Follower

20090329

Apabila Allah Menarik Nikmat-NYA

beberapa hari yg lepas hingga ke hari catatan ini dipenakan, ana dalam keadaan yg kurang sihat. Demam yang mencecah hingga 39.7 darjah celcius menyebabkan ana jadi pening melampau, selesema, batuk dan demam. bak kata orang pakej 3 dalam 1 terus Allah berikan kepada ana.

bermulanya demam ana pada hari khamis, suhunya mungkin lebih dari waktu diperiksa kerana pada hari pertama, ana xmampu melelapkan mata. andai pejam sahaja pasti akan sedar selepas 30 minit. boleh dikira satu jam sekali ana tersedar. malah yang mengganjilkan ana, kaki ana terasa sejuk tp badan ana terasa panas. dalam kepanasan badan tersebut masih pula ana berselimut dan bersweater. tp badan ana tetap tidak berpeluh.

hari kedua menyaksikan keadaan yang lebih ringan sedikit bg ana. dengan ubat yang diberikan oleh rakan - rakan, ana gagahkan diri ke masjid utk bersembahyang jumaat. tp seperti biasa bg orang yg demam. selepas sahaja sampai ke bilik, tilam jadi sasaran. dan semalam ana ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. itupun kerana ana mendengar cadangan dari adik angkat ana yang menyuruh ana pergi ke hospital. dalam keadaan panas, ana pelik setiap orang memerhatikan ana. bila ana lihat balik diri ana, baru ana sedar, ana pakai sweater tebal pada waktu yg panas terik. patutla ada orang yg memandang pelik dekat ana. tp apakan daya, ana rasa kesejukan, mahu atau tidak, kenela pakai sweater.

selesai diperiksa dan dicucuk ubat demam, rasa kelat pula pada lidah. habis hilang semua rasa yg tggl kelat saja. nk makan xlalu, nk minum lg la susah. mungkin kesan ubat tersebut. sehingga pagi tadi barulah berkurang kesan ubat tersebut. sebenarnya, bila demam inilah baru ana terasa betapa nikmatnya pemberian ALLAH ini, baru sahaja di tarik sedikit dari ana, terus ana rasa betapa besarnya kekuasaan ALLAH dan kerdilnya ana.

jika sebelum ini, ana dgr lagu lima perkara sebelum lima perkara. sekarang ana betul2 memahaminya. SIHAT SEBELUM SAKIT itulah satu perkara yg menyedarkan ana. seandainya kita sihat kita mampu melakukan apa2, sehingga kadang - kadang kita lupa pada yg esa, tp bila kita sakit, barulah kita ingat kepadaNYA. sewaktu ana sakit, ana berfikir, ini ujian dari ALLAH kpd ana untuk mengajar ana supaya byk bersabar dan ingat padanya dan menghapuskan dosa2 ana yg lalu. xabis2 ana mengucap namaNYA tatkala ana demam. 

nikmat lidah dan tekak yg diberikan juga, apabila ditarik oleh ALLAH sebentar sahaja telah menyebabkan ana berfikir betapa malangnya nasib ana seandainya nikmat ini ditarik selama - lamanya. pasti ana akan merana dan xmampu menanggungnya. baru ditarik selama sehari ana jadi sasau, tak selera utk makan dan penin kepala, bayangkan apa yg terjadi andainya ditarik nikmat ini selama seminggu atau sebulan. mampukah ana bertahan?

akhir kata dari ana, doakanla ana sihat kembali supaya ana dapat terus berbakti dan bersama menjadi penghuni yg memakmurkan alam ini dengan tasbih dan tahmid kepadaNYA. amin,,,,,,

20090325

Adik Angkat??

Ramai sgt yang bertanya kepada ana, kenapa letak nama Ahmad Shazmie dalam mana - mana profile ana? sebenarnya, telah berkali - kali juga ana berikan jawapan tapi tetap juga wujud pertanyaan. mungkin kerana nama ana yg sebenar dgn nama shazmie ini jauh bezanya. 

sebenarnya, nama ahmad shazmie ini telah ana gunakan sejak thn 2003 lagi. nama2 dalam SHAZmie boleh dikatakan nama gabungan ana dan adik2 angkat ana. setiap huruf itu mewakili adik2 angkat ana yg dah hampir 20 orang semuanya. dan kebanyakannya lelaki. Kenapa LELAKI? jawapannye mudah sahaja, seandainya adik angkat ana melakukan kesalahan, maka ana boleh lakukan apa2 sahaja kepada mereka termasuk memukul mereka. seandainya perempuan, bukan muhrim ana, maka ana xboleh didik mereka dgn lebih sebab ada batas2 pergaulan antara ana dengan mereka. tapi, ini bukan salah satu alasan ana. sebenarnya, adik2 angkat ana dikenali tatkala ana menjadi fasi dalam mana2 program dan ada juga yang diambil tatkala ana sekolah lagi. 

apabila ana pergi menjadi fasi, pasti ana akan ambil seorang atau dua orang adik2 utk menjadi adik angkat ana. dan mereka yang ana pilih ini akan ana jaga sebaik mungkin. termasuklah dari segi makan dan minum serta pelajaran mereka. setiap perkembangan mereka akan ana tanye sama ada sebulan sekali atau dua bulan sekali. bergantung kepada tahap kesibukan ana juga. 

ada juga yang mengatakan nama shaz dalam ahmad shazmie itu adalah nama kekasih hati (aweks / teman wanita) ana. herm,, boleh diterima juga. sebabnya mudah. nama kekasih hati ana ada huruf2 tersebut juga. dan syukur alhamdulillah, hubungan ana dan dia kembali bertaut semula setelah bertahun berdepan masalah. masalah ini kebanyakannya dicetuskan dari ana dan sekarang ini ana mengubah sikap supaya hubungan ini kekal bertaut sehingga ke akhir hayat. 

sepanjang ana memberitahu yg ana mempunyai ramai adik angkat lelaki kepada mana2 sahabat yg bertanya xkira lelaki atau perempuan, kadang - kadang terpacul perkataan ana gay? herm,, tersenyum ana mendengarnya. ana faham, mereka yang mengatakan ini merupakan mereka yang kurang mengenali ana lagi. salasilah keluarga ana dari ibu ana sendiri mempunyai banyak adik beradik angkat. dan ana merasakan ini mungkin darah yang mengalir dari keluarga ana yang menyebabkan ana mempunyai ayah angkat, ibu angkat, abg angkat, kakak angkat dan adik angkat yang memahami diri ana.

sebenarnya, ana juga sedar, bukan perkara biasa bagi lelaki mempunyai adik angkat lelaki, kerana yang mempunyai adik angkat ini kebanyakannya merupakan mereka dari kaum hawa. oleh itu, nampak kaget bagi kaum adam mempunyai adik angkat lelaki yg ramai. tapi itu tidak menjadi alasan kepada ana utk tidak mengambil adik angkat lelaki. bagi ana, apa yang ana lakukan hanyalah untuk melahirkan insan yang berubah ke arah kebaikan. dan salah satu caranya adalah dengan mengambil adik angkat. 

yang pastinya, ana bukan gay. bagi ana, pemikiran kita kena berubah. jangan menganggap sesuatu yang luar biasa dari perkara yang jarang kita dengar itu sebagai satu perkara buruk. kadang kala ada kebaikan dalam tindakan yang luar biasa tersebut. 

sekarang ini, hidup ana bz sedikit. terlalu banyak tugasan yang perlu ana bereskan. dan yang paling penting, ana berjaya bereskan kertas kerja lawatan ke Parlimen yang ana rancangkan sebelum ini. syukur2. setakat ini sahaja coretan ana. insyaallah, jika ada masa, ana akan mencoret sedikit pengalaman dalam hidup ini, supaya dapat dikongsi bersama. JZZK..



20090321

Pendapat Kaum Quraisy Tentang Mukjizat Al - Quran


PENDAPAT WALID BIN MUGHIRAH

WALID ADALAH SALAH SEORANG HAKIM ARAB. BANYAK PERSELISIHAN ORANG ARAB DISELESAIKANNYA​.​ IA JUGA ORANG YANG KAYA RAYA. BEBERAPA ORANG QURAISY MENEMUINYA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MASUKNYA ISLAM KE RUMAH2 PENDUDUK. MEREKA MEMINTA PENDAPATNYA TENTANG AL-QURAN. KATA MEREKA, " APAKAH AL-QURAN ITU SIHIR MUHAMMAD, WAHYU ILAHI, ATAUKAH IANYA HANYA SEKADAR KHUTBAH ATAU SYAIR YANG DIBUATNYA? ORANG ARIF ARAB ITU MEMINTA WAKTU UNTUK MENGUNGKAPKAN PANDANGANNYA SETELAH MENDENGAR SENDIRI AL-QURAN.

WALID KEMUDIAN PERGI MENJUMPAI NABI SAW. SAMBIL DUDUK BERSAMA NABI SAW DI HAJAR ISMAIL IA BERKATA,​"​BACAKANLAH SESUATU DARI SYAIRMU" . NABI SAW MENJAWAB," YANG SAYA BACAKAN BUKAN SYAIR, MELAINKAN KALAM ALLAH YANG TELAH DI TURUNKAN UNTUK MEMBIMBING MANUSIA, " WALID LALU MENDESAK AGAR AL-QURAN DIBACAKAN. NABI SAW MEMBACAKAN TIGA BELAS AYAT PERTAMA DARI SURAH FUSHILAT. KETIKA SAMPAI AYAT , "JIKA MEREKA BERPALING MAKA KATAKANLAH, "AKU TELAH MEMPERINGATKAN KAMU DENGAN PETIR, SEPERTI PETIR YANG MENIMPA KAUM 'AD DAN KAUM TSAMUD, " BATIN WALID GEMENTAR LAUR BIASA. SELURU BULU ROMANYA BERDIRI. IA BEREDAR PULANG DALAM KEADAAN TAKJUB. IA TIDAK KELUAR RUMAH SELAMA BEBERAPA HARI, SEHINGGA ORANG2 QURAISY MULAI MENGOLOK-​OLOKNYA SERAYA BERKATA, "WALID TELAH MELEPASKAN AJARAN NENEK MOYANGNYA DAN MEMELUK AGAMA MUHAMMAD".

KETIKA SURAH AL-MU'MINUN DIWAHYUKAN KEPADA NABI SAW, BAGINDA SAW MENYAMPAIKAN KEPADA PENDUDUK MAKKAH DENGAN SUARA YANG SANGAT MEMIKAT. KEBETULAH WALID SEDANG DUDUK DI SAMPING BAGINDA SAW DAN MENDENGAR AYAT2, "DITURUNKAN KITAB INI DARI ALLAH, YANG MAHA PERKASA LAGI YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MENGAMPUNI DOSA DAN MENERIMA TAUBAT, YANG MAHA PEMURAH, YANG HUKUMAN-NYA KERAS. TIADA TUHAN KECUALI DIA. TIADA ORANG KECUALI ORANG KAFIR YANG MEMPERSILISIHKN​A WAHYU ALLAH.JANGAN TERTIPU OLEH PERBUATAN MEREKA DI MUKA BUMI"

AYAT INI SUNGGUH MEMPENGARUHI FIKIRAN WALID. KETIKA ORANG BANI MUKHZUM DATANG KEPADANYA, IA MEMUJI AL-QURAN DENGAN KATA2 , "HARI INI SYA TELAH MENDENGAR DARI MUHAMMAD SEBUAT KHUTBAH YANG BUKAN DARI JENIS KATA2 MANUSIA DAN JIN, KATA2NYA SANGAT INDAH DAN MENGANDUNGI KEINDAHAN YANG ISTIMEWA. CABANG2NYA PENUH BUAH, SEMENTARA AKARNYA PENUH RAHMAT. IA MERUPAKAN KALAM PALING HEBAT , TAK ADA YANG DAPAT MENANDINGINYA."

WALID MENGUCAPKAN INI KEMUDIAN BEREDAR. ORANG QURAISY MENGIRA IA SUDAH MULAI MEMPERCAYAI AGAMA MUHAMMAD.

MERNURUT BEBERAPA ULAMA. INI LAH PUJIAN PERTAMA MANUSIA KE ATAS AL-QURAN. UCAPAN WALID INI MENUNJUKKAN BAHAWA MUKJIZAT AL-QURAN AMAT JELAS BERBEZA DENGAN APA YANG DIFAHAMI OLEH ORANG2 ARAB SEBELUM INI DAN MEREKAK BELUM PERNAH MENEMUKAN KELAZATAN DAN KEINDAHAN SEDEMIKIAN KALAM KARYA MANA PUN SELAIN AL-QURAN.


PENDAPAT 'UTBAH BIN RABIYYAH

'UTBAH BIN RABIYYAH ADALAH SALAH SEORANG PEMBESAR QURAISY. KETIKA HAMZAH MEMELUK ISLAM, SELURUH PEMIMPIN QURAISY DILANDA DUKA DAN KESEDIHAN. PARA MEMIMPIN MEREKA KHUATIR BAHAWA AGAMA ISLAM AKAN SEMAKIN MELUAS. PADA TAHAP INI, 'UTBAH BERKATA."SAYA AKAN MENJUMPAI MUHAMMAD DAN MENAWARKAN BEBERAPA HAL KEPADANYA. BOLEH JADI IA KAN MENYETUJUI SALAH SATU TAWARAN SAYA DAN MENINGGALKAN AGAMANYA. " PARA PEMIMPIN MENYOKONG PANDANGANNYA.

'UTBAH MENJUMPAI NABI SAW YANG SEDANG DUDUK DI MASJID. IA MENAWARKAN KEPADA BAGINDA SAW HARTA, KEKUASAAN, DAN TABIB AHLI DENGAN KATA2 YANG LEMAH LEMBUT. SELESAI IA BERBICARA, NABI SAW BERKATA KEPADANYA, " ITU SAJA YANG INGIN ENGKAU KATAKAN?" IA MENJAWAB, " YA". NABI SAW BERKATA,​"​DENGARLAH AYAT2 INI, KERANA INILAH JAWAPAN TERHADAP APA YANG TELAH KAMU KATAKAN, "HA MIM. DITURUNKAN DARI TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG. KITAB YANG DIJELASKAN AYAT2NYA, YAKNI BACAAN DALAM BAHASA ARAB, UNTUK KAUM YANG MENGETAHUI, YANG MEMBAWA BERITA GEMBIRA DAN MEMBAWA PERINGATAN, TETAPI KEBANYAKAN MEREKA BERPALING (DARINYA); MAKA MEREKA TIDAK MAHU MENDENGARKAN".

NABI SAW MEMBACAKAN BEBERAPA AYAT DARI SURAH INI. KETIKA SAMPAI PADA AYAT KE-37, BAGINDA SAW PUN BERSUJUD. SETELAH ITU, BAGINDA SAW BERPALING KEPADA 'UTBAH SERAYA BERKATA, "WAHAI ABU WALID! SUDAHKAN ENGAKU MENDENGAR RISALAH ALLAH?" AGAKNYA 'UTBAH TERPIKAT OLEH KALAM ALLAH. IA MELETAKKAN TANGANNYA DI BELAKANG KEPALANYA. DALAM KEADAAN SEDEMIKIAN, IA TELAH MENATAP WAJAH NABI SAW SEOLAH-OLAH IA TELAH KEHILANGAN DAYA UNTUK BERKATA. IA LALU BANGKIT MENUJU KUMPULAN OLEH QURAISY.

DARI KEADAAN DAN AIR MUKANYA, PARA PEMBESAR QURAISY MENGETAHUI BAHAWA 'UTBAH TELAH TERMAKAN KATA2 MUHAMMAD SAW DAN KEMBALI DALAM KEADAAN TUNDUK DAN BINGUNG. SAMBIL MEMENDANG WAJAHNYA DENGAN SERIUS, MEREKA BERTANYA KEPADANYA, "APA YANG TERJADI?" IA MENJAWAB, "DEMI ALLAH! SAYA MENDENGAR DARI MUHAMMAD KALIMAH YANG BELUM PERNAH SAYA DENGAR DARI SIAPA PUN. DEMI TUHAN! ITU BUKAN SYAIR ATAU SIHIR. SAYA RASA SEBAIKNYA KITA MEMBIARKAN DIA MENYIARKAN AGAMANYA KEPADA SUKU2. JIKA IA BERJAYA DAN MENDAPATKAN NEGERI DAN KERAJAAN, ITU AKAN MENJADI KEBANGGAAN KAMU SEKALIAN DAN KAMU JUGA AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN. SEBAIKNYA, BILA IA KALAH, ORANG AKAN MEMBUNUHNYA DAN KAMU PUN AMAN."

MENDENGAR ITU, ORANG2 QURAISY MENGEJEK 'UTBAH KERANA PERNYATAAN DAN PANDANGANNYA INI SAMBIL MENGATAKAN BAHAWA IA TELAH TERSIHIR OLEH PIDATO MUHAMMAD SAW.

Kata - Kata Hikmah










20090319

Rahsia Iblis

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan)."


4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?." 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebihkurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

20090313

Adakah cinta memerlukan Sebab????

semalam ana ditanya, seandainya ana bercinta, adakah ana mampu utk melakukan segala - gala untuk cinta itu dan apa sebab ana mencintai wanita tersebut?

sebenarnya, sejak dari dahulu lg, ana sendiri tidak tahu apa erti cinta, yg ana tahu, perasaan sayang ana kepada ALLAH, Nabi, ibu bapa, adik beradik ana, dan adik2 angkat ana melebihi segala2nya. sehingga ana sanggup lakukan apa sahaja untuk membantu mereka. bercinta dgn akhawat? tidak pernah ana bayangkan lagi. bagi ana, biarlah ana menumpukan perhatian ana kepada pelajaran ana dahulu. selesai sahaja pelajaran ana, barulah ana berfikir ke mana hala tuju cinta ana.

bagi persoalan cinta adakah memerlukan sebab ini, ana merasakan cinta tidak memerlukan sebab. cinta yang sejati adalah cinta yg lahir dari hati yang mulus dan suci. tidak bersangkut dengan seks, kecantikan paras rupa dan ketinggian atau saiz fizikal. percintaan yang melihat kepada fizikal, tidak kan kekal lama kerana manusia diciptakan semakin tua, bukan semakin muda, maka percintaan yang disebabkan oleh kerana fizikal rupa paras atau saiz, akan membawa kepada cinta yg xkekal selamanya. 

cinta yang berkisar kepada seks semata2 pula adalah cinta yang akan membawa kepada bencana. ana sering terdengar mengenai kisah2 penagih dadah yang sentiasa menyusahkan isteri masing2. akan tetapi, ana sendiri merasa pelik, mengapa tidak dilaporkan aktiviti2 penagihan dadah lelaki2 ini kepada pihak berwajib, tetapi dibiarkan sahaja. dan akhirnya, setelah ana mencari beberapa artikel yang berkaitan dengan isu ini, ana menjumpai satu perkara yg memeranjatkan. rupa2nya, kebanyakan mereka yg menagih dadah ini hebat di ranjang, dan mungkin ini menjadi salah satu sebab tersebut. dan inilah cinta yang ana katakan sebagai cinta yg berkisar kepada seks.

cinta yang suci ini bagi ana perlu kita ambil contoh dari kisah nabi2 kita, bagaimana cinta Adam kepada Hawa, dan bagaimana cinta Nabi Muhammad s.a.w kepada Siti Khadijah. cinta2 ini bukan lah cinta dari kerana paras rupa atau harta tp kerana hati yang suci itu. teringat ana kepada kisah yang ana baca dari surat khabar dahulu, bagaimana seorang artis veteran kekal lama dengan isterinya, beliau mengatakan yang perasaan kasihan yang muncul dari hati itu menyebabkan dia dan isterinya kekal hingga sekarang.

jadi adakah cinta memerlukan sebab? sama2 lah kita fikir2kan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

20090312

Luahan rasa pembuka bicara........

syukurlah, hari ini ada kelapangan untuk mencatat sedikit perkara yang telah ana lakukan selama beberapa minggu ni. sebenarnya, hati ni sedih sangat sebab xdapat bercuti waktu cuti ni sebab terlibat dengan pertandingan bagi mewakili IPG Kampus Sultan Mizan (IPGMKSM) dalam pertandingan hoki.

kerana pertandingan ni, ana terpaksa tukar plan yang ana dah rancang betul2 sebelum tu. ana ingatkan ana dapat buat satu program motivasi di sekolah lama ana waktu cuti dan bawa adik2 junior ana di IPG ne berjalan - jalan di Kuala Lumpur tapi apakan daya tugas memanggil ana. klu diikutkan hati, hendak saja ana tolak tawaran mewakili IPG ini sebab bagi ana benda yang ana dah janji tu lebih penting. Tapi setelah berbincang dengan adik2 junior yang ana anggap seperti adik ana sendiri, maka ana ambil keputusan pergi mewakili IPG. 

masa nk buat keputusan tu, seminggu ana pening kepala memikirkannya, dengan kerja yang semakin lama semakin bertimbun dan kertas kerja lawatan ke PARLIMEN yang masih lagi ada masalah dengan pentadbiran. ana rasa macam nk menjerit je. tapi syukur sebab ada sokongan dari belakang yang beri semangat kepada ana. pada 3mac lepas ana balik ke kuala lumpur untuk berjumpa dengan mak dan abah ana. syukurlah, dapat juga ana lepas rindu sebulan xjumpa. sebenarnya, bila pening kepala dengan tugasan yang melambak, ana lebih suka balik rumah, berada dekat dengan keluarga. walaupun balik2 ana akan byk keje sebab nk tengok adik bongsu ana yg malas ke sekolah, tp ana rasa tenang sebab xperlu fikir pasal tugasan langsung.

sehari sebelum balik, ana dapat call dari seorang pak cik yang pernah menjadi AJK dalam satu program. dalam program tersebut ana jad MC. so, dia harap ana dapat jadi MC untuk satu program pada hari sabtu 7mac. tp malang nasib ana sebab xdpt nk penuhi pelawaan pak cik tu sbb ana sendiri balik ke IPG pada tarikh tersebut. sedey2...
2minggu sebelum catatan ni, ana hantar surat resign daripada menjadi EXCO ICT JPP. ramai yang bertanya kenapa nk resign? jadi terpaksa la ana beritahu sebab musababnya secara detail supaya tiada orang yang akan anggap yang bukan2 terhadap JPP yang mereka pilih.

ana xrasa ana perlu jadi JPP lg sebab ana sendiri merasakan sudah tiba masa untuk orang lain menjadi JPP. ana sudah 2thn bersama JPP n ana rasa dengan result ana yg semakin jatuh, memang telah sampai masa ana resign dan tumpukan pada pelajaran ana. tp setakat ini, ana dapat tahu yg surat resign ana dibekukan oleh semua org atasan (YDP, Ketua Penasihat JPP n Pensyarah Penasihat JPP). ana sendiri pelik, kenapa mesti bekukan? sebab bagi ana, ramai lagi yang mampu lakukan apa yang ana lakukan. jika alasan yang diberi kerana ana dipilih oleh student, ana rasa itu tipu sahaja. sebab ana bukan dipilih oleh student tp dipilih oleh YDP. dan ana terima jawatan ini pon kerana janji ana pada seorang adik angkat ana. dan ana rasa, janji ana terhadap adik angkat ana ini telah pun ana penuhi.

minggu ini pula, berbagai ragam yang terpaksa ana lihat, dan ana rasa ragam yang diperlihatkan bukanla satu ragam yang baik tp satu ragam yang menyebabkan kita dituduh bodoh sombong. ana tidak sanggup menegur tapi ana sentiasa membantu memulihkan dan menyelesaikan masalah ragam ini apabila perbincangan ragam ini menjadi semakin panas. bagi ana pengurusan yg lemah dan kurangnya pengalaman mengakibatkan sesuatu ragam berlaku. dan inilah perkara yang ana selalu takut berlaku pada diri sahabat2 yg rapat dengan ana. 

minggu ini juga ana diuji dengan selesema yang teruk sangat sampai menyebabkan ana pening kepala tahap ultraman + gaban. selama 4 hr dihinggap dengan selesema ini, selama itu lah ana rasa betapa lemahnya diri ana. dan ana bersyukur sebab ana diuji dengan dugaan yang kecil ini, bukan dugaan yang besar kerana sewaktu demam ini, ana terpaksa berurusan dengan pentadbiran IPG ana setiap hari untuk menyelesaikan urusan berkaitan kertas kerja kembara sosial ke PARLIMEN dan terlibat dengan latihan pusat bagi pertandingan yang bakal menjelang. 

esok atau lusa insyaallah ana akan bergerak ke SSBP (sekolah sukan bandar penawar untuk Kejohanan Antara Guru Maktab [KAGUM]). doakanlah perjalanan ana pergi dan balik ini selamat dan doakan juga kemenangan ana dalam pertandingan yang ana sertai..

20090309

Andai kematian datang,,, ia tidak mengira waktu.....

“Kau mahukan apa?”

Aku terkesima mendengar pertanyaan itu. Apa lagi yang aku mahu selama ini? Aku sudah ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu, mulut untuk bersuara..meluahkan semua rasa tidak puas hatiku, dan aku masih tetap ada udara untuk dihirup….menyedut jauh ke dalam kerongkongku, memberiku kekuatan, meneruskan perjuangan sebuah kehidupan milikku. Apa lagi yang aku mahu agaknya? Masih jauh perjalanan, langkahku ini.

“Tidak bersyukurkah engkau dengan semua nikmat pemberianNya?”

Sekali lagi aku terkesima. Andai hadir sejuta persoalan yang lain, yang satu ini jua yang akan menghambat mindaku. Apakah tanda bersyukur? Cukupkah syukurku? Apakah aku masih lagi alpa…lupakan lafaz syukur dan terus tegak bergelandangan dengan sebuah kehidupan yang tidak diredhaiNya? 

“Apa lagi yang kau pinta dariNya?”

Ahh…cukup aku terasa dengan persoalan ini. Ya…aku masih tidak puas hati dengan apa yang aku ada. Aku masih jua meminta bermacam-macam dariNya Aku mahu kereta besar, Mitsubishi Lancer umpamanya, atau paling bawah pun, aku mahu Lotus Elise yang memang menjadi impianku. Skyline, yang ada di dalam 2 Fast 2 Furious itu juga tidak kurang menarik minatku. Enjinnya, ngauman ekzosnya sudah membuatkan aku merasa teringin benar untuk memilikinya.

Rumah besar, kereta besar…dan aku jua mahu memiliki sebuah keluarga bahagia. Pasanganku mestilah orang hebat, cantik, menarik dan anggun. Ada emas segunung di dalam peti besinya, mesti mampu menyara semua keinginanku, aku hendak ke Switzerland, aku mahu keNew Zealand, Scotland…California….ahh….seperti terbayang-bayang kegebuan bunga tulip pula….Paris, Italy……semuanya sering menerjah ruang impianku. Itujua aku pinta dariNya. Rezeki yang murah, tapi kenapa bukan untuk tujuan beribadat kepadaNya?

“Kau mahu bawa apa berjumpa Dia nanti?”

Ermm…aku tidak pernah terfikir akan ada soalan sebegini. Perlukah aku jawab? Serasa, akhlakku baik. Aku selalu menjemput rakan-rakan makan di rumahku, aku selalu menghadiahkan pelbagai barang berharga kepada mereka, duit, itu kan sedekahku. Malah, selalu juga aku teringin membawa mereka melancong bersamaku. Mereka menyukaiku, bukankah itu pun sebahagian ibadahku kepadaNya? Memang, yang merempat di tepi jalan itu tidak pernah aku kisahkan. Yang bertonggok di hujung-hujung kaki lima itu tidak aku pedulikan. Anak-anak kecil lagi yatim di mana-mana semuanya aku abaikan. Aku mual, jijik melihat keadaan mereka. Pakaian mereka kotor, bau mereka saja sudah cukup untuk meloyakan aku. Salahkah aku sedekahkan, memberi jamuan kepada kawan-kawanku? Mereka lebih sempurna, lebih bersih dari mereka semua yang tidak pernah mandi itu. Kan itu jua ibadah?

“Bila kau bersolat?”

Kenapa persoalan begitu yang perlu ditanya. Aku kan masih muda. Usiaku masih panjang. Esok lusa ada peluang lagi untuk bertaubat. Masih panjang tempoh waktu untukku bersolat. Lagipun, selalunya aku tidak cukup masa untuk bersolat. Ke karaoke saja, aku sudah perlukan masa sekurang-kurangya tiga jam, berjalan dengan buah hati lagi. Bersukan lagi. Nantilah, tunggu aku ada masa, aku akan bersolat. Lambat lagi mati kan?

“Apa yang kau fikir, bila ajalmu akan tiba sepuluh detik lagi?”

Iskkk…takkanlah secepat itu. Kan aku masih sihat walafiat. Aku sedang duduk di atas kerusi ni. Takkanlah aku akan mati secepat itu. Janganlah kau takutkan aku, aku masih belum mahu mati lagi. Semalam pun aku sudah berjumpa doktor peribadiku, dia mengesahkan kesihatanku. Aku tak ada diabetes, malah sakit jantung jauh sekali. Tekanan darahku pun normal. Takkanlah aku akan mati. Kesihatanku terjaga elok. Pemakananku sempurna…ahhh, aku tidak perlu bimbang kerana aku tahu aku akan hidup seribu tahun lagi. Bila dah nak sampai ajal nanti, aku akan bertaubat. Masih sempat…

Kuala Lumpur 12 Rabiul Awal 1430H – Seorang lelaki disahkan telah meninggal dunia di dalam kediamannya di Puncak Alam. Lelaki itu disahkan mati lemas apabila air yang sedang diminumnya menerjah kerongkongnya dan menyumbat saluran pernafasannya. 

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un…..dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan dikembalikan….apakah masih ada matlamat hidup yang lain, sedangkan itu matlamat utama dalam kehidupan kita? bertemuNya….dengan redhaNya….

20090308

Salam Maulidur Rasul

tepat lepas maghrib td telah masuklah 12 Rabiuawal, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, nabi junjungan sekalian alam. jika lihat pada sejarah perjuangan nabi, pasti byk perkara yang kita xmampu lakukan seperti mane yg nabi lakukan. perjuangan nabi menyebarkan syiar islam bukan satu perkara yg mudah. dengan tentangan dari bapa saudara dan kaum2 sendiri, menyebabkan nabi mengharungi berbagai pancaroba. 

sejarah bermulanya sambutan maulud nabi ini bukanlah bermula pada zaman khalifah urrasyidin tp bermula selepas sahaja era tersebut. 

ana pernah terbaca dalam satu artikel yg mengatakan bahawa sambutan maulud nabi diadakan selepas sahaja kekalahan dalam PERANG SALIB. semangat orang islam selepas kekalahan tersebut amat kurang. perpecahan berlaku di merata2. maka timbul satu idea oleh khalifah pada zaman tersebut (maaf sebab ana kurang ingat nama2 ini, mungkin ini kelemahan ana sejak dari dulu lagi, wallahualam. dan seingat ana nama khalifah tersebut ialah Salahuddin Al - Ayyub) untuk menyatukan umat islam pada zaman tersebut. 

akan tetapi cadangan ini mendapat bantahan dari ulama2 kerana ianya perkara yang tidak pernah dilakukan atau boleh dianggap bida'ah. walaupun mendapat bantahan tetapi khalifah ini tetap melaksanakannya. dan syukur alhamdulillah, kerana semasa perarakan atau sambutan tersebut, umat islam telah menunjukkan penyatuan. dan selepas penyatuan ini, barula ISLAM menang semula dalam PERANG SALIB seterusnya dan menawan semula KOTA SUCI AL -QUDS

dan mulai dari itulah maka bermulalah sambutan MAULIDUR RASUL. dan jangan lah terkejut seandainya sambutan ini dianggap BIDA'AH. kerana sejak dari awal lagi ia dianggap sebagai bida'ah. dan ia juga dianggap sebagai bida'ah kecil sekarang ini. wallahualam...

 Akhir kata dari ana, Salam Maulidur Rasul... Perbanyakkanlah selawat kepada NABI JUNJUNGAN SEKALIAN ALAM....


from email yg ana dapat: harap baca la ye..

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :- 
 

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." 
Al-Araf: 157 


Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaanSultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. 

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin. 

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinahmaka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" 

Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata: 

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: 

  • Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. 
  • Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak. 


Rujukan  
http://www.kusza. edu.my/~hakim/ Islam/Masalah/ maulud.html 
  

20090307

Pengorbanan Seorang Isteri

Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki ‘asing’, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.

Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.

Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.

Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan ‘aib’ suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.

Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap ‘alah bisa tegal biasa’. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.

Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.

Suami yang memandang pun rasa ‘rimas’ melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.

Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.

Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.

Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.

Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.

Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.

Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.

Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.

Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ‘lebih masa’ yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.

Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ‘kerjaya’ sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.

Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk ‘layan diri’ bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.

Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ‘ops’ lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap ‘sporting’ dan tahu menghargai susah payah isteri.

Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.

Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup ‘mogok’ dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.

Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau ‘bahasa badannya’ saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.

Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.

Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.

Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.

Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Adakah Anda memahami isteri anda atau seorang perempuan.