Follower

20090714

Mencari Ketenangan Jiwa

entah mengapa sejak selepas terkena kayu hoki dan kaki terseliuh ini, ana xpunya ketenangan jiwa. Jiwa ini terasa seperti ditikam sesuatu. kadang2 ana terasa seperti mahu memarahi seseorang, kdg2 terasa ingin disayangi seseorang dan kdg2 ana rasa seperti malas sangat.

selama ini, perasaan seperti ini xpernah muncul dalam hati ana. berbagai2 perasaan muncul. geram, marah, sakit hati dan berbagai lagi. malah yg menjadikan ana semakin serabut kerana apabila solat pon, ana masih tidak rasa tenang. adakah ini dugaan dari ALLAH?? ana sendiri tidak mengetahui. namun seandainya ini dugaan dariNYA, maka ana terima dengan hati yg redha.

selama smggu kesakitan di kaki ana, ana menjadi seorang yang semakin mudah terlupa. malah kdg2 ana sendiri pelik dengan sikap ana sekarang ini. hari jadi kakak dan abg ana pada 7 dan 12 julai yang lepas, ana lupa ucapkan selamat hari jadi kepada mereka. entah apalah kata mereka agaknya...

untuk pengetahuan semua, kaki ana sekarang ini beransur pulih. namun masih ada satu lg yg masih tidak baik lagi. kaki ana tidak dapat menampung beban badan ana. sukar untuk ana sembahyang seperti biasa skrg ini. semuanya kerana bengkak di bahagian buku lali masih lg ada. untuk melakukan duduk antara dua sujud cukup susah. sakitnya terasa hingga ke tulang. malah apabila bangun dipagi hari, ana xmungkin akan terus berjalan seperti sblm sakit ini, sebab jika ana jalan terus maka pasti ana kene menahan sakit yg melampau di bahagian kaki.

ana sedar ini adalah ujian ALLAH, namun ana harap ana diberikan ketabahan hati dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan ana sekarang ini. kepada semua pembaca, ana harap anta semua mendoakan ana sembuh sepenuhnya kerana dengan itu insyaallah dapatlah ana menjalani kehidupan dengan tenang hati dan jiwa.

Ya Allah,
Kau kurniakanlah ketenangan jiwamu kepada hamba mu ini,
tabahkan hatinya dalam menghadapi dugaan ini,
percantikkanlah peribadinya ketika menghadapi dugaan mu ini,
kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah, ilmu yang takkan padam
dan semaikan keimanan dalam jiwa kecilnya ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedang mencari ketenangan jiwa juga..jauh di perantauan..rase kesunyian