Follower

20110908

Dimana Kekuatan Kita??


~~~~~~~~~~ 
 Ada seekor anak harimau telah dilahirkan di tengah-tengah sekumpulan kambing. Dia dipelihara oleh sekumpulan kambing dan bermain-main dengan anak-anak kambing.


Apabila dewasa, dia merasa pelik dengan tanduk yang tumbuh di kepala anak-anak kambing, sedangkan dia seorang sahaja yang tidak bertanduk. Harimau ini menyangka, jika bergaduh dengan kambing yang ada tanduk, maka dia akan kalah kerana dia tidak ada tanduk.


Dia yakin bahawa, haiwan yang bertanduk besar akan dapat mengalahkan haiwan yang bertanduk kecil.


Maka, anak harimau berasa sangat rendah diri dan sangat takut kepada kambing.


Pada suatu hari, ketika dia berjalan seorang diri..Dia terjumpa dengan sekawan harimau. 

Maka seekor harimau telah berkata kepadanya bahawa, “Kamu adalah harimau”, 
Tetapi anak harimau tadi menjawab : “Tidak, saya adalah kambing…”
 Harimau lain katakan : “Kamu harimau! Kekuatan kamu bukan pada tanduk. Tetapi, kekuatanmu terletak pada cengkaman kukumu, gigi taringmu, serta suara aumanmu”


Maka untuk meyakinkan anak harimau itu, harimau-harimau lain membawanya ke tepi kolam dan dia disuruh melihat wajahnya. 
Kata harimau lain “ Lihatlah wajahmu..bukankah sama dengan kami?”

Barulah anak harimau itu sedar.. Rupa-rupanya dia bukanlah seekor kambing, tetapi dia adalah harimau. 

Kemudian ia dibawa oleh kumpulan harimau tadi ke suatu tempat, dan diajarkan bagaimana untuk menggunakan kuku, taring, suara, dsb selama tiga hari.


Selepas tiga hari, maka ia dikembalikan ke kumpulan kambing tadi. Ketika ia berada di tengah-tengah kumpulan itu, maka anak harimau itu mengaum dan larilah semua kambing-kambing mendengar ngaumannya itu.
~~~~~~~~~~ 

kisah ini sama dengan kehidupan kita. Apabila kita biasa duduk dalam zon selesa kita, maka kita kadang-kadang akan merasakan diri kita ini adalah golongan yang lemah. Padahal kita sebenarnya adalah insan yang kuat sebenarnya. 

Cuma di mana kekuatan kita yang harus kita cari.

Anak seorang buruh kasar tak semestinya menjadi buruh kasar. 
Anak seorang banduan tak mungkin menjadi seorang banduan
Anak seorang imam tak semestinya menjadi iman 
dan
Anak seorang tukang sapu tak semestinya menjadi seorang tukang sapu

Sekiranya kita berusaha, maka kita pasti akan berjaya. Kerana itulah, walau apa rintangan yang mendatang, jangan kita mudah berputus asa. Kerana berputus asa bukanlah cara seorang mukmin. 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dan sekiranya kita tidak bersabar dan mudah berputus asa, maka terimalah akibatnya kelak apabila tidak dipedulikan oleh Allah di akhirat kelak.

Daripada Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Fudhalah bin ‘Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari rahmat Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir) 
Wallahualam....


Tiada ulasan: