selama sebulan ini, ada manusia yang xdikenali di Shoutbox ana cuba utk buat ana rasa kesian pada diri sendiri rasanya. tapi bagi ana, ana sendiri rasa kesian dekat diri beliau. katanya, ana sentiasa duduk dengan junior ana sbb ana tiada kawan? (maybe beliau ini pelajar IPGM yang sama kampus dengan ana juga.)
budak junior melarikan diri and budak batch ana sendiri xnak kawan dengan ana? hahahaha,,, tergelak pon ada.
sebelum ana ulas, ana harap semua pembaca ingat kata2 ini
"MENGAPA PERLU BERSEDIH ANDAI DIRI TIADA KAWAN KERNA CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI TEMAN"
"YANG MENGIKUTIMU SEMASA MEMBAWAMU KE KUBUR ADA TIGA, DUA AKAN PERGI DAN SATU AKAN BERSAMAMU. DUA YANG AKAN PERGI ADALAH (SAHABATMU, KELUARGAMU, SANAK SAUDARAMU) DAN (HARTA MU), DAN YANG AKAN KEKAL BERSAMAMU ADALAH AMALANMU"
"SAHABAT YANG SEJATI ADALAH YANG BERADA DIHADAPANMU, DI ATASMU, DI KIRI DAN KANANMU, DI BAWAHMU TETAPI BUKAN DIBELAKANG KERANA SAHABAT YANG DIBELAKANG TIDAK AKAN MELINDUNGIMU, MAKA PILIHLAH SAHABAT YANG SEJATI YANG MAMPU MELINDUNGIMU SEBAGAI TEMAN HIDUPMU"
sekarang biarlah ana ulas serba sedikit tentang diri ana. ini kerana permasalahan ini berlaku kerana manusia ini tidak mengenali ana secara lebih dekat, tidak mengetahui bagaimana diri ana dan siapa diri ana.
ana bukanlah seorang yang ramai sahabat sejak dari sekolah lagi kerana ana sendiri lebih suka hidup dengan sahabat yang sedikit. ini kerana pengalaman masa kecil mengajar ana bahawa sahabat itu tidak kekal lama. maka kurangnya sahabat tidak pernah mendatangkan kesan kepada ana. Jika ada orang tidak mahu berkawan dengan ana, itu terserah kepada mereka kerana ana sendiri mampu utk hidup sendirian jika ana mahu kerana ana pernah lakukannya.
lebih2 lagi, pengalaman mengajar ana bahawa kebanyakan orang yang bersahabat dengan ana hanya tahu mempergunakan ana sahaja. maka, jika kurang sahabat, hidup ana lebih happy lagi kerana ana tidak perlu fikir mengenai dipergunakan.
tambahan pula, ana dididik oleh ibubapa ana dengan kawalan yg agak ketat sejak zaman nakal2 waktu kecil dulu hingga ana menjadi seorang bakal guru sekarang ini. kawan2 ana semuanya dikenali oleh ibubapa ana. dan ana bersyukur kerana ada mak yang sayang bangat kepada ana. sekurang - kurangnya 4 kali seminggu beliau telefon tanye khabar. dengan mak yang sebegini sayang dekat ana, ana rasa sahabat tu berada di tangga ke 4 dlm hidup ana.
secara ringkasnya, kenapa ana kurang kawan:
1. sikap ana sendiri yang xsuka cari kawan
2. didikan keluarga yang sudah cukup sebagai teman hidup
3. takut dipergunakan setelah banyak kali dipergunakan.
sekarang ini, ana sendiri mengurangkan penglibatan diri dalam segala perkara dan menolak apa2 penglibatan ana dalam apa2 acara yang tiada kepentingan terhadap diri ana. semuanya kerana ana sering dipergunakan. kalau tak tolak pun, pasti kerana arahan seseorang yang menyebabkan ana ambil peranan tersebut.
seperkara lagi, ada dua sebab mengapa seseorang mahu membuat manusia yg lain itu rasa kasihan pada diri sendiri. yang pertama, kerana rasa cemburu atau dengki terhadap manusia tersebut dan yang kedua rasa sedih melihat penderitaannya. dalam hal pengaju ini, ana rasa dia dikategorikan sbg yang pertama.
mengenai junior melarikan diri dari ana, ana sendiri xfaham maksud ini. sebabnya mudah, ana ada dua junior dalam IPGM ini. dan junior yang mane yang ditujukan oleh pengaju ini ana sendiri xtahu. mungkin beliau menggunakan dua mata yang ada dikepala dan tidak menggunakan akal untuk berfikir semasa melihat tersebut. wallahualam....
jika beliau mengatakan junior melarikan diri, ana rasa dia perlu melihat sama ada ana atau junior tersebut yang melarikan diri dahulu. sama juga apabila mengatakan budak batch ana tidak mahu berkawan dengan ana, dia perlu melihat sama ada ana atau kawan2 ana yang tidak mahu berkawan. kerana dalam hal ini, kedua2nya melakukan perkara tersebut.
sebelum menutup penulisan ana ini, harapan ana kepada pengaju:
sudah2lah hajatmu untuk membuatku rasa kesian kepada diri sendiri kerana diriku sudah biasa hidup sebegini. sepatutnya kasihanilah diri sendiri kerana rasa dengki dalam diri terhadap seseorang itu boleh merosakkan diri kelak. dan belajarlah hidup bersendiri dari sekarang kerana di kubur nanti dirimu akan bersendiri. tiada sahabat sebagai teman selain amalan dan bacaan al-quran
38 ulasan:
waa..sy juga kurang kawan yg btol2 memahami diri..slalu rase mmg nk cr family utk cerita ape2..
Sy tiada kawan
Sy pown xde kawan... 😂
Sy pown xde kawan... 😂
sy pon
sy pon
Saya rasa dikhianati dan dipermainkan sebab kehadiran saya juga kdngkala cuma mngisi masa lapang mereka ktka mreka tiada kawan.
Saya dh biasa tak ada kawan...tp jika ada yg sudi nk berkawan..tegur la ye..
Samalah mcm saya
Samalah mcm saya
Saya pon,saya ade kawan tpi banyak yg pergunakan saya,sekadar nk mengisi lapang mereka ketika mereka tiada kawan,rasa sakit hati pon ade,cukup Ade Allah
im not alone rupanya .hai gank :D , ade kawan .tap blom jumpa lg yg ikhlas nk kawan.mungkin aku ni jenis xreti borak sgt kot.aku cpt rasa janggal , xpandai nk lepak berdua saje dgn sesape je la, nnti rasa awkward ..tp ikhlas aku ingat semua kawan aku.even dorg mmungkin tahu kehadiran aku .tp ntah la. aku rasa korg paham kot.ak selesa lepak sesorg .makan sorg .ade kawan ade mmg ade.. sahabt tu yg ak xde dan xkkn pernah ade..sad..hahaha.xtahu nk share kat spe.da jumpa gank ni .aku share sini je la.hahaha.assalam guys .haha
Aku pon nak share skit lah..aku pon sbnrnya stress jgk nowadays sbb xde kawan punya psl..kekadang rasa lonely gila..diorg sindir aku depan2 kott..klu dlm presentation..cg kan srh divide group..aku selalu diketepilan..aku sedar yg aku ni x pandai ..xpndai borak..selekeh..x cool...tpi aku ikhlas kwn ngan diorg2
...cuma diorg je xsedar..sindir tu obvious gila..aku mcm xde supporter lgsung...diorg semua mcm usaha gigih nak jauhkan diri dari aku..haritu aku ada group aku sendiri..3 org blah mcmtu je sbb x best..plus..sbb aku xpndai nak amik hati diorg..aku sedih sgt..2 org je stay..itupon sorg lagi bdk baru..psl present pon semua aku buat..bukan riak..bukan ungkit..tpi tbh aku x prnh harapkan apa2 pertolongan dari diorg..aku dh curahkan sgalanya ..tpi nak buat mcm mana kan..klu dh xsuka tu means mmg tk suka lah forever..aku cuma nak rasa diterima oleh semua org je..tu je...aku cuma anggap ni sbgai ujian berat aku..n aku akan hadap semua ni dgn teguh..sesapa yg baca..doakan2 lah aku dlm doa korg sekali ye..
Saya mula masuk sekolah menengah tahun 2013,skrg saya form 5 (2017) .Semenjak saya masuk sekolah menengah,sya tkde sorang pun kawan.Semua org tk nk kawan dgn saya.Hanya sebab saya ni "Pelat" dan "Selekeh".Orang selalu mengutuk di blkg saya.Saya tertekan dek kerana kutukan yg diterima ditambah pula tiada kawan yg dpt saya luahkan isi hati saya.
Jangan layang sangat diorang tu... Samalah kite..saya ni lelaki yang berpewatakan lembut jadi semua orang selalu tidak endahkan saya....jangan lah mengalah ye tuhan kan sentiasa bersama manusia kita tidak pernah bersendirian
Sama laa kita..
Saya pon
Saya pun pun😢
Kat sekolah ade sorang je kawan dengan saya kadang dia tak layan saya
Dan saya cakap dekat dia.dia tak cakap di senyap dia tak layan bencinya
Nk share sy punya cerita pulak.
Semenjak sekolah mmg tkde kawan rapat. Time sekolah rendah mmg tkde yg kawan rapat dgn saya. Dan zaman sekolah rendah mmg berlalu dgn begitu pantas sekali. Masa sekolah rendah dulu tkde pun rasa nk ramai kawan or pentingnya ada kawan.
Then masuk skolah menengah pun sama. Masa tingkatan 1 dan 2 tu ada la sorang kawan. Pastu tingkatan 3 dia pindah sekolah. So lepas tu takde kawan langsung. Kalau ada pun sbb nk tanya soalan yg diorang tk faham. Yer aku akui aku sgt beruntung sbb Allah beri aku minda yg sgt pandai. Mmg gifted gila. Mudah faham. Dan selalu cemerlang. Aik sejak bila guna "aku" ni ?
So habiskan sekolah menengah macam tu je. Aku ada effort nk kwn dgn classmate aku. Yg sorang tu, aku tolong dia macam2. Kerja kursus pun aku tlg dia. Tp dia tkde usaha pun nk rapat dgn aku. Dia lebih rapat dengan classmates aku yg lain. Yg lebih periang. Yg femes2. Yg cakap banyak. So aku lalui mcm tu sampai habis SPM.
Skrg dekat university pon semua benda tk berubah. Sama. Kawan hanya utk kepentingan mereka. Kawan bila mereka mahukan sesuatu dpd aku. Aku keseorang. Ya, aku sedar aku ada Allah. Cukuplah Allah bagi aku. Hasbiallah. Tp.... perasaan utk ada geng dan sahabat spt classmates aku yg lain tu tetap ada. Aku tetap mahukan seorang sahabat. Yg memahami aku. Yg mahu kwn dgn aku.
Kekadang rasa mcm aku yg sombong. Aku yg pendiam. Tp dah macam2 effort aku buat. Aku tlg mereka siapkan assignment. Aku tlg ajar mereka subjek yg mereka tak faham. Bukankah itu dianggap sebagai effort utk berkawan ? Sepatutnya mereka semakin rapat dgn aku. Tp tidak ! Mereka hanya carikan aku bila mereka perlukan aku.
Betul lah apa yg diperkatakan. Bila kau selalu ada utk org lain, mereka akan anggap kau tu akan selalu ada. Mereka ambil mudah ttg kau. Mereka tahu yg kau akan selalu ada utk mereka. Tp mereka ? Mereka ada ke semasa kau prlukan seorang kawan ?
Kekadanh duduk sorang2 nangis kenangkan tiada kawan. Tiada org utk aku luahkan. Aku suka tgk kawan2 classmates perempuan. Mereka ada geng. Kemana bersama. Berborak bersama.
Tapi aku lelaki. Aku lebih rendah daripada org lain sebayaku. Aku juga pendiam. Aku juga sedikit lembut dari yg lain. Suaraku juga lebih lembut dari yg lain. Mereka juga kadanh2 menggelarkan aku sbg perempuan. Perit. Sakit hati.
Tapi ini semua tidak akan berkesudahan jika aku mengenangkannya. Keadaan akan sentiasa sama. Aku sentiasa berdoa kpd Allah. Dkt uni ni ada sorang kawan sekolah rendah. Aku suka personaliti dia. Dia juga pendiam. Tp malangnya dia fakulti lain. So mmg tidak akan rapat.
So macam tu la hari2 aku skrg. Kadang2 rasa sedih. Tp kadang2 rasa gembira sbb selalu aman dan harmoni. Tk perlu terikat dgn org lain.
Tu je kot. Tq sesiapa yg baca.
Buat rakan rakan semua, percaya la nak cari kawan tu mmg mudah, tersangat mudah. Kita semua ada kawan, baik kawan yg kita kenal depan² dan ada juga kawan yg kita kenal di media sosial.
Setiap org ada kawan, ada org yg beranggapan hp yg dia pegang ni pun adalah rakan dia, sebab apa? Sebab hp ni Ada time dia sedih dan gembira.
Bagi yg rasa tiada kawan tu, fikir balik. Kalau korang ada up status apa ii ke kt fb, instagram, even kt mana ii sekalipun dan ada org komen, tu bermakna masih ada org nk ajak korang berborak and itulah kawan korang di alam Maya.
Sebenarnya semua orang ada kawan tapi kenapa ramai org yg rasa diri dia tak ada kawan? Jawapannya kerana dia mencari kawan, bukan "sahabat".
Setiap org boleh hadir dlm hidup kita dan jd kawan kita tp seorang sahabat tu akn ada dgn kita "waktu susah dan senang"
siapakah org yg patut kita jadikan sahabat dlm hidup? Kalau korang kata seorang "kawan" percayalah korang tak akan jumpa :,) mungkin ada yg dh jumpa tp seorang sahabat yg datang dari seorang rakan itu takkan kekal lama, percayalah mereka akan pergi jua seiring nya waktu berjalan.
Cuba renung dalam dalam, disaat korang dalam kesusahan, disaat korang ada masalah, disaat korang rasa tiada siapa lagi faham korang kat Dunia ni, time tu last sekali yg muncul kt fikiran korang siapa? Saya yakin jawapannya Allah swt.
Percaya atau tak, kita suka cari Allah disaat terakhir bila tiada apa lagi yg kita boleh buat, atau apabila kita menemui jalan buntu . Pada saat itu, kita cari Allah bila kita tiada apa apa tp Allah tetap pandang kita dgn penuh kasih sayang.
Jadi fikir sejenak, korang hidup saat ini pun Allah yang bagi, rezeki korang pun Allah yang bagi, kesihatan yg baik korang ada saat ni pun Allah yang bagi. allah bagi korang kesenangan, kemudian bila korang ada masalah mengadu pada Allah, Allah bagi Juga jalan penyelesaian, baik cepat atau lambat.
Jadi Siapa yg sebenarnya yg ada dengan kita disaat "susah dan senang"? Kita lupakan Allah time senang tp Allah sentiasa ingat kita dan syg kan hambanya walaupun kita lupakan dia, bukan kah dia sahabat yg sepatutnya kita cari ?
berfikir lah dengan lebih dalam, percayalah. Kawan kamu, harta kamu, apa pun yg ada pada kamu pada saat ini, akan perlahan tinggalkan kamu .
Semuanya akan tinggalkan kita cuma kita tak tahu bila, yg pasti kita akn hilang Segalanya suatu masa nanti.
Yg ada Hanya Allah swt. Kita hidup mengharapkan Allah kita mati nanti pun kembali pada Allah. Jadi, buang mindset sahabat itu perlu dgn manusia, jika ada pun, biarlah sahabat dari manusia itu sahabat yg mendekatkan kamu dgn Allah swt.
Bersahabat lah dgn tuhan sendiri, in shaa Allah akan bahagia dunia dan akhirat :')
hye guys,sye rase kena share jugk maslh sye psl kawan ni sebb sye ni jenis yg suke memendam rse,klau ikutkan sye ada ramai kawan dri sklh rendh lgi tpi bile start masuk sklh menengh jer terus rse cm lonely sebb semasa orientasi tingkatan satu sye terjumpe kawan sye dri sklh rendh tu tpi die buat2 tk knl sye ni agk lme jugk mase yg sye ambil untk cari kawan, then mase f2 sye ade kawan dri sklh rendh sye blik n beberapa kawan baru tu pun sye buat ape sahja aslkn dpt berkwan dengn diorng cth buat presentation untuk kitorng punya team sye tulis sye bentng dan mende ni berlaku secara berterusan dri hari ke hari
time sye f3-f4 pun gitu2 jugk but sye ade sorng kawan sye ni sye berkwan dengn die dri f1 lgi dan ade stu hari tu sye left drpd group yg die buat tu i mean group untk kitorng lh ,n ade sekli tu ade sorng kawan sye chat sye kt wassap n anta satu chat yg pnjng rupanya2 chat tu psl kawan sye tu kutuk2 sye dri blkng mmng2 kau2 lh sye kena maki kena kutuk n sye lps drpd hari tu terus sye chat die ckp ngn die memng marah hbis lh pastu tk berckp pun ngn die untuk beberpa tahun ,then kitorng berbaik time f5 tu pun sye yg kena mintk maaf dulu tk tau kenape kena jage jugk hati orng lain n until now dh masuk u pun agak2 lonely then sye decide untk berkwan jer ngn sape2 klau tk nk kawan tkepr so sye kena bertahn untuk 2 tahun 1/2 bljr tnpe ade kawan hmmm ,sape2 dlm blog ni klau nk sudi nk berkwan ngn sye sye okay jer my wassap -016 1531405
Saya ade jumpa sorang rakan yang sangat pendiam dan pemalu bioa ditanya soalan sebarang jwpn pon tidak dijawab hanya dibalas dengan kata pala sendiri je.Time rehat pon rehat sorang2 orang sekeliling tiade siapa yang pandang die bila dah tahu die seorang yang sangat blur selekah hodoh tiada fungsi dalam hubungan kekeluargaan.Harap semua yang dibaca di bawah ni dapat memberi iktibar kepada anda supaya jangan jadi seorang yang sangat sombong di dunia
Samalaa
Iye, bersahabat dengan yang maha Esa lebih menenangkan.Rakan2 dan diri saya juga moga tidak putus asa mencari cintaNya.In sya Allah.ameen YRA.
Samalah rasa sedih sangat2 bila xde sahabat ni...kadang2 rasa nak menangis tapi saya still tahan dan kuatkan diri jgk..bila family wassap ada kawan x kat sana saya terpaksa tipu ckp ada...saya xpernah bagitau family pon sbb saya x nak family rasa risaukan saya kat sini..saya berdoa kpd allah supaya dpt kuatkan diri dgn ujian yg ade ni dan dpt sahabat yg baik...siapa2 yg nak berkenalan dgn saya ni no wassap saya 0147399219 terima kasih..
Samalah
sy pon tkde kawan, skit je..
Rmai kwn pompuan pon tk semestinye kite ngam, nk cri sahabat je.. kawan tu kwn kt mne2 pon boleh . sahabat tu susah nak cari
Ade sape2 yg sudi tak berkawan dengan saye ? 😂😂 saya tk pndai mne pon, sy mungkin seorg pndiam tpi sy adalh pendengar yg baik
hai ! 😁
Sy seorg lelaki lembut tp ramai kwn² x tau identiti sy. Sy mencari beberapa kwn yg boleh menerima sy sbg seorg lelaki lembut. Biarlah antara kita rahsia ini. Sy bkn org senang tp sy ada..kereta & motor utk travel. Sy suka travel sorang² sbb xde kwn. Boleh wssp sy Baby di 0136743822..wssp ahj dulu ye.
org yang pandai hiprokrit yg selalunya ramai kawan
hi..semua...Sya seronok bca sharing korang psl topik x ramai kwn, alone forever just like me but trying to be happy..di tmpt krja sya semua kwn2 x brapa melayan sya brcrita pun suam2 kuku sja ibarat mcm yg trpksa buka mulut..x tau mna silap slh yg sya bt dri seorang yg x suka sya jdilh semua yg x suka klu di ikutkan sya ni jnis kuat melawak juga tapi nthlh..kadang sya bingung sya x kacau orng, x juga cri mslh dengan kwn2 tpi tetap x di sukai
Sy pun xda kawan dari sekolah sampai dah keja. Ramai rapat dengan sy lama2 akan jauhkan diri.pergi mana pon soran2.sy jenis xbanyak cakap. Bukan xnak cakap tapi jadi blur xtau apa nak sembang. Apalah nasib diri sy ni
Saya pun jenis yang x pandai sembang dan berbual. Aku alone kat sekolah
Aku baru tahu yang orang lain pun ramai lagi yang takde kawan. Aku ingatkan aku seorang jer yang takde kawan. Memang rasa hina sangatla bila takde kawan , stres gila macam nak mati dah rasanye
Catat Ulasan