Follower

20090508

Khas Untuk Para Wanita

BERAPA HARGA ISTERI?

Hargailah isteri anda...... 

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.    
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari  ,      
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh
pulak...      
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....    
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah  ,      
Tapi bila dah habis cuti tu..  . layanlah suami..."offer" lah pada suami
,      
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala  ...jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!      
Kata nak pahala lebih...    

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?      

Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah
izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam,    dia tak dapat masuk Syurga tapi      
Allah beri kelonggaran seksa kubur.      
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami 
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.    

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan      
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia 
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.    .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, 
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. 
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.    
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.    

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan 
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik 
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..    
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Ses  u  ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. 
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan 
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.  

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him, 
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him, 
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. 

"Wahai Tuhan... 
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... 

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami, 
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah 
meninggal dunia"...... 



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. 
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini 
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini. 
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!" 

Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 

Tiada ulasan: