Follower

20110909

Kita Hidup Sehari Jer !!!!!


Teringat masa praktikum dulu, ada anak murid yang memberikan teka-teki kepadaku, teka-tekinya pelik dan jawapannya juga pada asalnya pelik tapi apabila aku mula berfikir semula, baru aku sedar, benar sungguh jawapannya.

soalannya:
pagi berkaki empat
tengahari berkaki dua
malam berkaki tiga
apa jawapannya?

jawapannya:
manusia
muda pada pagi, merangkak
dewasa pada tengahari, berjalan
tua pada malam, bertongkat

apa yang aku faham??


Hidup ni cuma sehari macam ustaz-ustaz dulu cakap. Hidup cuma sehari ni maksudnya, kita hidup pagi, petang dan malam. Tak lebih dan tak kurang. Apa yang dimaksudkan dengan pagi, petang dan malam ni? 

Mudah saja, manusia yang hidup pada waktu pagi ertinya semasa manusia tu kecil, tak pandai berjalan walaupun ada kaki, kena la merangkak, Semua benda nak kena orang tolong buat. Disebabkan semua benda orang tolong buat, maka kuranglah dosa yang dia buat. Sama saja macam meja, kukuh berdiri dengan empat kaki, cukup untuk menampung segala berat di atasnya. terima jer apa yang orang bagi. 

Bila sudah mula pandai berjalan, mula masuk akil baligh, ini yang dipanggil sebagai tengahari. Kehidupan remaja itu ibarat duduk ketika tengahari. Panas saja keadaannya. Semua benda dia nak balun. Dosa, Pahala semua dia nak buat. Kalau boleh, semua benda dia nak merasa selagi belum meningkat dewasa. Sebabnya ibubapa masih menanggung kehidupan dia. 


Tapi apabila dewasa, maka mereka mula lupa pada keadaan asalnya, mula pandai berdikari. Ini yang dinamakan petang kita. Hidup bersendirian menjadikan diri terlalu bebas, mula berbuat dosa lebih dari pahala. solat ditinggalkan, amalan mulia dilupakan, masjid hilang dari fikiran. Kalau boleh tak nak dengar bab-bab agama. Yang diingat pakwe, makwe, sex and fun. 


Bila meningkat tua, itulah bermulanya malam kita. Waktu muda-muda, lupa pada masjid, kopiah entah campak dimana. Kopiah mula nak letak di kepala. Cari-cari tapi tak jumpa. Kena pula beli kat kedai. Tapi tak jumpa, terus dia beli songkok walaupun songkok tu dulu dia kutuk bagai nak rak sebab senang sangat berbulu. 


Waktu malam ni la mula nak pakai tongkat. Apa dia tongkat tu? tongkat ni la pahala untuk sokong diri masa dalam kubur dan kiamat nanti. Sebelum ni langsung dia tak teringat nak "spare" tongkat dalam diri, sekarang barulah mula nak mencari.


Memang lumrah manusia, kita mudah lupa. Bukan Melayu saja yang Mudah Lupa, tapi semua manusia lumrah mudah sangat lupa. 


Semasa senang tak ingat apa, semasa susah baru terkejar-kejar mencari di mana-mana. 


Sekadar nak menasihat sesama kita, carilah pahala sebanyak yang perlu, kerana dunia ni sekadar pentas saja. Allah sendiri menghina dunia kerana itu Allah berikan dunia kepada golongan yang melawanNYA tapi dia berikan kepada kita Akhirat yang pastinya mendamaikan jiwa. 


~Maaf andai ada yang terasa kerana ini adalah nukilan ikhlas dari jiwa. 

3 ulasan:

Ibrahim Ismail berkata...

Amboii cerdiknye anak murid ye. Btw, blog majalah Islamik: http://almuzakkir.blogspot.com

Ahmad Fahmi berkata...

hehehe,,, boleh tahan la cerdiknya. sebab cikgu dia pun xterfikir jawapan tu mulanya. ^_^

Miss EZ berkata...

bgusnye teka-teki ank murid tu..mmg buat kte berfikir pnjg..kitar hidup manusia..n kitar hidup tu lg lengkap klu dipenuhi dgn amalan baik :)