Follower
20090721
Himpunan Hadis II
20090720
Himpunan Hadis
Hilangnya Sifat Amanah Sedikit Demi Sedikit |
Hadith : |
Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata” Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.” (al-Bukhari 81:35 ; Muslim 1:62) Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal Hadith : Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti." [Anas r.a] |
20090714
Dajal serta Ya'juj dan Ma'juj
Hadis Rasulullah dari Jakim yang berbunyi:
Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: “…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan – mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya – susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang – mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi).”
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”
Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?” Baginda s.a.w menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;”
Baginda s.a.w menerangkan lagi: “Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: “Lud”, lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;”
Nabi s.a.w menerangkan lagi: “Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: “Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya’juj wa Ma’juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya’juj wa Ma’juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya’juj wa Ma’juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya’juj wa Ma’juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu”; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum.”
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
Berdasar Hadis ini, Dajjal akan muncul dahulu sebelum yakjuj dan makjuj. Dan saya kira keterangan Hadis Rasulullah jelas menunjukkan turutan kiamat itu.
Saya juga masih mencari jawapan tentang yahudi dan akhir zaman. Yang mana, mereka nanti dibunuh sehingga pokok dan batu juga akan bersuara dimana mereka bersembunyi.
Mencari Ketenangan Jiwa
20090712
Kuasa....
Ada projek ada habuan ada kuasa dapat habuan.
20090707
Tazkirah: Tanda - Tanda Kiamat
20090706
Today Post - Photo And Word Only,,,,
Gambar kaki ana sebelum dibalut @ selepas kene stick hoki
Suasana dekat klinik
Gambar selepas jumpa doktor hari ni
Kaki bersama surat MC, hehehe,,,,,,,
Gambar menunggu giliran dekat klinik kesihatan
“Ya Allah, Kurniakanlah Kekuatan Kepada Hamba-Mu Ini. Jadikan Hati Ini Tabah Dengan Dugaan Yang Engkau Berikan Ini..”
20090704
Dugaan Allah Untuk Hamba Yang DicintaiNYA...
tarikh 3/7/09, pasti akan ana ingat sebagai pengalaman kepada ana. sedang sedap2 main hoki xsangka pulak boleh terseliuh pula. (sebab apa terseliuh?? herm,, ana xnak beritahu, think positif k..) meraung daku di tengah padang. hehehe,,,, sakit betul, xtahan ana. nasib baik ada rakan ana, Atif dan Anas tolong bawa pegi hospital. sebenarnya xpayah pegi hospital pun xpe, tapi ana risau takut patah sbb ana ni kurus, senang sgt nak patah klu kene kayu hoki ne.
pkl 7 lebih sampai hospital kene tggu dua jam baru boleh x-ray sbb jbtn x-ray hospital xbukak lagi. pkl 9 baru dia bukak. aduhai,,, lama betul menunggu... nasib baik la ana ni penyabar sikit n ada rakan yang jadi peneman. kalau x, komfem ana cakap dekat doktor tu, "sy balik dulu ye bang". hehehe,,,,,,,,,,,,,,,,,,
lepas x-ray, kene tggu doktor plak, setengah jam menunggu baru la dilayan, syukur2, sbb xde apa yang patah. tapi bile tgk kaki time tu, dah nmpk dah bengkak besar and dah lebam2 dah. xpela,,, anak jantan kene terima sume ne... sampai je bilik ana terus tunaikan solat, maghrib dan isyak. nak tdow plak kaki ni berdenyut2,,, aduh, tahan saja laa...
bangun solat subuh ana tgk kaki ana, xsangka bengkak makin merebak dan makin biru kaki. xpe2,, ujian ALLAH, terima dgn redha. tapi ana syukur sbb ana boleh jalan sedikit daripada semalam waktu mula2 kene. tapi yang pastinya, ramai pelik tgk ana jalan terjengket - jengket. mana tidaknya, budak hyperaktif berjalan sana - sini mengacau orang jalan jengket - jengket plak. xke pelik jadinye,,,
esok kuliah, dah komfem2 xboleh nak pegi. kaki terjengket2, takut ramai plak yang tanye nanti.. ntah2 ada yg pk negatif plak nanti. so, baik ana duduk dibilik saja.
walaupun ana rasa sakit pasal kaki tergeliat / terseliuh ni, sebenarnya ana bersyukur sbb ana masih ada kaki untuk berjalan. xsanggup ana jika kaki ini diambil balik oleh ALLAH. walaupun perit untuk berjalan, tapi asalkan ada kaki lagi, ana masih lagi bersyukur. ana xsanggup seandainya ALLAH tarik kaki ini untuk selamanya, kerna dengan kaki ini boleh la ana melangkah ke tempat2 yang baik dan ke tempat2 dimana ana boleh menyumbangkan idea untuk membentuk generasi muslim kini.
doakanlah kaki ana cepat sembuh dan dikurniakan hati yang tabah dalam menghadapi dugaan yang datang melanda bertimpa2 ini. amin....
20090702
Jagailah 7 Sunnah Rasulullah s.a.w
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
~Khalifah Allah~
Sesunguhnya orang-orang yg mnyatakn:"Rabbi Kami ialah Allah",kemudian mreka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):"janganlah kamu berasa takut & berasa sedih..." (Fushshilat ; 30)
Sesunguhnya orang-orang yg mnyatakn:"Rabbi Kami ialah Allah",kemudian mreka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):"janganlah kamu berasa takut & berasa sedih..." (Fushshilat ; 30)