Follower

20090308

Salam Maulidur Rasul

tepat lepas maghrib td telah masuklah 12 Rabiuawal, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, nabi junjungan sekalian alam. jika lihat pada sejarah perjuangan nabi, pasti byk perkara yang kita xmampu lakukan seperti mane yg nabi lakukan. perjuangan nabi menyebarkan syiar islam bukan satu perkara yg mudah. dengan tentangan dari bapa saudara dan kaum2 sendiri, menyebabkan nabi mengharungi berbagai pancaroba. 

sejarah bermulanya sambutan maulud nabi ini bukanlah bermula pada zaman khalifah urrasyidin tp bermula selepas sahaja era tersebut. 

ana pernah terbaca dalam satu artikel yg mengatakan bahawa sambutan maulud nabi diadakan selepas sahaja kekalahan dalam PERANG SALIB. semangat orang islam selepas kekalahan tersebut amat kurang. perpecahan berlaku di merata2. maka timbul satu idea oleh khalifah pada zaman tersebut (maaf sebab ana kurang ingat nama2 ini, mungkin ini kelemahan ana sejak dari dulu lagi, wallahualam. dan seingat ana nama khalifah tersebut ialah Salahuddin Al - Ayyub) untuk menyatukan umat islam pada zaman tersebut. 

akan tetapi cadangan ini mendapat bantahan dari ulama2 kerana ianya perkara yang tidak pernah dilakukan atau boleh dianggap bida'ah. walaupun mendapat bantahan tetapi khalifah ini tetap melaksanakannya. dan syukur alhamdulillah, kerana semasa perarakan atau sambutan tersebut, umat islam telah menunjukkan penyatuan. dan selepas penyatuan ini, barula ISLAM menang semula dalam PERANG SALIB seterusnya dan menawan semula KOTA SUCI AL -QUDS

dan mulai dari itulah maka bermulalah sambutan MAULIDUR RASUL. dan jangan lah terkejut seandainya sambutan ini dianggap BIDA'AH. kerana sejak dari awal lagi ia dianggap sebagai bida'ah. dan ia juga dianggap sebagai bida'ah kecil sekarang ini. wallahualam...

 Akhir kata dari ana, Salam Maulidur Rasul... Perbanyakkanlah selawat kepada NABI JUNJUNGAN SEKALIAN ALAM....


from email yg ana dapat: harap baca la ye..

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :- 
 

"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." 
Al-Araf: 157 


Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaanSultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. 

Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud mulia ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin. 

Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.

Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :-

Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinahmaka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" 

Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.

Maka Nabi S.A.W. berkata: 

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: 

  • Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain. 
  • Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak. 


Rujukan  
http://www.kusza. edu.my/~hakim/ Islam/Masalah/ maulud.html 
  

Tiada ulasan: