya. Ternyata Teriakan Tukang Tempe Tadi Terdengar Teriakan Tukang Tauhu, Terpaksa Teriakannya Tambah Tinggi, “Tauhu…Tauhu. ..Tauhu… !”
“Tempenya Terbaik, Tempenya Terenak, Tempenya Terkenal!!”, Timpal Tukang Tempe . 
Tukang Tauhu Tidak Terima,”Tempenya Tengik, Tempenya Tawar, Tempenya Terjelek…. !”
Tukang Tempe Terpegun, Terhenyak, “Teplakkk… !” Tamparannya Tepat Terkena Tukang Tauhu. Tapi Tukang Tauhu Tidak Terkalahkan, Tendangannya Tepat Terkena Tulang Tungkai Tukang Tempe .
Tukang Tempe Terjelopok Tumbang! Tapi Terus Tegak, Tatapannya Terhunus Tajam Terhadap Tukang Tauhu. Tetapi, Tukang Tauhu Tidak Terpengaruh Tatapan Tajam Tukang Tempe Tersebut, “Tidak Takut!!” Tantang Tukang Tauhu.
Ternyata Tangan Tukang Tempe Terkepal, Tinjunya Terarah, Terus Tonjokkannya Tepat Terkena Tukang Tauhu, Tak Terelakkan Terjatuh Terkesima! Tujuh Tempat Terkena Tinjunya, Tonjokan Terakhir Tepat Terkena Telaknya.
Tukang Tauhu Terjerembab. “Tolong.. Tolong.. Tolong..!”, Teriaknya Terdengar Tinggi. Tetapi Tanpa Tunda Tempo, Tukang Tempe Teruskan Teriakannya, “Tempe .. Tempe .. Tempe ..!!” 

20090410

Memerangi nafsu dan syaitan.

Sudah semestinya orang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar.
Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Seseungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamatadalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang palinh besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawadikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Maka terbukalah kain yang menutupi badan keduanya. Dan pada dasarnya perutlah sumber segala syahwat.

Sebahagian ulama ada yang mengatakan: "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti ia telah menanam `pohon' penyesalan dalam hatinya."

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi syahwat dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.

Ibrahim al-Khawas telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke gunung Lukam. Ingin sekali aku mengambil sebiji buah delima. Kemudian kuambil satu dan kupecahkan. Namun apabila kumakan sedikit rasanya masam. Maka kutinggalkan saja delima itu. Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni lalat yang menggigit. Lalu aku menegurnya, "Assalamualaikum. " Dia menjawab, "Waalaikumsalam, wahai Ibrahim." Kutanya dia, "Bagaimana engkau mengenalku?" Dia menjawab, "Barangsiapa telah makrifat kepada Allah tidak ada suatu yang samar baginya." Lalu aku mengatakan, "Kulihat engkau istimewa di sisi Allah. Mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?" Dia menjawab, "Aku pun melihat engkau mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari syahwat (keinginan) terhadap delima? Sesungguhnya lazatnya delima dapat mengakibat seseorang menderita di Akhirat. Sedangkan gigitan lalat hanyalah terasa pedih di dunia saja. Gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan syahwat itu pada hati…!" Kemudian aku pun berlalu dari situ.

Syahwat dapat membuatkan raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha. Yusuf menjadi raja Mesir kerana kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, lemah dan fakir kerana syahwatnya. Zulaikha tidak sanggup menahan cintanya kepada Yusuf.

Diceritakan bahawa Abu Hassan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal dunia. Dia mengenakan pakaian dari aspal. Kemudian Abu Hassan bertanya, "Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka." Lalu di menjawab, "Wahai anakku, nafsuku telah menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
Dia berkata lagi, 
"Sungguh aku diuji empat perkara. Selalu menjeratku dalam binasa. Iblis, dunia, nafsu dan syahwat. Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya. Kulihat syahwat merayu anganku. Di kegelapan syahwat dan keinginanku. "

Hatim al-Ashom berkata: Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku, dan dosa itu adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.
Sebahagian ahli Makrifat berkata: Jihad itu ada tiga macam. Pertama, jihad melawan orang-orang kafir. Ini jihad lahiriah. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
"Mereka berjihad di jalan Allah………." (Q.S. Al-Maidah: 54)

Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan ilmu dan hujah yang batil. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
"Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terlebih baik."(Q.S. An-Nahl: 125)

Ketiga, berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret pada kejahatan seperti yang difirman Allah:
"Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami tunjuki mereka ke jalan Kami…." (Q.S Al-Ankabut: 69)

Dan Rasulullah saw bersabda:
"Jihad paling utama adalah memerangi nafsu."

Sesungguhnya para sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffar, mereka berkata, "Kita baru pulang dari perang yang kecil menuju ke perang lebih besar." Ini kerana mereka telah mendengar bahawa jihad melawan hawa nafsu dan syaitan itu lebih besar lantaran jihad tersebut bersifat terus-menerus. Sedangkan menghadapi kaum kuffar hanyalah sekejap dan jelas kelihatan. Padahal menghadapi musuh yang jelas kelihatan lebih mudah daripada musuh yang tidak kelihatan. Ditambah lagi syaitan mempunyai pembantu di pihak kita, iaitu hawa nafsu. Sedangkan kaum kufar tidak mempunyai pembantu pada pihak kita. Jika engkau berjaya membunuh orang kafir, kamu akan mendapatkan harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendapatkan Syurga. Padahal jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika engkau dikalahkan oleh syaitan, tentu akan mendapatkan seksa daripada Allah.

Sebagaimana dikatakan, "Barangsiapa kehilangan kuda sewaktu ia berperang, sekurang-kurangnya kudanya jatuh ke tangan kufar. Tetapi barangsiapa kehilangan iman, tentulah dia mendapat kemarahan Allah. Dan barangsiapa tertangkap oleh pihak kufar, tidak akan tangannya diikatkan ke leher. Kakinya tidak akan diikat. Perutnya tidak dibiarkan lapar dan tidak dibogelkan. Tetapi sesiapa yang jatuh ke dalam kemarahan Allah, mukanya akan menjadi hitam. Tangannya diikatkan ke leher dengan rantai. Kakinya diikat dengan tali api. Bahkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah api."

Dari Mukasyafah Al-Qulub(Oleh Imam Al-Ghazali)

20090409

Hal - Hal Yang Makruh Dan Membatalkan Solat

Hal - Hal Yang Dimakruhkan Dalam Shalat

1. Menengadahkan pandangan ke atas. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 "Apa yang  membuat  orang-orang itu  mengangkat  penglihatan  mereka  ke langit  dalam shalat mereka? Hendaklah mereka berhenti  dari  hal   itu  atau   (kalau tidak),   niscaya   akan  tersambar  penglihatan  mereka."
( HR.  Al-Bukhari  dan  Muslim meriwayatkannya dengan makna yang sama).

 2. Meletakkan tangan di pinggang. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah  SAW  meletakkan tangan  di pinggang ketika shalat. (Muttafaq alaih).

 3. Menoleh atau melirik, terkecuali  apabila  diperlukan.   Hal ini berdasarkan perkataan Aisyah ra.   Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang yang menoleh dalam keadaan shalat, beliau menjawab:

 "Itu adalah pencurian yang dilakukan syaitan dari shalat seorang hamba."
(HR. Al-Bukhari dan Abu Daud, lafazh ini dari riwayatnya).

4. Melakukan pekerjaan yang sia-sia,  serta  segala  yang  membuat  orang  lalai  dalam  shalatnya  atau menghilangkan kekhusyu'an shalatnya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

 "Hendaklah kamu tenang dalam melaksanakan shalat." (HR. Muslim).

 5. Menaikkan rambut yang terurai atau melipatkan lengan baju yang terulur.  Hal in berdasarkan  sabda  Rasulullah SAW:

 "Aku  diperintahkan  untuk  sujud  di atas tujuh anggota badan dan  tidak  boleh  melipat baju atau menaikkan rambut (yang terulur)." (Muttafaq alaih).

6. Menyapu kerikil yang ada di tempat sujud (dengan tangan) dan meratakan tanah lebih dari  sekali.   Hal ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW:

 "Dari Mu'aiqib, ia berkata, ' Rasulullah SAW  menyebutkan  tentang  menyapu  di masjid  (ketika shalat),  maksudnya menyapu kerikil (dengan telapak tangan). Beliau bersabda, 'Apabila  memang  harus berbuat begitu, maka hendaklah sekali saja." (HR. Muslim).

 "Dari Mu'aiqib pula, bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang seseorang yang meratakan tanah pada tempat sujudnya (dengan telapak tangan), baginda bersabda, 'Kalau kamu melakukannya, maka hendaklah sekali saja." (Muttafaq alaih).

 7. Mengulurkan pakaian sampai mengenai lantai dan menutup mulut (tanpa alasan).

"Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, 'Rasulullah SAW melarang mengulurkan  pakaian  sampai  mengenai  lantai  dalam shalat dan menutup mulut." (HR. Abu Daud, At-Tirmidzi dan lainnya, hadits hasan).

Adapun  jika  menutup  mulut  karena  hal  seperti  menguap  ataupun  yang   lainnya  maka  hal  tersebut  dibolehkan sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits.

 8. Shalat di hadapan makanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan." (HR. Muslim).

9. Shalat sambil  menahan  buang  air  kecil  atau  besar, dan  sebagainya yang  mengganggu  ketenangan  hati.  Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Tidak sempurna shalat (yang dikerjakan setelah) makanan dihidangkan dan shalat seseorang yang Bmenahan buang air kecil dan besar." (HR. Muslim).

10. Shalat ketika sudah terlalu mengantuk. Rasulullah SAW bersabda:

 "Apabila salah seorang di antara kamu ada yang mengantuk dalam keadaan shalat, maka hendaklah ia tidur sampai hilang rasa kantuknya. Maka sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu  ada yang  shalat  dalam keadaan mengantuk, dia tidak akan tahu apa yang ia lakukan, barangkali ia bermaksud  minta ampun kepada Allah  ternyata dia malah mencerca dirinya sendiri." (Muttafaq alaih).


Hal - Hal Yang Membatalkan Shalat

Shalat seseorang akan batal apabila ia melakukan salah satu di antara hal-hal berikut ini:

1. Makan dan minum dengan sengaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya di dalam shalat itu ada kesibukan tertentu." (Muttafaq alaih). 
Maksudnya: orang yang shalat seharusnya hanya berkonsentrasi pada shalatnya saja dan mengesampingkan perbuatan yang lain. (pen.)

2. Berbicara dengan sengaja, bukan untuk kepentingan pelaksanaan shalat

"Dari Zaid bin Arqam, ia berkata, 'Dahulu kami berbicara di waktu shalat, salah seorang dari kami berbicara kepada temannya yang berada di sampingnya sampai turun ayat: 'Dan hendaklah kamu berdiri karena  Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu' (Al-Baqarah : 238), maka kami pun diperintahkan untuk diam dan dilarang berbicara." (Muttafaq alaih).

Dan juga sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya shalat ini tidak pantas ada di dalamnya percakapan manusia sedikit pun." (HR. Muslim).

Adapun pembicaraan yang maksudnya untuk membetulkan pelaksanaan shalat,  maka  hal  itu  diperbolehkan  seperti membetulkan bacaan (Al-Qur'an) imam,  atau imam  setelah  memberi  salam  kemudian  bertanya  apakah  shalatnya sudah sempurna, apabila ada  yang  menjawab  belum,  maka dia harus menyempurnakannya.   

Hal ini  pernah  terjadi terhadap  Rasulullah  SAW,  kemudian Dzul Yadain  bertanya  kepada  beliau,   
'Apakah  Anda  lupa  ataukah sengaja meng-qashar shalat, wahai Rasulullah?' 
Rasulullah SAW menjawab,   'Aku  tidak  lupa  dan  aku  pun tidak bermaksud meng-qashar shalat.' 
Dzul Yadain berkata,   'Kalau begitu Anda telah lupa wahai Rasulullah'
Beliau bersabda, 'Apakah yang dikatakan Dzul Yadain itu betul? 
Para sahabat menjawab,  'Benar.' 
Maka beliau  pun  menambah shalatnya dua rakaat lagi, kemudian melakukan sujud sahwi dua kali. (Muttafaq alaih).

3. Meninggalkan salah satu rukun shalat atau syarat shalat yang telah disebutkan di muka,  apabila hal itu tidak ia ganti/sempurnakan di tengah pelaksanaan shalat atau sesudah selesai shalat  beberapa  saat.  Hal  ini  berdasarkan  hadits Rasulullah SAW terhadap orang yang shalatnya tidak tepat.

"Kembalilah kamu melaksanakan shalat, sesungguhnya kamu belum melaksanakan shalat." (Muttafaq alaih).

Lantaran orang itu telah meninggalkan tuma'ninah dan i'tidal. Padahal kedua hal itu termasuk rukun.

 4. Banyak melakukan gerakan, karena hal itu bertentangan dengan pelaksanaan ibadah dan membuat hati  dan anggota tubuh sibuk dengan urusan selain ibadah.  Adapun gerakan  yang  sekadarnya  saja,  seperti memberi  isyarat  untuk menjawab salam, membetulkan pakaian,  menggaruk  badan dengan tangan,  dan  yang  semisalnya,   maka  hal  itu tidaklah membatalkan shalat.

5. Tertawa sampai terbahak-bahak. Para ulama sepakat mengenai batalnya shalat yang  disebabkan  tertawa seperti itu. Adapun tersenyum, maka kebanyakan ulama menganggap bahwa hal itu tidaklah merusak shalat seseorang.

6. Tidak berurutan dalam pelaksanaan shalat,  seperti mengerjakan  shalat Isya  sebelum  mengerjakan  shalat Maghrib, maka shalat Isya itu batal sehingga dia shalat Maghrib dulu,  kerana  berurutan dalam melaksanakan shalat-shalat itu adalah wajib, dan begitulah perintah pelaksanaan shalat itu.

7. Kelupaan yang fatal, seperti menambah shalat menjadi dua kali lipat, umpamanya shalat Isya' delapan rakaat,  kerana perbuatan tersebut merupakan indikasi yang jelas, bahwa ia tidak khusyu' yang mana hal ini merupakan ruhsya shalat.

20090407

UJIAN KESUSAHAN -DIBENCI OLEH NAFSU

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. Ia adalah adat dan resam hidup. Hadith ada menyebut:

Maksudnya: “Dunia itu negara bala’ dan ujian”.

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

Nafsu sebenarnya lebih jahat dan berbahaya dari syaitan. Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada dalam diri kita. Nafsu adalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu kita terdidik, maka sempitlah jalan syaitan untuk menggoda dan menipu kita. Tetapi kalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah jalan syaitan.

Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu pernah angkuh dan sombong dengan Tuhan. Dia pernah berkata pada Tuhan:

“Engkau-engkau, aku-aku.” Dia pernah direjam seribu tahun dalam neraka. Nafsu hanya takut dengan Tuhan. Dia tidak takut dengan makhluk.

Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita perlu ada rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Kita perlu bersandar kepada kehebatan dan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini tidak ada, maka tidak ada apa yang akan dapat mendorong dan menahan atau menghalang nafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan mendorong nafsu supaya menjadi tenang dan jinak. Rasa takut dengan Tuhan pula akan menahan nafsu dari menjadi terlalu rakus, liar dan tidak terkawal.

Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita berbicara dengannya. Katakan pada nafsu begini: “Hai nafsu! Aku tahu engkau itu jahat. Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun aku boleh hadapi. Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi kalau aku diuji aku akan berserah sahaja kepada Tuhan.”

Nafsu kalau tidak dididik, diuji, ditekan, dikekang dan disakitkan, dia akan berbunga. Kemudian dia akan berbuah. Buah nafsu ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong, angkuh, megah, riak, pemarah, jahat sangka, tamak, hasad dengki, panas baran, bakhil dan lain-lain lagi.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemahkan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.
Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman,’ sedang kamu tidak diuji lagi.” (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untuk membaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melalui berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan. Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Tuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yang berat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya dengan Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.

Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Untuk orang beriman dan tidak beriman atau lemah iman. Malahan orang baik dan beriman lebih banyak diuji dan lebih berat pula ujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling berat diuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudian orang-orang awam  lain mengikut peringkat iman yang ada pada mereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka.

Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa – dosa mereka. Kalau pun mereka bertaubat, belum tentu diterima taubat mereka itu tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar dan redha.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan penderitaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justeru itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesusahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga. Ada riwayat di dalam hadis seperti berikut:

Setelah Allah mencipta syurga dan neraka, maka Allah perintahkan para malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat, Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab: “Tidak akan ada manusia yang akan masuk neraka kerana seksaannya sangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurga kerana nikmat di dalamnya sungguh indah”.

Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untuk melihat untuk kali kedua. Sekembalinya para malaikat, Allah bertanya sekali lagi apa pendapat mereka. Kali ini malaikat menjawab: “Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk ke syurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan dan menyusahkan; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang seronok, indah dan mengasyikkan.”

Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda Tuhan telah meletakkan kita di atas jalan menuju ke syurga. Kita patut banyak – banyak bersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita lalai dan berfoya – foya dan bergelumang dengan dosa dan noda, itu tanda kita sedang berada di atas jalan menuju ke neraka. Kita patut cepat-cepat sedar dan bertaubat.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah – susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas kalau disusahkan atau disakitkan asal ia dapat rasa hampir dan dekat dengan Tuhan.

Apabila nafsu dapat ditundukkan dan dijinakkan, maka fitrah kita akan menjadi lebih berperanan. Bila fitrah sudah berperanan dan jiwa telah hidup, maka dia akan terhibur dan merasa bahagia dengan ujian dan kesusahan. Bila diuji, dia terasa Tuhan itu dekat dan hampir dan kuat pergantungannya dengan Tuhan. Roh jadi meriah dan penuh dengan zikrullah. Bila tidak diuji, rasa bimbang dan cemas takut-takut Allah telah melupakan dia.

Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau sehari mereka tidak diuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang. Kalau dua hari tidak diuji, mereka mula takut. Kalau tiga hari tidak diuji, mereka mula cemas takut-takut Tuhan telah melupakan dan tidak peduli kepada mereka lagi.

Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh tahu dalam diri kita nafsu atau fitrah kitakah yang lebih berperanan. Nafsu kitakah atau fitrah kitakah yang lebih kuat. Kalau kita sangat terdorong dan terangsang dengan perkara-perkara yang seronok, yang mengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya, seronok dengan dunia dan takut dan benci kepada ujian dan kesusahan, maka kita sebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita banyak terdorong kepada
akhirat, rela bersusah-payah dan menderita kerana Allah, tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa manis dan indah pula dengan ujian, maka fitrah kita sudah berperanan. Oleh itu bermujahadah,
menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidik nafsu sangat penting. Nafsu itu mesti dilawan, jangan dilayan.

Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu dilayan, dia akan subur dan melonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa yang dia mahu (yang haram). Beri dia apa yang dia benci (yang baik).

Orang – orang soleh, kalau diuji, mereka sabar dan tidak mengadu. Sabar itu sudah tentu ada sakitnya. Orang – orang muqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan), kalau diuji mereka redha. Redha itu kurang sakitnya kerana ada rasa kerelaan dan kepuasan. Orang – orang siddiqin (yang benar) pula merasa bahagia dan terhibur dengan ujian. Itulah makanan bagi jiwa mereka.

Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan". 

sama2lah kita cuba sedaya-upaya mempertingkatkan kualiti diri kita dr masa ke semasa......  Petikan dr inteam website.

20090406

Syarat Memilih Sahabat

ini adalah tazkirah yang ana sediakan untuk dibacakan di perhimpunan pagi yang dikelolakan oleh unit ana. harap ianya dapat memberi manfaat kepada anta sekalian. selamat membaca..

Tazkirah pagi pada hari ini akan memperkatakan mengenai syarat – syarat memilih sahabat.

Sidang hadirin sekalian,

Di dalam dunia ini, seluruh manusia selain daripada guru, murid dan ibubapa adalah terbahagi kepada tiga ceraian iaitu:

Ceraian pertama : Orang yang tidak dikenali.
Ceraian kedua : Sahabat karib. 
Ceraian ketiga : Orang yang kita kenali (kenal sahaja bukan sahabat karib).

Memilih sahabat bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana sahabat inilah yang akan membantu mencorakkan lagi kehidupan seorang mukmin didunia ini. Seandainya kita tersalah memilih sahabat maka buruklah akhirannya dan begitu juga seandainya kita berjaya memilih sahabat yang baik maka baiklah akhirannya.

Kepentingan memilih sahabat ini sidang hadirin sekalian ada disebutkan oleh imam Al-Ghazali yang mengatakan 

"Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka janganlah engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat." 

Hujah ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud 

"Seseorang itu akan mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.” 


Maka apabila saudara / saudari ingin memilih sahabat yang akan menjadi pembantu di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agama dan dunia saudara / saudari maka hendaklah saudara / saudari memilih atau menuntut lima syarat daripadanya iaitu

1. Pilihlah sahabat yang berakal dan bukan orang yang bodoh
Di dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib R.A. pernah berkata: 

* Dan jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
* Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.

* Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.
* Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.

* Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).

2. Orang yang baik akhlaknya
kerana orang yang baik akhlaknya akan membawa anda ke jalan yang lurus. Maka janganlah hadirin sekalian bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika ia diransang oleh nafsu syahwatnya.

Dalam hal ini Saidna Ali bin Abi Talib R.A.:
Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu(di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian.

 3. Orang yang soleh 
Dalam syarat ini, jangan hadirin sekalian bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang takut akan Allah itu tidak mengekali dalam membuat dosa besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Malah pendirian mereka yang fasik ini tidak tetap dan selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Allah berfirman kepada Rasulullah S.A.W. :

" Dan jangan engkau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya. " ( Surah Al Kahfi, ayat 28)

 4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia. 
Syarat yang keempat, Janganlah bersahabat dengan orang yang tamak dunia kerana bersahabat dengan orang sebegini adalah racun yang dapat membunuh kerana tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikuti tabiat orang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sekira-kira kita tidak menyedarinya. Maka suka sekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Oleh itu, pilihlah sahabat yang zuhud dan bersukalah saudara / saudari bersekedudukan dengan orang yang zuhud kerana ia akan menambah zuhud hadirin kepada dunia.

 5. Orang yang benar.
Bersahabatlah dengan orang yang benar kerana mereka tidak akan menipu hadirin sekalian. Akan tetapi janganlah bersahabat dengan orang yang pendusta. Barangkali ia akan menipu hadirin, kerana ia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.