Follower

20090704

Dugaan Allah Untuk Hamba Yang DicintaiNYA...



xsangka langsung dalam dua bulan ini rupa2nya nasib ana kurang baik sedikit. ada saja dugaan yang datang menimpa. bermula dengan hati yang xtenang, kemudian fikiran yang melayang entah kemana dan sekarang dugaan yang kedua terbesar pernah ana dapat, kaki terseliuh. perit2,,, Allah saja yang tahu bagaimana peritnya sakit ni. hendak berjalan pun susah, terjengket2 ana.

tarikh 3/7/09, pasti akan ana ingat sebagai pengalaman kepada ana. sedang sedap2 main hoki xsangka pulak boleh terseliuh pula. (sebab apa terseliuh?? herm,, ana xnak beritahu, think positif k..) meraung daku di tengah padang. hehehe,,,, sakit betul, xtahan ana. nasib baik ada rakan ana, Atif dan Anas tolong bawa pegi hospital. sebenarnya xpayah pegi hospital pun xpe, tapi ana risau takut patah sbb ana ni kurus, senang sgt nak patah klu kene kayu hoki ne.

pkl 7 lebih sampai hospital kene tggu dua jam baru boleh x-ray sbb jbtn x-ray hospital xbukak lagi. pkl 9 baru dia bukak. aduhai,,, lama betul menunggu... nasib baik la ana ni penyabar sikit n ada rakan yang jadi peneman. kalau x, komfem ana cakap dekat doktor tu, "sy balik dulu ye bang". hehehe,,,,,,,,,,,,,,,,,,

lepas x-ray, kene tggu doktor plak, setengah jam menunggu baru la dilayan, syukur2, sbb xde apa yang patah. tapi bile tgk kaki time tu, dah nmpk dah bengkak besar and dah lebam2 dah. xpela,,, anak jantan kene terima sume ne... sampai je bilik ana terus tunaikan solat, maghrib dan isyak. nak tdow plak kaki ni berdenyut2,,, aduh, tahan saja laa...

bangun solat subuh ana tgk kaki ana, xsangka bengkak makin merebak dan makin biru kaki. xpe2,, ujian ALLAH, terima dgn redha. tapi ana syukur sbb ana boleh jalan sedikit daripada semalam waktu mula2 kene. tapi yang pastinya, ramai pelik tgk ana jalan terjengket - jengket. mana tidaknya, budak hyperaktif berjalan sana  - sini mengacau orang jalan jengket - jengket plak. xke pelik jadinye,,,

esok kuliah, dah komfem2 xboleh nak pegi. kaki terjengket2, takut ramai plak yang tanye nanti.. ntah2 ada yg pk negatif plak nanti. so, baik ana duduk dibilik saja.

walaupun ana rasa sakit pasal kaki tergeliat / terseliuh ni, sebenarnya ana bersyukur sbb ana masih ada kaki untuk berjalan. xsanggup ana jika kaki ini diambil balik oleh ALLAH. walaupun perit untuk berjalan, tapi asalkan ada kaki lagi, ana masih lagi bersyukur. ana xsanggup seandainya ALLAH tarik kaki ini untuk selamanya, kerna dengan kaki ini boleh la ana melangkah ke tempat2 yang baik dan ke tempat2 dimana ana boleh menyumbangkan idea untuk membentuk generasi muslim kini.

doakanlah kaki ana cepat sembuh dan dikurniakan hati yang tabah dalam menghadapi dugaan yang datang melanda bertimpa2 ini. amin....

1 ulasan: