Follower

20090423

Menghadapi Musibah

ana menerima satu persoalan yang elok utk dibincangkan dalam tazkirah ini. persoalan ini diajukan dalam posting ana yang lepas. ana rasa elok ana kupas persoalan ini disini. persoalan ini berbunyi:

Salam
betul setiap keburukan pasti ad kebaikan.Tp sebagai manusia yg lemah iman ,bagaimana mahu menjadi manusia yang tabah dalam menghadapi setiap keburukan yg diberikan-Nya.Apakah tips2 yang saudara boleh berkongsi untuk menghilangkan stress ketika mengalami musibah tersebut?

ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemberi soalan ini sebenarnya. akan tetapi sebelum ana menjawab soalan ini, ana ingin membawa kita semua melihat dahulu apa itu musibah dan mengapa musibah itu diturunkan kepada setiap insan didunia ini.

musibah boleh diertikan sebagai ujian yang meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah. (Riwayat Bukhari).

namun begitu, mengapa musibah itu diturunkan? dalam hal ini Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang Muslim yang ditimpa sesuatu kesakitan, kepenatan, dukacita, kegelisahan, kesedihan atau duri yang mengenainya, akan diampunkan dosa oleh Allah SWT” (Riwayat Bukahari).

dalam hadis yang lain pula, Baginda SAW bersabda iaitu “Apa-apa yang menimpa seorang mukmin baik berupa derita yang menahun, keletihan, penyakit, kesedihan bahkan hingga kegundahan yang ia alami kecuali akan dihapus dengannya sebahagian dari kesalahannya”. HR. Muslim (4/1582)

dalam hal ini, dapat dilihat musibah yang diturunkan adalah untuk meningkatkan keimanan seseorang dan menghapuskan sebahagian dari kesalahanya. Berbalik semula kepada persoalan yang diberi, BAGAIMANA CARA MENGHADAPI STRESS KETIKA MENGALAMI MUSIBAH?

terdapat dua jalan menghadapi musibah ini, yang pertama jalan yang diberikan oleh Para Logikal atau Pakar Psikologi manakala jalan yang kedua adalah jalan yang diajar menurut islam. dalam posting ini, ana akan menghuraikan mengenai cara atau jalan yang diajar menurut islam sahaja kerana tidak mahu posting ana menjadi terlampau panjang. 

dalam menghadapi musibah ini, Islam menggariskan beberapa jalan, perkara yang pertama yang mesti didahulukan apabila menghadapi musibah ialah mengucapkan "innalillahi wainna ilaihiroji’un". ini kerana dalam beberapa hadis ada diriwayatkan bahawa “Barang siapa mengucapkan ‘innalillahi wainna ilaihiroji’un’ saat ditimpa musibah maka Allah akan mengganti untuknya dgn yg lebih baik”. selepas mengucapkan "innalillahi wainna ilaihiroji’un", maka ambillah langkah - langkah yang untuk menguatkan iman kerana stress yang dihadapi adalah kerana iman yang lemah. 

antara cara meningkatkan iman dalam menghadapi musibah ada ana paparkan dibawah namun begitu harus ana ingatkan bahawa segala cara yang diberikan dalam menghadapi musibah ini bermula dengan cara kita berfikir. 

1. Berbaik sangka kepada ALLAH SWT
setiap musibah yang diberikan ALLAH terhadap hamba2NYA pasti ada sebabnya. kadangkala ALLAH memberikan perkara yang kita tidak sukai tetapi perkara tersebut boleh mendatangkan kebaikan kepada kita sebenarnya. contohnya, apabila ALLAH memberikan kita sakit demam, maka sebenarnya ALLAH memberikan kita rehat yang secukupnya selepas penat bekerja dijalanNYA. perkara ini dibuktikan dengan firman ALLAH yang bermaksud:

",,, Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya."(Q.S. Al Baqarah 2:216)

2. Bersabar
bersabar tatkala menghadapi musibah. dalam hal ini, ingatan kepada ganjaran pahala yang diberikan oleh ALLAH perlu melebihi segalanya. dalam hal ini, Baginda SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya sabar adalah pada kejutan pertama musibah berlaku” ( Riwayat Bukhari). selain itu, boleh juga kita ambil firman ALLAH yang ana selitkan dibawah ini sebagai penguat hujah.

"Jika kubebankan kemalangan untuk salah seorang hamba-Ku pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal baginya."
(Hadist Qudsi Riwayat Al Qudha'i, Dailami, dan Tarmidzi)

3. Banyak Bersyukur pada ALLAH SWT.
apabila kita mengetahui bahawa musibah yang diberikan adalah untuk membuang sebahagian kesalahan kita pada masa lepas, maka perasaan bersyukur dengan ujian yang diberikan perlu dididik dalam diri setiap insan. dalam hal ini kita perlu mencontohi cendekiawan islam dan orang2 bertakwa kerana mereka berusaha menyembunyikan musibah. ini kerana mereka gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima.

Dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH berfirman kepada para malaikat, "Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku yang beriman, lalu ia memuji-Ku atas ujian itu, maka berilah ia pahala sebagaimana pahala yang biasa kalian berikan kepadanya." (HR. Ahmad dan Thabrani)

4. Memperbanyak istighfar dan menghisab diri
"Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah di sebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (Q.S. Asy-Syuuraa 42:30)
dalam surah di atas dapat kita ketahui bahawa musibah yang melanda adalah kerana perbuatan diri kita sendiri. oleh itu, apabila ditimpa musibah dan mengalami stress, maka banyakkanlah beristighfar dan kemudiannya menghisab diri. dalam hal ini, lihat semula dosa2 yang pernah kita lakukan dan ambil pedoman darinya untuk mengubah diri menjadi insan yang terbaik. 

5. Tawakal Kepada ALLAH SWT
dalam hal ini, berfikirlah bahawa anda menyerahkan diri kepada ALLAH dalam menghadapi musibah ini. ini kerna musibah yang dihadapi adalah ujian semata2 yang diberikan oleh ALLAH supaya hambaNYA mendekatkan diri kepadaNYA. 

" Sungguh Menakjubkan bagi seorang mukmin! Tidak ada suatu takdir ALLAH tentang suatu takdir ALLAH tentang sesuatu melainkan selalu baik baginya. Bila dia di timpa oleh suatu kemudaratan, dia pun bersabar dan perkara tersebut baik baginya. Dan, bila dia dianugerahkan suatu kesenangan, diapun bersyukur dan perkara tersebut baik baginya. Dan, perkara itu tidak diperuntukan kepada seseorang pun melainkan hanya bagi orang mukmin." (H.R. Bukhari Muslim)


oleh itu, apa yang penting dalam menghadapi stress ketika menghadapi musibah ini, ucapkanlah "innalillahi wainna ilaihiroji’un" dan kemudiannya, ubahlah cara anda berfikir kerna cara berfikir yang daif menyebabkan stress dalam diri.

p/s: Insyaallah ana akan kongsikan pula pendapat menurut logik akal pula selepas ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Terima kasih kerana memberi respond positiv thadap soalan yg berkaitan dengan musibah itu.InsyaAllah tips yng telah saudara berikan sedikit sebyak dpt membantu sahabat2 kita termasuklah saya yg sedang menghadapi musibah pada ketika ini dan pada waktu yang akan datang.Syabas !

Tanpa Nama berkata...

Salam
Mengubah pemikiran untuk mengelakkan diri dbebani stress adalah satu pendekatan yang agak susah dilakukan bg dri sy..We keep thinking the problems as to find way on how to solve that prob.Hmmm...macam mana ye nak kawal kite punye pmikiran nih dr terus mmikirkan masalah tsebut?
Saudara ada menyatakan dalam posting ini ttg pendapat saudara untuk mengelakkan stress dr segi menurut logik akal?Harap2 disegerakan
p/s:trima kasih