Follower

20090516

Terima Kasih Cikgu

hari ini tanggal 16 Mei 2009, merupakan tarikh keramat bagi semua manusia bergelar guru didunia ini. Sambutan hari guru ini merupakan satu sambutan yang diberikan kepada seorang manusia yang memberikan segala ilmu mereka kepada anak - anak didik mereka supaya menjadi seorang manusia yang berguna kepada nusa, agama dan bangsa.

dalam memperkatakan mengenai hari guru ini, ana teringat mengenai jasa2 yang dicurahkan kpd ana oleh guru2 ana. dari ana mula memasuki alam persekolahan hingga menjadi bakal guru di dunia ini. kadang2 ada guru yang ana tidak suka dan ada juga guru yang ana suka. namun begitu, walau bagaimana ana tidak menyukai guru ana sewaktu sekolah dahulu, tetapi selepas sekolah hubungan ana dengan guru2 ini semakin baik.

ana masih teringat bagaimana didikan yang diberikan guru ana dan nasihat yang pernah diberikan oleh seorang ustazah kepada ana. maaf kerana tidak dapat memberitahu apa nasihat tersebut. tetapi nasihat tersebut memang mendatangkan kesan kepada hidup ana. terima kasih cikgu..

apabila disorot kembali memori dizaman persekolahan dahulu, pasti ana akan mengenang semua guru2 ana. ada yang menjadi ibu dan bapa angkat ana, ada juga yang memberikan nasihat semanta kepada ana. keseronokan pabila berada di alam persekolahan menjadikan ana sendiri masih lagi aktif di sekolah lama ana dengan menjadi Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar (ALUMNI) SMK Taman Medan. 

benarlah kata orang, tidak mudah melupakan alam persekolahan. Jika ada pelajar skrg yg berminat kpd alam pekerjaan namun apabila habis belajar, alam persekolahan pasti akan dikenang. malah kadangkala wujud cerita2 lucu semasa mengenang kembali peristiwa lama ini. 

sebagai bakal guru, ana skrg ini cuba bersedia untuk bersikap sebaik mungkin terhadap mereka yang ana didik dengan memberikan ilmu kepada mereka kerna ana percaya kata2 orang2 tua, "apa yang kita lakukan kepada seseorang pasti akan dibalas oleh ALLAH sama ada pada diri kita atau kepada anak , cucu kita kelak". 

akhir kata dari ana, SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK DAN BAKAL PENDIDIK, semoga kita menjadi pendidik yang baik dan mendapat manfaatNYA di dunia dan di akhirat kelak.

p/s: hayati sajak dari Usman Awang ini, supaya menjadi pedoman pada kita semua..




BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Tiada ulasan: