Follower

20090507

Exam Yang Menjelang Tiba

dalam tempoh 2 minggu lagi, maka bermulalah perjuangan semua pelatih IPGM seluruh Malaysia. perjuangan menghadapi peperiksaan akhir semester. cukup sukar perjuangan ini. bersama dengan senjata pen sebagai pedang, pembaris sebagai lembing dan pemadam sebagai perisai, maka akan mengorak lah langkah menuju kejayaan oleh semua guru pelatih.

Dalam menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba ini, maka ana ingin memohon dihalalkan ilmu yang diberi dan doakan supaya ana berjaya dalam peperiksaan ini. tidak lah mudah menghadapi sesuatu peperiksaan kerna ilmu yang telah ada didalam akal ini perlu diperah sekuat mungkin. 

setakat ini, ana br bersedia sebanyak 30% dalam menghadapi peperiksaan ini, dan ini adalah persediaan yang amat sedikit bagi ana. semangat yang ada juga semakin kurang sbnrnye. ana amat berharap supaya anta semua, pembaca blog ini dapat mendoakan ana berjaya dalam peperiksaan ini. doakan juga supaya ana menjadi semakin yakin menjelang peperiksaan ini.

sesungguhnya dengan doa kalian dan keluarga yang ana sayangi, insyaallah ana akan berjaya dalam peperiksaan yang menjelang tiba.


DOA 

Alhamdulillah. ..

Segala puji bagiMu ya Allah….,

Yang Pertama tanpa ada yang mengawalnya.

Yang Terakhir tanpa ada yang mengakhirinya

Yang tak terlihat oleh pandangan orang yang memandang

Yang tak tergambarkan oleh bayangan orang yang membayangkannya

Engkau ciptakan makhluk dengan kekuasaan

Engkau ciptakan sesuatu dengan kehendak-Mu

Segala puji Ya Allah yang memberi kami kemampuan untuk mensyukuri nikmat-Mu

Yang membuka bagi kami pintu-pintu ILMU ke Ilahian-Mu

Segala puji Ya Allah, dengan segenap pujian yang dikumandangkan para malaikat dan para makhluk yang dimuliakan

Segala puji bagi-Mu atas nikmat yang Kau berikan kepada kami hamba-hamba- Mu yang telah mendahului , mahupun yang akan datang kemudian

Pujian kami aturkan kepada-Mu sebagai penghubung untuk mentaati-Mu

Dan meminta ampunan sebagai penyebab memperoleh redha penghantar jalan menuju syurga

Tiada ulasan: